Saturday, February 07, 2009

Donald Duck

Sapa yg tak kenal dgn itik kat atas nih? Nabhan pun kenal, jadi peminat setia lagi! Hari2 nak tengok Donald Duck, pantang dia nampak komputer, mesti nak tengok cerita Donald Duck...macam dah obsessed dgn Donald Duck pulak. Bangun pagi, buka mata jer, selain daripada minta susu, Donald Duck la yg disebutnya.




Kalau dulu, rumah kami takde siaran tv berbayar, kononya tak mau anak2 terikat ngan tv. Lagi pulak, kat sini kena ada lesen tv...euro 15o sethn! Kalau subscribe siaran tv berbayar, mesti org lesen tv terus dtg terpacak depan pintu. Tengok siaran tv free, dpt dua channel jer. Tu pun dengan gambarnya yg blur2. Rancangan budak2 ada la sebelah pagi, dan tak la menarik sgt.

Tapi, bila takde tv, budak2 ni asyik terpacak depan komputer pulak. Maklumlah, budak2 zaman sekrg, kecik2 dah pandai main komputer. Bila tak dapat tengok cerita kartun kat tv, diorang tengok kartun kat Youtube. Si kakak dah pandai mengeja sikit2, boleh la dia taip apa2 nama cerita kartun tuh. Dari situ la Nabhan mula jadi peminat setia Donald Duck. Kakak dan abang dah muak tengok cerita Donald Duck, Nabhan tak puas2 walaupun ulang tayang beribu2 kali!!

Ayah pun dah download beberapa cerita Donald Duck drp Youtube tuh. Tu pun Nabhan masih jugak setia nak tengok cerita2 Donald Duck yg dah berulang2 tuh! Ibu nak 'buat keje' dgn komputer pun tak boleh. Terpaksa la ibu sorok laptop tu daripada pandangan mata Nabhan, supaya Nabhan 'lupa' pada Donald Duck untuk seketika.


Disebabkan nak mengalih perhatian Nabhan drp Donald Duck, ayah tukar fikiran.... subscribe siaran tv berbayar. Tapi, walaupun dah dapat tengok lebih banyak variety cerita kartun kat tv sekrg pun, Nabhan masih jugak setia dgn Donald Duck dia tuh!

ps~ Donald Duck tu watak kartun Disney; produk Disney patut kena boikot nih!! hmmm....camane ni eh?


8 comments:

iu @ wid.ayu said...

ish3... setia pada yang satu nabhan ni.. bagus tuu!!

kalau tak selalu takpe.. kalau selalu tengok takleh nt sakit mate..

disney kena boikot ek? ape kate bagi tengok sinchan..he he heeee...

KakChik said...

Salam pagi kin.

Cute je KakChik nampak si Nabhan dok depan lappy tgk DD. Anak2 sedara KakChik pun ada yg melalui fasa macam Nabhan tu mmg susah sungguh kalau org tua nak tukar channel, alamat terpaksa menahan telingalah mendengar raungan mereka.

Tie said...

Ha ha....wah...kena bersaing dengan anak2 pulak...hi hi...kak tie pun terpaksa bersaing dgn anak tu...leceh lak....

azza_irah said...

salam pagi kin..
camna nak boikot ek...meraung sakan la nabhan..hehee

kin hashim said...

iu, nabhan macam ibu dia, setia pada yg satu..hehhe...hmm..sin chan pun selalu tengok gak..tapi, dia dah jatuh cinta dgn donald duck lah...

kak chik, betullah...nabhan duk kat fasa tu la nih..kita slow talk pun susah dia nak dengar, yg dia tahu..dia mesti dapat apa yg dia nak... ni la org kata 'terrible two'..

kak tie, hmm..kena berebut ngan anak2.... tunggu diorang tido la baru boleh mengadap... :).

azza, boikot makanan tertentu boleh lagi, nak boikot cite kartun nih susah sikit la.. :).

Ibnurashidi said...

Salam..

hehe, nampaknya kak kin kena cari alternatif lain ni. Cari itik yang nak semacam donald duck:)

kin hashim said...

ibnurashidi, agaknya itik apa tu agaknya ya? ;)

Sasha said...

anak2 sha pun suka kartun2 disney... diorang mmg pandai mmpengaruhi hidup org dgn kartun2 comel... jgn kata budak2... org tua pun suka... tp barang2 dia kita boleh elakkan mmbeli... tang tv tu mmg payah...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).