Update 19 September 09
Hari ini 30 Ramadhan 1430H di sini. Esok 1 Syawal. Hari ini hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini, dan insyaAllah ini adalah hari terakhir Ramadhan kami di sini. Semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan, dan ketika itu harapnya dapatlah kami kembali merasai suasana berpuasa di tanah air.
Kad raya hari ini datangnya dari Bradford, UK... Terima kasih Kak Linda. Salam lebaran dan salam kemaafan jua drp kami sekeluarga di sini. Jemput la beraya di Limerick :).
Update 18 September 09
Meniti hari ke 29 Ramadhan di bumi Ireland.... Adakah ini hari terakhir Ramadhan untuk tahun ini? Dalam kemeriahan menanti kedatangan syawal, jauh di sudut hati terasa pilu kerana Ramadhan bakal berlalu pergi.
Ya Allah, Engkau berkatilah saat2 yg dilaluiku dan saudara2 seIslamku yg lain di sepanjang perjalanan Ramadhan kali ini. Dengan redha dan kasih sayangMu, berilah lagi kami peluang untuk bertemu kemanisan RamadhanMu pada tahun hadapan...
Kad raya hari ini...
Yang ini daripada kawan lama masa kat sekolah dulu, jie dan saifulnizam . Orang kuat tae kwan do Terengganu nih! salam kemaafan jua daripada kami sekeluarga.
Yang ni pulak daripada Kak Tirana aka 'pakar motivasi'..hehhe.. Blog Kak Tirana sarat dengan cerita2 dan artikel untuk meningkatkan motivasi diri.
Seterusnya, yg ni pulak daripada Anis. Terima kasih Anis atas ingatan. Salam lebaran drp kami sekeluarga.
Update 17 September 09
28 Ramadhan di bumi Ireland. Semangat berhari raya kian terasa walaupun merindui sanak saudara dan sahabat handai di tanah air.
Kad raya hari ini daripada Ummumishkah. Terima kasih yg tak terhingga atas ingatan. Salam kemaafan jua daripada kami sekeluarga.
Yang ni pulak daripada Sasha. Sasha agaknya sekarang dah sampai kampung halaman nun kat Kedah sana. Selamat berhari raya Sha.
Update 16 September 09
Hari ini 27 ramadhan. Semakin menghampiri Syawal. Di tanah air, pasti sudah meriah suasana raya. Saling menghulur salam lebaran dan tidak dilupa 'acara tradisi' saling menghulur kad raya. Cumanya, di zaman sekarang, kad raya online pula yg banyak menggantikan kad raya 'normal'. Walau apa pun bentuknya, yg penting tanda ingatan yg ikhlas dari hati.
Ni kad raya daripada Nurindah. Terima kasih Nurindah. Salam aidilfitri daripada kami sekeluarga. Berhati2 dalam perjalanan balik kg ye!
Yg ni pulak dari Zue... Zue ni adik kepada kawan lama...org sedaerah la nih. Thn ni, buat pertama kali Zue beraya di samping suami dan juga puteri sulung mereka yg baru berusia sebulan lebih , kalau tak silap. Selamat blk kg Zue!
15 September 09
Kad raya daripada Kak Kam. Terima kasih kak... Ada 2 sebenarnya, tapi 1 je dapat ambik, k kam letak gamgajah kot kat satu kad lagi tuh..hehhe.. Nanti kalau dapat ambik, saya tayang kat sini ye Kak Kam.
Terima kasih banyak2 atas ingatan
1 comment:
THANKS SUDI TERIMA TANDA INGATAN DARI SHA... SELAMAT BERHARI RAYA...
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).