Tuesday, September 01, 2009

Back to school

Hari ini, 1 September 09, Kakak Huda dan Abang Fawwaz mula masuk sessi baru persekolahan, setelah bercuti musim panas selama 2 bulan. Kakak naik ke 1st class, Fawwaz naik ke senior infant.

Hari pertama sessi baru, ayah, ibu, Nabhan dan adik Hamdan semua pakat gi hantar kakak dan abang.

Atas kiri; Kakak Huda dan Abang Fawwaz dalam kereta, semangat hari pertama sekolah
Atas kanan; Mengiringi kakak dan abang...
Bawah kiri; Kakak Huda dalam kelas
Bawah kanan; Abang Fawwaz dalam kelas


Kakak dan abang Fawwaz bukan main seronok lagi. Nabhan pun tumpang seronok dan bersemangat nak ke sekolah. Nabhan minta dipakaikan uniform juga. Nasib baik ada uniform kakak masa di sekolah lama dulu.

Bila dah hantar kakak dan abang ke kelas masing2, dan menuju ke kereta untuk balik, Nabhan mula nangis2 nak masuk kelas jugak.... uwwwaa...



6 comments:

wan said...

hehehehe kesian nabhan.. ;) dia hok paling semangat skali nak g skoloh, siap jalan paling depan tuh, kalah abg fawwaz ngan ibu dia..hehe tup2 kena balik umoh, kesian pulop.. selamat naik kelas kakak huda&abg fawwaz! blajo mmolek dehh!

Sasha said...

selamat belajar utk Huda & fawwaz... Uniform laki & pompuan sama... senang kerja.. & tak mmbazir...

kayteeze said...

Uwaaa..... kalau kak tie pun nangis2 nak masuk kelas. Tengok kelas mereka menarik betul .Mesti best dapat kawan dengan anak2 omputeh ni.. boleh speaking dengan lancar..ekekeke...

Bonda said...

mula sekolah dah,kat cni 7 sep baru mula.atvt harian akan bermula seperti biasa.selamat belajar utk huda n fawwaz.

ummumishkah said...

Selamat mula sekolah! Mishkah pun lain macam jer mood dia bila cuti lama ni.. mama dan baba pulak yang jadi sedih tgk dia sebak...

kin hashim said...

Wan, mmg pun...sian nabhan...sapa dumoh dok nangis dok berenti lagi. Tp, hari ke 2 ok je dia..hehehh..

Sasha, uniform sek sini tak seragam utk semua sekolah. Lain sekolah, lain baju dia. Sek budak2 ni uniform utk girls/boys mmg sama je utk darjah rendah2 nih. Bila besar sikit (tak sure la darjah brapa) bru la uniform lain, yg girl macam pinafore tu @ blouse dgn skirt labuh.

Kak tie pun nak masuk skolah balik? hehehhh..

Bonda, sini kan cuti lagi awal, start awal sikit la kot...hehehh..Selamat blajar jg utk bdk2 kat newcastle tuh!

Ummumishkah,biasalah..lain budak, lain perangai dia, kan? bila dah sampai skolah tu nanti mesti dia happy tgk kwn2!

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).