Sunday, February 08, 2009

Haslena




9 Februari...birthday Haslena yg ke.....sama dgnku la. Sapa Haslena nih? Tak penah pulak bercerita pasal Haslena ni kat sini, tapi, kali ni terasa nak sebut nama Haslena kat sini. Dia kukenali sejak 1990 (dah 19 tahun). Dia ni salah sorang sahabat masa kat sekolah menengah dulu. Kami sekelas dari tingkatan 1 sehingga la tingkatan 5. Selepas SPM, masing2 bawa haluan sendiri. Tapi, kami masih keep in touch, dan sesekali bila ada peluang, kami bertemu mata.

Walaupun berjauhan, sesekali sering juga kami bertukar2 cerita. Dia ada di sisiku pada detik istimewa dalam hidupku. Dia menyaksikan saat cincin pertunangan disarungkan ke jari manisku. Dia juga hadir di hari bahagia aku bergelar raja sehari. Dan dia juga hadir tatkala aku menimang cahaya mata pertama. Kini, masing2 telah punyai keluarga dan tanggungjawab tersendiri. Tapi, kami masih berhubungan... sesekali bertanya khabar... sangat kuhargai persahabatan dengan insan yg bernama Haslena nih.

Yg istimewanya sahabatku Haslena nih, dia setia mengingati tarikh lahir seseorang, termasuk diriku. Tak tahulah banyak mana tarikh lahir yg ada dalam database dia...hehhhe...yg pasti, rasanya setiap tahun sejak aku mengenalinya, aku pasti menerima ucapan selamat hari lahir daripadanya...dia antara yg terawal mengucapkannya (kecuali tahun nih, dia terlambat sikit... buat pertama kalinya dia terlupa bila tiba tarikh 4/1! hehheh..tapi, aku tak kisah pun, sebab aku tahu, dia memang tak lupakan aku)

Kalau zaman sekolah dulu, pasti ada sedikit hadiah sebagai tanda ingatan. Tapi bila masing2 dah berjauhan nih, sekadar ucapan pun sudah cukup membuatkan diri rasa dihargai. Dan sebenarnya, bukan sahaja tarikh lahirku, malah tarikh lahir anak2ku juga! Setiap kali tiba tarikh lahir anakku2, aku pasti menerima sms drpd dia... how sweet!

Haslena bukan seorang blogger, tapi kutahu dia sering juga menjenguk rumah mayaku ini. Harap dia tak marah nama dan sedikit cerita mengenainya terpahat di sini...jgn marah eh Na yer...

Untuk kali ini, inginku abadikan di sini ucapan Selamat Hari Lahir yg ke 32 buat Haslena. Buat Haslena, semoga dikurniakanNya segala kebaikan dan diberikanNya keberkatan atas umur yg dah berlalu dan juga keberkatan atas umur yg akan datang.

Haslena ...masa majlis aqiqah Huda... September 2002


3 comments:

Tirana said...

Kak tirana pun nak tumpang ucap Happy Birthday to kawan Kin, Hasleena. Moga sentiasa dalam keberkatan Allah.

Tie said...

Tie pun sama....happy birthday, Haslena...

Memang seronok punya sahabat karib.. Kak Tie pun ada gak...cuma belum berkesempatan untuk bertemu..dah lebih 20 tahun laa...hu hu..

Sasha said...

Sha pasti Haslena byk beri pengaruh pada diri Kin... so... Sha pun nak ucap selamat utknya... semoga hidup Haslena diberkati & sentiasa berada dlm lindungan Allah...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).