Tuesday, September 15, 2009

Tok Aji Serban, Qasidah

Atas permintaan Sasha, saya sertakan cara2 nak buat kuih Qasidah dan Tok Aji Serban. Sebenarnya, tak susah sgt pun nak buat kuih2 tradisional melayu nih. Rata2, kuih tradisonal melayu ni bahan2nya ringkas je. Cumanya, generasi muda sekarang ni je yg tak tahu dan ada yg tak mahu mengambil tahu, maklumlah senang nak dapat...beli aje kalau nak makan, kan...heheh..

Zaman sekrg, tak susah pun nak blaja...semuanya di hujung jari je. Saya pun cuma menggoogle jer..

Qasidah

Resipi diambil dari ~sini~

Bahan2 :

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam (sedikit je)
1 sudu teh air kapur- cair

Bahan untuk ditabur:
5 ulas bawang merah ros, dihiris nipis

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. Gunakan api perlahan.

2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.

3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit.

4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi. Masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidang.

Tok Aji Serban


Resipi kuih ni saya cedok kat ~sini~

Bahan2:

untuk lapisan bawah(pulut)

3 cawan beras pulut
1 cwn santan cair(ikut keadaan,kalu nak pulut lembik skit..lebihkan santan)
secubit garam

Untuk lapisan atas

3@4biji telur
1 1/2 kerek nissan@gula melaka
gula(jika perlu)
2 cwn santan pekat@kepala santan

Cara2 membuat:
Beras pulut direndam untuk seketika,satukan santan cair dan garam..kacau sebati,tuangkan kedalam periuk bersama2 dgn beras pulut tadi,biarkan pulut masak. campurkan gula melaka dgn sedikit air,masak shg cair, pukul telur hingga sebati didalam bekas lain, then campurkan santan pekat tadi,kalau kurang manis blehla tambah gula.kacau sehingga semuanya sebati..kmdian kaupkan pulut dlm bekas untuk di kukus,masukkan campuran santan tadi kmudian kukus selama 25 minit atau shg masak.

** Saya masak pulut menggunakan microwave. Agak2je pulut dan santan cair tuh.
** Saya menggunakan brown sugar menggantikan gula melaka. Dan menggunakan santan dalam tin. Jadi, main agak2 juga kepekatan campuran telur dan santan tuh.

Ok Sasha...bole la cuba buat nanti! Terima kasih kepada ke dua2 penyumbang resipi!



1 comment:

Sasha said...

A'ah mcm senang jer... thank you kin... nnti lepas2 raya sha nak try buat jugak!... terliur dah ni!!

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).