Wednesday, February 04, 2009

2 tahun @ Sejenak Bersamaku....


Hmmm...sedar tak sedar, pada Februari tahun ini,'Sejenak bersamaku....' ini dah pun menginjak ke usia 2 tahun. Detik kelahirannya pada Februari 2007. Terasa baru lagi bercerita tentang sorotan setahun usia blog nih pada Februari tahun lepas. Masa memang pantas berlari...


Mengimbau kembali detik awal kelahiran blog ini... lahir atas dorongan si dia yg tercinta. Buat mengisi masa lapang, katanya. Walaupun sebenarnya tak byk masa lapang pun, apa lagi bila bertambah lg sorang ahli keluarga nih. Walaumacamana pun, disebabkan ada 'minat', 'Sejenak bersamaku....' ini terus bernafas, walaupun pada peringkat awal macam hidup segan mati tak mau jer.

Wajah-wajah awal sepanjang setahun pertama 'Sejenak bersamaku...'


Tuan rumah 'Sejenak bersamaku....' ini tidaklah begitu kreatif dalam menampilkan wajah blog yg menarik. Itulah seadanya...cerita setahun pertama perjalanan blog ini ~di sini~ . Setahun lebih wajah blog plain tanpa background image kecuali header. Hanya sekitar musim raya tahun lepas, barulah ada decoration sikit, itupun hanya penambahan background, tanpa menukar template asal.

Wajah terakhir 'Sejenak bersamaku....' di penghujung usia 2 tahun...


Setelah beberapa bulan, mata mula terasa bosan melihat wajah yg seperti 'penuh beraneka warna'. Hati lebih tertarik dengan wajah yg ringkas, tapi manis pada pandangan mata. Dengan sedikit 'research', maka terhasillah wajah baru yg terkini nih...

Wajah baru yg ringkas....


Sepanjang setahun yg lalu juga menyaksikan 'Sejenak bersamaku....' semakin 'hidup' di dunia maya ini. Tuan rumah blog nih pun makin panjang langkahnya. Bermula dengan iu, bilangan teman maya bertambah dari sehari ke sehari..... duniaku makin ceria..

Sebagai mengakhiri entry ini, petikan daripada setahun yg lalu...

I'm not good in writing.... tu la dia, tak byk pon yg dapat kutulis.. :). ...not good in expressing my own thoughts...tak byk idea pon dlm nih.... :). .... not good in cooking.... ada la sikit sebanyak 'resipiku' yg tak seberapa menarik mana pon... :). ....not good in internet skills...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :). Akhir kalam coretan ini.... dengan segala rendah dirinya, inilah dia dipersembahkan blog 'Sejenak bersamaku...' ini seadanye.... it is as it is.... :).


10 comments:

Zuri@ni said...

Waa...tukar cat baru nampak :D

~Cinta Milo Ais~ said...

tahniah kak...dah dua tahun ya...semoga kak kin akan terus cemerlang hehe chaiyok2

Sasha said...

Happy 2nd Birthday to Sejenak Bersamaku, makin vogue...

afafita wafitos said...

"sejenak bersamaku" tk pernah membosankan....sebab tu Wafitos, Afafita & ichita jd peminat setia....
tahniah....teruskan berkongsi cerita n mewarnai dunia maya ini...

Tie said...

Ho ho..., sorry sebab lambat sampai...tercicir pulak..hi hi..

Selamat menyambut 2 tahun memblogging!! Kira lebih tua dari kak tie la, he he... kak tie tak sampai setahun pun...

Teruslah berkarya, kak tie suka bunga2 daisy kat atas tu, comel je...

sumijelly said...

wah.......walupun br 2 tahun.
mcm org lama jer dlm dunai blogger nie.....
selamat ulang tahun la yek..
leh ker ayat gitu?? hehehehe

kin hashim said...

time kasih buat zue, adik cinta milo ais, sasha, ummuwafi, kak tie dan sumijelly... :).

Tirana said...

Alhamdulillah..dah dua tahun...Tahniah..moga-moga blog Kin ni semakin mantap..teruskan menulis..

azza_irah said...

tahniah kin...heppy bday buat 'sejenak bersamaku"...moga terus mekar dan segar dengan cerita2 baru...ramai yg setia mengikuti..

HasraRazali said...

"Happy Birthday sejenak bersamamu..."

Makin cantik akak nyer blog, kak...saya minat tgk layout gmbr2 akan, sgt cantik...layout terbaru ni pn, comey..boleh ajar kan?

p/s: sya mmg dah lama sgt tak menjenguk blog akak, dan kawan2...bekerja di tpt baru mmg sgt2 busy..:-(

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).