Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.....
Hari ini sudah 8 Zulhijjah 1430H. Kurang daripada 24 jam lagi, para tetamu Allah SWT pada kali ini akan menjalani ibadah wukuf di Arafah. Beruntunglah mereka yang dikurniakan rezeki pada tahun ini; kelapangan masa, tenaga dan wang ringgit untuk berpeluang menjadi tetamu Allah. Semoga jemaah2 haji pada tahun ini dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan haji yang mabrur. Mudah2an..amiin.
Pastinya keinginan untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke 5 itu menjadi cita2 setiap yang bergelar muslim. Tidak terkecualilah diri ini, lebih-lebih lagi apabila usia makin bertambah. Pada tahun ini, ramai juga sahabat handai rakan seperjuangan yang berpeluang untuk mengerjakan haji. Alhamdulillah, rezeki mereka pada tahun ini. Semoga mereka semua beroleh haji yang mabrur. Dan, semoga saya dan suami juga berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai tetamuNya pada suatu hari nanti.
Dan kepada seluruh umat Islam, terutama kepada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, walau di mana sahaja berada, sama2lah kita raikan Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah nanti dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.
Salam Eidul Adha dari Limerick, Ireland
Dan kepada seluruh umat Islam, terutama kepada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, walau di mana sahaja berada, sama2lah kita raikan Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah nanti dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.
Salam Eidul Adha dari Limerick, Ireland
10 comments:
Selamat hari Raya Aidiladha Kin, ada buat bahagian korban kat Limerick? Jie InsyaAllah hari raya pertama skali dgn adik beradik lain.
Kin, mudahan giliran kita pulak nanti akan ke Tanah Suci InsyAllah...
SElamat Hari Raya Aidil Adha buat Kin sekeluarga.
Salam Aidiladha buat saudaraku nun jauh di Limerick
Terima kasih jie, wan dan kak gie :). ni raya haji ke 4 kat sini, dan insyaAllah yg terakhir kat tempat org nih :).
Jie, kat sini takde 'majlis' sembelih lembu atau kambing sendiri2. Tak boleh sembelih haiwan kat belakang rumah je. Kalau korban, wakilkan aje dan sembelih kat rumah sembelihan.
salam kin..lama tak dengar citer...salam aidiladha..
Selamat Hari Raya AidilAdha...
Moga kita dpt lakukan yg terbaik tahun ni...
Selamat Hari Raya Haji utk org limerick.pagi raya apa juadah,hihi...
Selamat Hari Raya Korban... Niat yang ikhlas insya Allah dipermudahkan oleh Nya...
Salam Kin.
Kak tie baru je balik dari klate.. beraya di sana. Walaupun tak buat korban tahun ni, rasa gembira juga... berpeluang melihat lembuh dilapah dari jarak dekat..
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).