Salam buat tetamuku yang dihormati,
Hari ini 8 Muharram 1431H, masih di awal tahun baru Hijrah. Kini, kita berada pula di ambang tahun baru masihi 2010. Mungkin ini adalah coretan penutup tirai untuk tahun masihi 2009.
Hari ini juga adalah 25 Disember, hari penganut kristian serata dunia meraikan perayaan krismas. Di sini, suasana perayaan sungguh meriah, terasa seakan suasana ketika meraikan hari raya aidilfitri di tanah air sendiri. Kami sekeluarga tidak la turut sama menyambut perayaan tersebut, sekadar meraikan hari cuti umum dengan bersantai2 di rumah. Sekolah bercuti panjang; cuti krismas dan sempena kedatangan tahun baru.
Tahun ini, boleh dikatakan sejarah tercipta di bumi Ireland, khususnya di Limerick ni. Ataupun, setidak2nya buat kami sekeluarga. Musim sejuk kali ini, salji turun awal. Limerick bukanlah kawasan yang biasa mendapat salji di musim sejuk. Khabarnya, cuma beberapa tahun kebelakangan ini musim sejuk diserikan dengan turunnya salji, walaupun tidaklah begitu menebal. Dan, selalunya di hujung musim sejuk. Tetapi tahun ini, salji turun seawal bulan Disember. Krismas tahun ini diserikan dengan pemandangan salji yang memutih. 'White christmas', yang julung2 kali berlaku, kali terakhir mungkin lebih 20 tahun dahulu; kata landlord kami.
Kalau tahun2 sebelum ini, salji turun dari awal pagi dan menjelang ke tengahari dan petang, mula mencair. Tetapi kali ini bertahan untuk tempoh yang agak lama. Hari ini masuk hari ke 5. Suhu? Ooo...sudah tentu tersangat sejuk. Kadang2 mencecah -ve 4 ke -ve5 darjah celcius. Hari pertama anak2 teruja la juga. Hari2 seterusnya tidak lagi. Seeejuuukk...lebih baik duduk diam2 dalam rumah! hehhe..
Tahun ini juga, ada sejarah tercipta buat kami. Dalam tempoh lebih 3 tahun di sini, kali pertama mengalami black-out! 2 hari lepas, kami keluar jalan2 ke bandar. Saja nak tengok kemeriahan orang bershopping raya...hehhe.. Tak lama pun keluar. Sekarang musim sejuk, siangnya sangat pendek. Lebih kurang jam 4.30pm sudah masuk waktu maghrib. Bila balik, keadaan sekitar perumahan kami gelap gelita. Lampu jalan pun tak menyala. Ketika itu lebih kurang jam 5.45pm.Tak tahu sejak bila keputusan bekalan elektrik.
Tanpa bekalan elektrik, gelap gelita, sejuk pulak tuh. Heater dan boiler tak boleh on. Duduk la dalam kesejukan dan guna air yang sejuk macam air ais! Nasib baik ada lilin kat rumah. Itupun scented candle. Anak2 pulak sibuk tanya, 'ibu nak masak apa malam nih?'... Nak masak pun tak boleh sebab dapur pun guna elektrik! Alhamdulillah tak lama. Terputus bekalan elektrik lebih kurang setengah jam sahaja.
Walaupun bergelap seketika, anak2 bukan main seronok. Boleh main dengan lilin...hehhe..
Itulah secebis kisah kami di lembaran 'sejenak bersamaku...' ini. Cerita permulaan kami untuk tahun Hijrah 1431, dan pengakhiran untuk tahun Masihi 2009. Dan yang pasti juga ini adalah cerita kisah2 terakhir kami di bumi asing ini.
Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi esok hari!
8 comments:
kesejukan di sana
terasa di sini
walau tiada salji.. he.he
eh, ada2..
ada slji dlm peti ais :D
gmbo wktu blackout xde?
Seronoknya anak2 tu main salji...
eeeda nie tak tahan sejuk dan tak tahan panas.....
tapi teringin gak suatu hari nanti nak main salji...
Last rasa musim sejuk masa darjah 6, pergi Turki, itupun teramatlah excited melihat asap kuar bila bercakap.. bilala agaknya bleh merasa lagi yer.. Bestnya tgk budak2 kecik tu main salji. najihah mesti dengki! :-)
salam...kin apa kabar?
seronok bercuti sempena xmas ya...
Err... kak tie tengok gambar tu pun dah terasa sejuk, grrrr...... ketar satu badan! Kat ganu pun sejuk gak, walaupun kekadang ada sang mentari, masih hujan lagi..
macam tau2 je kin n family dah nak berangkat pulang ke malaysia... kenangan & pengalaman yg manis tak ternilai kekal di ingatan... love ur story dear!... sungguh nostalgik!
Kin, mandi berapa kali? guna water heater kan?
Kat sana tak ada dapur gas ker? semua pakai electric ek..?
puteri, dlm blackout, kamera pun tak tau letak mana..camane nak ambik gambo? hehhe..
eeeda, boleh je, sekrg ni kan air asia dah sampai byk tempat, boleh je, pegi holiday kat tmpt2 yg ada snow nu :).
jie, bawak la jihah pi holiday belah2 sini, mesti suka teramat dia! hehhe..
w'salam kak kam..a'aa..bdk2 cuti panjang nih. lagi 2hari nak msk sekolah balik.
kak tie, nanti bila kami blk, mesti rindu suasana sejuk2 kat sini :).
sasha, tulah, sempat jugak merasa suasana yg takde kat tempat kita :).
wan, mandi sekali sari pun dah cukup bagus..hehhe..mat2 saleh ni maunya berhari2 tak mandi! air, guna water heater la, kalau tak macam guna air ais! dapur pulak kat sini rata2 guna elektrik. tak byk yg pakai gas.
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).