Sunday, July 27, 2008

Pop corn


Hari ni berjaya buat pop corn :). Ini percubaan kali ke 2, setelah percubaan yg pertama dulu, kurang menggalakkan. Dulu guna rice cooker, sbb ada org bagitau senang je buat pop corn guna rice cooker. Tapi, agaknya rice cookerku itu terlalu slow pemanasan dia..lama sgt tunggu, sampai dia terbantut! Dah tu sira ngan air gula terlebih manis plak! :(.

Kali ni ikut cara iu, cara2nya
~~sini~~.... masak dalam kuali atas dapur jer... tutup ngan penutup glass lid, tgk dia popping... anak3 pun suka tengok..hehehhe... tenkiu iu..okeh..da pandai buat pop corn seniri! :).

Saturday, July 26, 2008

Terrible twos

Penah dgr pasal 'terrible twos'? Sedar tak sedar, bila kita ada anak..sampai masanya, anak kita akan melalui stage yg dikenali sebagai 'terrible twos'. Secara kasarnya, period 'terrible twos' adalah sekitar dari umur setahun sehingga 3 tahun. Ada sesetgh berpendapat, period tu boleh bermula seawal 9 bulan, bergantung kepada persekitaran.

Apa tu 'terrible twos'? .... often characterized by oppositional behavior, mood changes, and temper tantrums (definisi dlm family.com)

'No' is the favourite word untuk budak2 dalam stage 'terrible twos' nih... walaupun secara umumnya, perkembangan ini dilihat agak negatif , tetapi ia adalah sebahagian daripada perkembangan normal seorang kanak-kanak.

Hmmm... Nabhan sekrg dah 2 tahun....sedar tak sedar, baru semalam rasa macam dia masih baby lagi.. hehehe....ari ni dah besar pun, dah berada in the middle of period yg dikatakan 'terrile twos'...all of sudden, he's now a mobile creature, a 2-year-old boy, who has the whole world to explore!
Memang la Nabhan byk ragamnya sekarang...seme benda nak buat sendiri.. nak makan sendiri....nak conquer brg2 mainan... kadang2 susah nak tolerate dgn abang dan kakak dia. Nabhan jugak byk cakap sekarang, maklum lah vocab dah bertambah. Time pakai baju plak, dah pandai pilih2 , baju mana yg dia nak pakai... dan macam2 lagi la! Pendek kata, Nabhan sekarang dah semakin 'dewasa'! :).


Apa2 pun.... ini adalah satu pengalaman yg menarik bagi seorang ibu! :).

Sumber; pelbagai artikel daripada google search engine...

Okey....ni nak share slide show 'wajah2 Nabhan' .....Nabhan in his 2 years of life... :).


Click to play wajah-wajah nabhan

Thursday, July 24, 2008

nabhan's day

Click to play nabhan's day

Burberry perfume daripada kak kamsiah


Award daripada kak kamsiah....untuk orang yg malas mandi pagi, katanya :). time kasih byk2 kak kam atas ingatan ini... :).

Tuesday, July 22, 2008

Nabhan lagi..

Click to play Nabhan 2 years

Nabhan @ 2 years


Hari ni 22 Julai 2008, Nabhan genap 2 tahun.... :).

Sunday, July 20, 2008

'7 ISTIMEWA DIRIKU...'Tag daripada kak Pah

Kali ni dapat tag drp Kak Pah...sori la Kak Pah...lambat sket jawab yer.. :).

Ni tajuk dia agaknya...'7 ISTIMEWA DIRIKU...' {aku manusia biase2 je...takde apa yg istimewa.... :).}

***seperti biasa bila kujawab tag, akanku 'paste'kan sekali jawapan org yg mengetag..tak pe ye, Kak Pah :).


7 TENTANG DIRIKU

Jawapan Kak Pah;

1. Anak ke 9 dari 12 orang adik beradik
2. Married! to my HB of course and mom to 3 anak2 yg sedang membesar (2 perempuan, seorang lelaki, age 19, 17 & 7)
3. Kehilangan ayah sewaktu berusia 9 tahun dan ibu telah meninggalkan aku kira2 10 tahun yang lalu tetapi masih tetap merindui kedua2 sampai saat nie..
4. Mudah memaafkan kesilapan/kesalahan orang lain tapi sukar melupakan apa yg orang buat kat akak (ingat jerr bukan dendam tau)..
5. Pendiam (tapi tak sombong), penyayang, laugh & cry easily, sensitive & macam2 lagi..
6. Suka membaca (novel, majalah, suratkhabar & apa2 jerr yg boleh dibaca), suka kumpul fridge magnet, suka pada kerja2 kraftangan…
7. Suka menghabiskan masa dengan suami, anak2 & keluarga..

Jawapanku;

  • Anak ke 5 drp 8 beradik.
  • Saya pun dah kawen jugak, ibu kepada 3 cahayamata.
  • Alhamdulillah masih punyai kedua orang tua...mak mertua pun ada lagi...bapak mertua tak sempat kenal :).
  • Saya rasa, saya pun seorang yg pemaaf, Kak Pah :).
  • Saya pun bole kata agak pendiam gak (ada persamaan la plak kita Kak Pah...heehhhe..) , tapi, bole jadi terlebih ramah kalau jumpa org yg serasi.
  • Tahap kesukaan membaca yg sederhana....heehhe..
  • Sama lagi la kita Kak Pah... suka spend masa ngan famili... :).



7 YANG MENAKUTKAN

Jawapan Kak Pah;

  1. Allah
  2. Hari Kiamat
  3. Ular
  4. Perceraian
  5. Pertengkaran, perselisihan
  6. Membenci & dibenci
  7. PHD (Perasaan Hasad Dengki)
Jawapanku;
  • Mmm...jawapan kita samala Kak Pah!


7 LAGU AKU SUKA

Jawapan Kak Pah;

1. When A Man Loves A Woman – Marvin Gay
2. You’re My Everything – Martin Nievera
3. Doa Ku Harapan Ku – Kris Dayanti
4. Heaven – Bryan Adam
5. Love Hurt – Nazareth
6. Stand By Me – Ben E King
7. Goodbye – Air Supply


Jawapanku;

{tidak mengikuti sgt perkembangan lagu2..tau sikit2 jer...lebih suka lagu budak2 dan nasyid2 lama :). }

  • My mum is amazing
  • I look, I see
  • Flowers are red
  • Keluarga bahagia
  • Twinkle little star (ni sbb anak3 suka sgt)
  • Akhlak bunga diri
  • Kasih kekasih (lagu feberet zaman anak dara...hehhehh)


7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

Jawapan Kak Pah;

1. Ya Allah...
2. Hurmmmm
3. Yea…
4. Ampun…
5. Jangan…..
6. Tak sure sangat
7. Ok Boleh..

Jawapanku;

  • Ya Allah...
  • Ha....tengok tuh!
  • Hey comel!
  • Kenapa nih!
  • Tengok la dulu..
  • Okeh!
  • Bereh!

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

Jawapan Kak Pah;

1. My Family (Suami, anak2, adik beradik, ipar duai, anak2 & cucu2 sedara)
2. My Love..
3. My Life
4. My Feeling
5. My Health
6. My Friends.
7. Pengalaman pahit manis, susah senang yang aku kutip sepanjang jalan dan simpang siur dalam kehidupan seorang AKU

Jawapanku;

  • Islam agamaku
  • Iman dalam diri
  • Suami dan anak3
  • Mak, ayah dan adik beradik, serta sedara mara
  • Ilmu dalam diri yg tak seberapa nih..
  • Kerjayaku
  • Harta benda yg tak seberapa..


7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

Jawapan Kak Pah;

1. 1st time pi Umrah 2004
2. 1st time pi cuti kat Europe 2005
3. At the age of 26 1st time jadi ibu (to my eldest daughter)
4. 1st time jadi nenek sedara (nenek glamour tau!) at the age of 36 (muda kan)
5. 1st time kerja tahun 1980 (kerja kilang masa tunggu result SPM)
6. 1st time dapat jadi best employee tu masa tahun 1994
7. 1st time pi dating 1987 (mak kata gatainya anak dara aku nih!)


Jawapanku;

  • Pertama kali naik bas sendiri ke sekolah masa darjah 1, 1984
  • Pertama kali dapat no 1 dalam kelas masa darjah 2, 1985
  • Pertama kali berjauhan dari keluarga, masuk asrama masa form 1, 1990
  • Aku ni agak 'penakut' orangnya, pertama kali menonjolkan diri di khalayak ramai bila masuk pertandingan kuiz dan forum masa form 4, 1993
  • Pertama kali bergelar ibu pada September 2002
  • Hari pertama bergelar kuli gomen, Disember 2002
  • Kali pertama keluar dari Malaysia, November 2006


7 ORANG LAIN YANG AKAN DITAG..

****sori byk2 yer..sapa yg tersenarai kat atas tuh.. :).

Saturday, July 19, 2008

Minggu mangga dan kiwi

2 minggu kebelakangan nih adalah minggu mangga dan kiwi... :). sbb, supermarket yg dekat dgn rumah (ALDI) ada jual murah buah2an nih...semalam, baru je tambah stok baru :). setiap hari, lepas makan nasi, mesti menikmati buah2an ni. Anak3 pun suka, lebih2 lagi ayah dan ibunya! :).

Singgang sotong


Lama dah tak buat nih.... suka sgt kalau lauk2 berkuah air. Bukan sahaja kurang kolesterol, lebih penting senang nak masak, main campak2 jer! :).

Resipi singgang sotongku...

sotong banyak mana ikut suka
bawang besar
bawang putih
asam keping

serai

air

garam secukup rasa


***ada org letak kunyit hidup, lengkuas atau halia, tapi saya tak letak pun...
***boleh tambahkan sedikit cili kalau nak pedas...

Dah siap masak, saja intai2 resipi kat MyResipi, ada orang letak sekali daun kesum. Kebetulan ada sikit daun kesum, baru ditanam, ambik la 3,4 helai daun kesum (nak ambik banyak2 sayang pokok baru nak tumbuh..heeheh... :).

Thursday, July 17, 2008

'Milk giraffe'

Ni bukan nak promote fresh milk tesco punya yer.. kebetulan beli susu ni baru2 nih... :). {bukan penggemar fanatik brand tesco...hehhee..} Saja nak kongsi cerita ... sekrg nih, Nabhan dah boleh declare bebas daripada susu ibu. Yg sorang ni betul2 anak ibu... susah betul nak pisahkan ngan susu ibu...akhirnya, setelah tinggal beberapa hari je lagi nak msk 2 thn...setelah dicuba beberapa cara...akhirnya, baru la berjaya...alhamdulillah.. :).

Kalau dulu, fresh milk yg 2 liter (tak kira jenama apa) tahan 3,4 hari untuk kami sekeluarga. Sekrg ni, kadang2 sebotol 2 liter abis dlm masa sehari!

Usaha memisahkan Nabhan dgn susu ibu giat berjalan terutama sejak balik Mesia ari tu...Nabhan diperkenalkan dgn susu formula....Antara susu putih dan susu coklat, nampaknya dia lebih gemar susu coklat...tp, antara susu ibu dan susu botol, dia lagi gemar berkepit ngan ibu! adui....dibelikanlah botol susu yg agak2 menarik sket...lalu dipujuk lah dgn cerita ceritut... dan yg agak berjaya, cerita 'giraffe naik helikopter'.... :).

Itulah cerita awal kejayaan Nabhan dgn susu botolnya...heehhee..
Bila balik Ireland, bekalan susu tepung perisa coklat bertahan untuk beberapa minggu jer (sekrg menunggu kiriman stok dari Mesia)...jadi Nabhan diberi la fresh milk dicampur dgn coklat....Nabhan belasah ajer! itulah milk giraffe kegemaran Nabhan... :).

Wednesday, July 16, 2008

Award daripada Kak Pah

Ni dapat lagi satu "I'm a daily blogger" award. Kali ni siap dalam frame, daripada Kak Pah.... makasih kak Pah :)

Takziah buat keluarga Kak Syaz dan Abang Amin

Semalam ada menerima satu berita yg mengejutkan sekaligus menyedihkan. Berita pemergian anak ke 2 Kak Syaz dan Abang Amin, kembali ke Rahmatullah. Khabarnya, Asyraf (7 tahun) meninggal dalam tidur, selepas demam panas.
Keluarga Abang Amin dan Kak Syaz dulunya tinggal kat Dublin, sekarang di Luton, UK. Mereka adalah keluarga pertama yg kami kenal dan jumpa sewaktu pertama kali ke Dublin awal tahun lalu. Dan kami bermalam kat rumah abang Amin pun waktu tu. 2 malam di rumah abang Amin, anak3 pun sempat bermain2 dgn anak2 abang Amin.

Dipetik daripada blog ustaz Erfino;
Parents' love to their children is ultimate, but Allah's love is above us all. To Him we shall return.
Takziah buat abang Amin sekeluarga. Semoga dikurniakan ketabahan dan keredhaan atas ujian ini.

Al-fatihah.....

Saturday, July 12, 2008

I'm a daily blogger award

"This award is to be given to blogs that have at least 3 posts per week"

[time kasih iu, atas award nih... :). ]

Okeh...ni nak pass plak award ni kepada yg bertuah berikut...

Friday, July 11, 2008

Zoo Negara (Mei 08)

Masa balik ari tu juga, sempat bawak anak3 ke zoo negara. Kali terakhir ke sana lebih kurang 2 thn lepas, beberapa bulan sebelum dtg ireland. Masa tu ber4, Nabhan on the way :).

Walaupun keletihan ronda2 tgk makhluk2 fauna tuh..tp, bdk3 tu seronok sangat! :).

Lagi gambar di sini....

Thursday, July 10, 2008

Home made air soya


Ari ni buat air soya sendiri., kebetulan ada sikit lagi kacang soya, stok yg dah berkurun tuh....lama dah tak buat nih. Cara buat air soya ni dikongsi oleh Neng Erni, sorang sahabat masa stadi dulu.

Cara dia senang jer....rendam kacang soya, dlm 12 jam. Jangan rendam lebih drp 24 jam, nanti kacang soya tu jadi masam, air soya jadi mendak plak. Setelah direndam, kacang soya tu jadi kembang la. Blend kacang tu, campur ngan air. Then, tapis, sebaik2nya guna penapis kain yg macam buat teh tarik kat kedai tuh.

Masak air soya tu atas api sederhana, sentiasa kacau. Masukkan daun pandan supaya dia jadi wangi, dan campurkan gula secukup rasa..... bila dah masak, sedia untuk dinikmati! :).

Wednesday, July 09, 2008

Pulau Kapas (Mei 08)


Tau kat mana letaknya Pulau Kapas? Mungkin sapa2 yg minat dgn ecotourism kot, penah tau pasal Pulau Kapas nih.... Untuk makluman, Pulau Kapas ni, letaknya dekat sgt dgn kampung halaman penulis ni ha, jeti untuk ke Pulau Kapas tu hanya lah beberapa km je dari umah :).

Tp, seumur hidup, belum penah lagi jejak kaki ke pulau tuh...sehingga la masa balik mesia baru2 ni, terpikir plak nak gi sana :). Kata orang, pulau tu sekarang tidak la seindah beberapa tahun dulu....tp, ok lah.... kali pertama jejak kaki kat situ, yg paling best, pengalaman pertama snorkeling (tak pandai berenang, tu pun snorkeling kat pesisir pantai jer...ada la jumpa coral sikit2 ...hahhahha..)


Lagi gambar2 di sini..

Monday, July 07, 2008

Pulut panggang


Ni 1st time buat pulut panggang, versi Terengganu, inti ikan :). Mula2 buat inti untuk buat pau goreng. Bila ke kedai cina, ada nampak daun pisang. Terus tukar plan, nak try buat pulut panggang. 1st time beli daun pisang nih... beli sepaket, ada la sepelepah kot, dapat la 6 batang pulut panggang tu,tp king size la, tak reti nak kuruskan camane lagi :).

Resipi dimodify drp My Resipi, bakar dlm oven :). Hasilnya...boleh la tahan untuk percubaan pertama! :).

Ayam masak merah Kak Aida


Ni satu cara masak ayam yg simple....bila tak tau nak masak lauk apa, ha... masak ni la yg selalu kupilih... boss pun suka lauk ni, jd senang la cite.. :). tak tau la nama apa, kunamakan dia 'ayam masak merah Kak Aida' :). ,sbb Kak Aida la yg kongsi resipi ni dulu. Kak Aida ni teman 'sepejabat' masa kat Plassey Grove dulu lah.. :). promote siket Kak Aida nih...hehehe..ni frenster Kak Aida.

Okeh..ni resipi dia;

bawang besar
bawang putih
halia
cili boh
ayam
***kuantiti bahan2 tu, agak2 la ikut kuantiti ayam :).

Senang jer...mungkin korang pun dah biasa buat, hehhehe....tp, tuan punya badan nih dulu2 tak penah plak terpikir nak masak gini.

Cara buat, blend bawang2 dan halia. Biasa tengok Kak aida buat, dia gaulkan ayam dgn bahan blend dan cili boh, then buh dalam kuali, masak la hingga ayam tu masak... tak perlu masukkan air, nanti air ayam yg turun tu yg jadi kuah.

Tp, kadang2 aku ejas sket... tumis dulu bahan blend dan cili boh tuh, kadang2 tak blend pun, mayang jer bawang,tumis macam tu jer..kemudian baru masukkan ayam. Lagi, aku suka masukkan hirisan tomato, dan kalau ada,hirisan cili merah atau capsicum...kalau ada jugak, tambah button mushroom pun sedap gak :).

Friday, July 04, 2008

London (April 08)

Ni sambungan journey balik mesia ari tuh, entry yg dah lapuk :).


Jalan2 kota London lagi..





Sempat ke Malaysia Hall, makan dan solat kat situ...


Akhirnya, setelah kepenatan jalan2, lewat petang tiba di Heathrow Airport dan malam tuh, naik flight MAS ke KLIA....

Paris lagi....

Asyik2 Paris...eiiii....yg tukang upload gambar pun boring... :). okey la..ni last entry pasal trip ke Paris baru2 nih... hari2 terakhir di Paris..apa lagi, meneruskan sessi jelajah bandar Paris la. Hari terakhir jln2 tu kami pegi sekali lagi ke Effeil Tower..tgk puas2.....ambik gambar puas2..hehhe...maklumlah, rasanya, Effeil Tower tu ikon yg glamer ngan paris, dan besar kemungkinan itu la trip kami ke Paris yg pertama dan terakhir :).



sebahagian gambar....




Pening...29 jamadilakhir ke 1 Rejab (TKO)


Hari ramai umat Islam sibuk berpuasa sunat sempena 1 Rejab. Pagi tadi dapat sms dari 'kawan lama' ucap selamat berpuasa sunat. Tapi aku jadi bingung terdapat 'clash' samada hari ni 1 Rejab atau 29 Jamadilakhir... Mana taknya tengok dalam kalender 1 Rejab, pastu tgk kat dalam sume website.. sume set 29 jamadilakhir. Mana kah yang betul???

Mintak tolong kalu sapa2 ada jalan penyelesaian atau fakta yang betul tentang kalender ni. Sebab nanti musuh-musuh Islam mempermainkan tarikh hijriah ni..

"Pening...29 jamadilakhir ke 1 Rejab" | Login/Create an Account | 1 comment |

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous

Re: Pening...29 jamadilakhir ke 1 Rejab (Score: 1)
by serol on Friday, July 04 @ 17:43:12 MYT
(User Info | Send a Message)
kat saudi hari ni jumaat 4 July bersamaan 1 Rejab....
sekian...

Kat atas tu, artikel dlm TKO hari ni..baru terperasan plak, padahal kat page sendiri tak prasan plak.. :). mana satu ya? ralat la tu sket..

Tuesday, July 01, 2008

Disneyland Paris

Hari ke 4 di France, sepanjang ari tuh, kami habiskan masa di Disneyland. Hmmm..budak3 mmg la seronok. Org tua pun seronok gak :).
Dengar cite kawan2 yg dah ke Paris, mesti tak ketinggalan pegi Disneyland tuh...ada yg sampai ulang alik tiap2 hari, 5 hari berturut2! apa yg ada kat sana ek? best sgt ke? nak jugak tau..hehhe.. dah pegi, baru la tau. Tp, jgn rasa risau atau rugi la kalau tak berpeluang ke tempat macam tuh...bukan ada apa pun kat Disneyland tuh...hehehhe...tempat berpoya2 je...hihihihihh...
Ni secebis kisah suatu hari di Disneyland Paris :).