Friday, September 04, 2009

Aku pencinta kuih Melayu

Hari ini adalah hari ke 17 umat Islam disini menjalani ibadah puasa. Sudah pun pertengahan Ramadhan, dan makin menginjak ke sepertiga yg terakhir ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu.

Hmm...17 ramadhan, nuzul Al-quran...peristiwa perang badar. Mungkin boleh kongsi sikit apa yg saya tulis tentang 17 ramadhan tahun lepas...

Ok..kali ini bukan nak cerita pasal 17 ramadhan..hehhe.. nak cerita pasal kuih pulak. Sana sini, bila menziarahi blog kawan2, meriah dgn gambar makanan. Tahun ni, saya tak begitu 'ghairah' utk mengambil gambar makanan, tidak seperti tahun2 sudah. Dah bosan agaknya..hhehe.. Lagipun, masakan di bulan ramadhan kali ini tidak jauh bezanya dengan hari2 biasa. Masakan biasa2 aje. Hidangan yang ringkas dan tak banyak juadah pun. Yang pasti, nasi putih mesti ada sebagai hidangan utama, dan hidangan sampingan mungkin sejenis kuih.

Bila tiba bulan Ramadhan, kuih2 tradisional mendapat perhatian. Selain ianya seolah2 serasi dengan suasana berbuka puasa, dan mengingatkan saya kepada kampung halaman nun jauh di mata, saya sememangnya pencinta kuih muih Melayu. Walaupun buat sementara waktu ini kami sekeluarga menetap di 'negeri orang putih', tapi, saya tetap lebih gemarkan masakan Melayu tradisional berbanding masakan barat.

Dalam 'ketidak ghairahan' utk mengambil gambar makanan, sesekali ada juga tersnap gambar juadah... saja nak tayang kat sini, yg temanya 'kuih tradisional melayu'.

Onde-onde... yg ni, dijamin intinya tak cair atau pecah di tangan atau dalam mulut, sebab intinya adalah kurma, dan bukannya gula melaka (tak de stok gula melaka da....)


Lama dah teringin nak buat kuih nih, baru kesampaian. Ingatkan susah sgt, rupanya, boleh tahan la...takde la susah sgt...hehhe.. Cumanya, disebabkan pengukus yg ada tu kecik comel sgt (hanya 18cm diameter), maka dapat buat nipis macam ni je la.


Bubur kacang....biasa je...


Cendol... buat sikit ari tuh, letak dalam air sirap bandung.


Agar-agar pandan... stok agar2 kering makin kehabisan. Ni paket ke 2 terakhir...


Butir nangka. Kuih ni banyak variasi. Tapi saya suka resipi nih, kuahnya santan dicampur dengan serai dan telur, memberikan rasa yang unik, lain daripada kuah bubur/manisan yg biasa...


Qasidah.... comey je nama kuih nih. Masa kecik2 dulu, tak suka sgt kuih ni. Mungkin sbb biasanya sangat manis, dan ada pulak bawang goreng kat atasnya. Ari tuh, ternampak sorang kawan tayang gambar kuih ni kat facebook, terus teringin nak buat. Ringkas je nak buat nih. Sedap juga rasanya, bila digabungkan dengan rasa dan aroma bawang goreng tabur kat atasnya. Saya punya bawang goreng ni, bukan setakat garing, tp dah masuk kategori hangit tuh..hahhha..


Tu je gambar2 kuih tradisional musim ini yg ada dalam simpanan. Lain kali, kalau ada lagi, saya tayang lagi..hehhe..



12 comments:

Anonymous said...

Ooo...kak tie pun suka kuih2 tradisional...

Tapi, Qasidah tu tak pernah makan. Sedap, ya?

Anonymous said...

salam kin....akak pun suka bab2 kuih tradisional ni :), tp akak tak pernah makan butir nangka..mcm sedap jer..insyaallah nanti boleh la cuba..

kin hashim said...

Kak tie pun penggemar kuh tradisional ye? samalah kita...hiihh.. Bg saya kuih qasidah tu sedap..cubala buat k tie...senang je! kacau2..letak dlm bekas!

W'salam k linda... cuba la buat butir nangka tu. Mmg sedap! Kuih2 melayu ni tak susah pun nak buatnya.

ctkini said...

rajinnya...ct bab2 buat kuih ni malas ckit.suka makan kuih2 tu tapi bila buat makan sorang2 rasa x berbaloi.sedapnyaaa!!

Ismail N said...

Salam kenal.
Ochh saya minat betul onde-onde tu. Tapi yang inti gula melaka lah. Yg inti kurma tu jarang jumpa. Yg lain2 tu pun buat mahu terkeluar air liur. Mana jam ni? mahu check pukul berapa sekarang.....

Sasha said...

soooo yummylicious... semuanya sedap... tp 2 kuih yg kin sebut ni sha tak pernah makan... serban aji ngan qasidah... nnti tunjuk ler camner nak watnye...

kin hashim said...

Bonda, alhamdulillah budak2 ni pun suka kebanyakan kuih2 tuh..rasa berbaloi la buat..hehhe..

Ismail N, salam kenal juga dr tuan rumah. Saya pun tak penah jumpa onde2 inti kurma sblm nih..hehhe.. saya yg reka, sbb nak buat onde2 tp takde gula melaka. Tu yg ganti ngan inti kurma.

Sasha, kuih2 melayu ni rata2 senangnya nak buatnya. InsyaAllah nanti saya kongsikan camane nak buat tok aji serban dan qasidah tuh.

Ismail N said...

Kreatif kalau macam itu. Kalau sedap boleh pasarkan. Susah ke nak dpt gula melaka skrg? Gula pasir memang payah nak cari di sini. Kadang2 terpaksa buat kuih pakai gula melaka.

Syuhada Kamal said...

salam k.kin..
rajinnye akak msk kuih tradisional..sy pun suka mkn, duk kt msia tp beli jer hehe

Anonymous said...

Kak Kin,
Aduh kak.. terliur tul rasanya ni...yum yum..

kin hashim said...

En Ismail N, sini saya tak pernah pulak jumpa gula melaka. Brown sugar ada la, tapi tak sesuai la plak nak jadikan inti ondeh2...

Syuhada, kalau setakat nak makan sikit je, dan mmg ada org jual, beli je la senang! tp kat sini mana ada org jual...nak makan sendiri buat la! ;).

Zana,.... siang hari di bulan pose, seme nampak sedap! lapo mata je tuh! hehhe..

CiKgUaZeMi said...

saja cari resepi untuk blog saya

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).