Tuesday, December 15, 2009

Bila talian hayat terputus...

Lama tak singgah sini...rindu kat halaman nih...

Walaupun sejak beberapa bulan kebelakangan ni, memang kurang aktif berblogging, tapi 'rumah kedua' ni tetap disinggahi hampir setiap hari sekiranya tiada halangan. Meninjau2 kalau ada tetamu yang sudi bertandang, dan menitipkan khabar melalui chatbox sekiranya ada yang sudi menitipkan pesanan. Atau pun setidak2nya sekadar singgah berehat2 aje, tanpa berbuat apa2 ...hehhhe...

Jadinya, selama lebih 2 minggu tiada khabar berita daripada tuan rumah, agaknya mungkin tiada yang perasan pun...hehhe.. Yang sebenarnya, selama lebih 2 minggu ni, tuan rumah nih terputus 'talian hayat'. Biasalah, di zaman serba serbi IT sekarang nih, kalau terputus internet, terasa macam terputus hubungan dengan dunia luar...heheh.

Yang sebenarnya, kali ni bukan internet yang bermasalah, tapi, laptop yang ada sedikit masalah. Dan bukannya jasad laptopnya yang bermasalah, tapi wayar charger baterinya yang bermasalah.

Walaupun ni bukanlah kali pertama terputus 'talian hayat' nih, tapi tetap terasa 'kekurangan'. Terasa ada yang tak cukup... macam tak tahu nak buat apa, padahal kerja2 yang menanti berlambak2! Beberapa hari pertama, memang sangatlah membosankan kerana tak dapat beronline seperti biasa. Tapi bila banyak hari yang berlalu, semakin terbiasa dengan ketiadaan 'talian hayat' tuh.... terima hakikat yang banyak lagi aktiviti menarik lain selain daripada beronline! hehhe..

Apa2 pun, alhamdulillah, 'talian hayat' tu kembali pulih seperti biasa hari nih. Dan, hari2 yang dilalui semestinya akan lebih ceria!




7 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam..
kin apa kabar?
hamdan dah berapa kg dah skrg?
perasan gak kin tak update blog..

Tie said...

Laa... patutlah sunyi sepi.. Kak tie ingat Kin tiada di rumah... rupanya ada masalah dengan bateri tu. Alhamdulillah.. dah okay :)

Unknown said...

Tu la,ingatkan link dkt blog jie yg tak update, :-) apa-apapun, welcome back!! hehehe..

kin hashim said...

w'salam kak kam ... kabar baik :). Hamdan dah setahun lebih kak kam..ntah la dah bape kg, lama tak timbang :).

Kak tie, tak gi mana2 pon..hihihh...alhamdulillah boleh online balik. Bnyk nak catch up semula nih...jap lagi nak gi ziarah umah kak tie :).

Thanks jie..hehhe..

wfaiziah said...

Salm Kin...
Oooo...patutla mati hidup semula..
rupanya terputus talian hayat.
Pasti ada yg terperasan la Kin, sbb kin kan Tok guru saya :)
heran jgk sbb rumah kin asyik tak naik2 dalm bloglist saya...

Sasha said...

welcome 'home'!

Faridrashidi said...

semoga baik-baik saja..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).