Tuesday, February 10, 2009

Kanan? kiri?


Antara anak2, Fawwaz lebih cenderung menggunakan tangan kiri.... atau senang kata macam 'kidal'. Tak tau lah kot2 nanti makin besar boleh berubah pulak. Tapi, rasanya tak la kot. Sebab nampak gayanya dia pegang pensel dgn tgn kiri, apa2 benda yg dipegang pun, tgn kiri lebih dominan.... (oppss...makan dengan tangan kanan.... semestinya la!!). Ibu ngan ayah bukan kidal, tapi, kalau Fawwaz kidal pun, bukan satu perkara yg pelik, sebab adik beradik ibu ada yg kidal. Mungkin gen yg resesif tu diwarisi kepada Fawwaz.

Orang kata, org kidal ni lebih berjiwa seni dan lebih kreatif... betul ke? Seni dan kreativiti tu sebenarnya refleksi daripada fungsi otak kanan. Manakala otak kiri pula lebih kepada pemikiran logik dan analitik. Sebagaimana kita menggunakan tangan kiri dan kanan untuk macam2 urusan, maka kita juga menggunakan kedua-dua belah otak kita dalam masa yg sama. Cuma, mungkin ada lebih kecenderungan kepada salah satu.

Otak kiri dan otak kanan
(sumber: carian google)

Berjiwa seni ke Fawwaz tu? Ntah la....hehhe.. ada la kot sikit ciri2 dia. Dia suka sangat melukis. Boleh kata setiap hari melukis adalah salah satu aktiviti utama dia. Hasil lukisan dia pulak, boleh kata jauh lebih hebat daripada lukisan ibu atau ayah pada masa seusia Fawwaz dulu. Takdelah comel beno...hasil lukisan budak umo 4 tahun jer... (ibu lupa plak nak ambik gambo lukisan Fawwaz...lain kali la...)

Ayah rajin layan minat anak. selalu ayah bawak balik kertas2 terpakai dari ofis untuk Fawwaz dan kakak huda melukis. Ibu pulak yg bosan dok kutip kertas yg bersepah2 setiap hari!



Dianggarkan hanya sekitar 10% daripada populasi manusia kat dunia nih yg kidal. Menulis menggunakan tgn kiri cuma salah satu ciri kidal. Dominasi tangan (hand dominance) ni bukanlah berkait terus dengan dominasi otak (brain dominance). Boleh baca kat sini dan di sini. Maknanya, orang kidal tidak semestinya memiliki otak kanan yg dominan. Kreativiti adalah manifestasi daripada cara berfikir. Bergantung kepada otak mana yg lebih dominan. Cuma kebetulan ramai di kalangan org2 terkenal dalam bidang seni adalah kidal. Dan, ramai juga orang kidal yg tidak terkenal, tapi menunjukkan bakat seni dan kreativiti yg menakjubkan. Dan, tak kurang juga, orang bukan kidal pun ramai yg kreatif....

Kreatifkah anda? Otak kanan atau otak kiri yg lebih dominan? Sambil2 duk menggoogle pasal org kidal nih, terjumpa beberapa test tentang dominasi otak. Antaranya kat sini. Test yg ni kata saya menggunakan kedua2 belah otak sama rata. Hmmm...btul la tu kot. Tapi, penerangannya superficial je. Test yg ni lagi menarik. Ni saya punya analisis;

The results show your brain dominance as being:

Left Brain Right Brain
52% 48%

You are more left-brained than right-brained. Your left brain controls the right side of your body. In addition to being known as left-brained, you are also known as a critical thinker who uses logic and sense to collect information. You are able to retain this information through the use of numbers, words, and symbols. You usually only see parts of the "whole" picture, but this is what guides you step-by-step in a logical manner to your conclusion. Concise words, numerical and written formulas and technological systems are often forms of expression for you. Some occupations usually held by a left-brained person include a lab scientist, banker, judge, lawyer, mathematician, librarian, and skating judge.


Test yg ni dia ada lagi penerangan yg lebih terperinci. Tapi saya tak pastekan kat sini la., panjang sgt. Pendek kata, dia menyimpulkan saya adalah orang yg memiliki otak kiri yg lebih dominan (@kurang kreatif la tuh... )Hmm... yg ni mungkin lebih tepat kot!


Anda bagaimana? Boleh la cuba kalau nak tau...

11 comments:

Tie said...

Kin, anak kak tie yang sulung, lelaki tu kidal juga. Orang kidal ni kreatif, pandai lukis...

Dia lukis pun pelik, lukis kaki atau ekor dulu, last sekali kepala...so susah nak teka apa yang dia nak buat.

Ada saja benda yang dia nak buat...memang letih layannya...sabor je laaa... Kita kena bagi dia panduan...dan terus bagi dorongan...

NizA said...

kak kin...sy pun kidal gak...bile menulis la...tp bile nak motong2 sayur ke ape...kiri kanan guna...pegang raket kanan...hehe...tp sy antara org kidal yg x suka n x reti melukis!!!hahaha...

kin hashim said...

Kak tie, org yg byk guna otak kanan nampak overall picture dulu, baru nampak details dia. Yg byk guna otak kiri nampak details dulu, baru nampak keseluruhan. Agaknya, anak kak tie mmg otak kanan yg dominan, dia boleh lukis kaki/ekor dulu, sbb dah ada gambaran keseluruhan apa yg dia nak lukis tuh... :).

niza, byk org kidal yg mempunyai otak kanan yg dominan, mungkin niza ni antara org kidal yg otak kirinya lebih dominan...hehhehe..

cendawanintim said...

asben saya tangan kidal, tapi anak tak ikut plak...

kretip katanya si tangan kiri nih...tapi nampak cam asben saya tak kretip plak!huhuhuhu

kin hashim said...

cendawanintim, mungkin anak2 lain nanti kot... :).

Anonymous said...

KAK KIN,

Barack Obama pun kidal juga..

kin hashim said...

ina, ye ker? tak tau plok... :).

~Cinta Cukulet~ said...

saya pun kidal gak hehe...nak try la test tu..huhu

kin hashim said...

~cinta cukulet~, awak pun kidal ye? hmmm... berjiwa seni eh? ;).

Sasha said...

wah kin!! bole buat tesis pasal topik ni... bagus le penerangan kat n3 ni... mcm masuk kelas biologi... tambah ilmu pengetahuan...

p/s: pernah jumpa org yg pandai gunakan kedua2 tgn utk menulis...

kin hashim said...

amboi sha, sikit info jer tuh...terus jadi macam isi kuliah...hehhehe... hmmm...untung ye kalau org yg boleh guna 2-2 tgn seimbang, kan?

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).