Thursday, February 19, 2009

Makluman

19 Februari 09

Wednesday, February 18, 2009

Koleh kacang


Dah lama takde entry pasal masakan.....

Koleh kacang...lama dah ada hati nak cuba buat kuih nih, semalam baru tergerak hati nak buat.... resipinya diambil dari ~sini~ Tapi, tanpa 'tahi minyak'nya... Hasil yg memuaskan untuk percubaan pertama! Menggunakan tepung kacang hijau. Agaknya mungkin lagi sedap kalau tepung kacang hijau diblend sendiri...

Monday, February 16, 2009

4 serangkai daripada Iu





Uishh...banyaknye.... time kasih iu sbb sudi berkongsi seme yg kat atas nih...



Sunday, February 15, 2009

Selamat jalan Carina...




Dia yg telah banyak menabur jasa pada kami sekeluarga....

Setia menemani kami di sekitar wilayah Limerick

Setia menemani kami menjelajah ke hampir serata ceruk bumi Ireland...

Gemersik suara enjinnya;

membawa kami menghayati indahnya bumi Tuhan

membawa kami mengeratkan silaturrahim dengan kawan dan taulan

membawa kami menyelesaikan urusan seharian...

Setahun lebih dia bersama kami, mengharungi suka dan duka... (Pernah tersadai di tepi jalan....hehehhh..)

Mei 07 - Feb 09...

Jasamu tetap dikenang...

Meskipun kini ada pengganti...namun dirimu tetap abadi di hati...

Selamat jalan wahai Carina.....

Tuesday, February 10, 2009

Kanan? kiri?


Antara anak2, Fawwaz lebih cenderung menggunakan tangan kiri.... atau senang kata macam 'kidal'. Tak tau lah kot2 nanti makin besar boleh berubah pulak. Tapi, rasanya tak la kot. Sebab nampak gayanya dia pegang pensel dgn tgn kiri, apa2 benda yg dipegang pun, tgn kiri lebih dominan.... (oppss...makan dengan tangan kanan.... semestinya la!!). Ibu ngan ayah bukan kidal, tapi, kalau Fawwaz kidal pun, bukan satu perkara yg pelik, sebab adik beradik ibu ada yg kidal. Mungkin gen yg resesif tu diwarisi kepada Fawwaz.

Orang kata, org kidal ni lebih berjiwa seni dan lebih kreatif... betul ke? Seni dan kreativiti tu sebenarnya refleksi daripada fungsi otak kanan. Manakala otak kiri pula lebih kepada pemikiran logik dan analitik. Sebagaimana kita menggunakan tangan kiri dan kanan untuk macam2 urusan, maka kita juga menggunakan kedua-dua belah otak kita dalam masa yg sama. Cuma, mungkin ada lebih kecenderungan kepada salah satu.

Otak kiri dan otak kanan
(sumber: carian google)

Berjiwa seni ke Fawwaz tu? Ntah la....hehhe.. ada la kot sikit ciri2 dia. Dia suka sangat melukis. Boleh kata setiap hari melukis adalah salah satu aktiviti utama dia. Hasil lukisan dia pulak, boleh kata jauh lebih hebat daripada lukisan ibu atau ayah pada masa seusia Fawwaz dulu. Takdelah comel beno...hasil lukisan budak umo 4 tahun jer... (ibu lupa plak nak ambik gambo lukisan Fawwaz...lain kali la...)

Ayah rajin layan minat anak. selalu ayah bawak balik kertas2 terpakai dari ofis untuk Fawwaz dan kakak huda melukis. Ibu pulak yg bosan dok kutip kertas yg bersepah2 setiap hari!



Dianggarkan hanya sekitar 10% daripada populasi manusia kat dunia nih yg kidal. Menulis menggunakan tgn kiri cuma salah satu ciri kidal. Dominasi tangan (hand dominance) ni bukanlah berkait terus dengan dominasi otak (brain dominance). Boleh baca kat sini dan di sini. Maknanya, orang kidal tidak semestinya memiliki otak kanan yg dominan. Kreativiti adalah manifestasi daripada cara berfikir. Bergantung kepada otak mana yg lebih dominan. Cuma kebetulan ramai di kalangan org2 terkenal dalam bidang seni adalah kidal. Dan, ramai juga orang kidal yg tidak terkenal, tapi menunjukkan bakat seni dan kreativiti yg menakjubkan. Dan, tak kurang juga, orang bukan kidal pun ramai yg kreatif....

Kreatifkah anda? Otak kanan atau otak kiri yg lebih dominan? Sambil2 duk menggoogle pasal org kidal nih, terjumpa beberapa test tentang dominasi otak. Antaranya kat sini. Test yg ni kata saya menggunakan kedua2 belah otak sama rata. Hmmm...btul la tu kot. Tapi, penerangannya superficial je. Test yg ni lagi menarik. Ni saya punya analisis;

The results show your brain dominance as being:

Left Brain Right Brain
52% 48%

You are more left-brained than right-brained. Your left brain controls the right side of your body. In addition to being known as left-brained, you are also known as a critical thinker who uses logic and sense to collect information. You are able to retain this information through the use of numbers, words, and symbols. You usually only see parts of the "whole" picture, but this is what guides you step-by-step in a logical manner to your conclusion. Concise words, numerical and written formulas and technological systems are often forms of expression for you. Some occupations usually held by a left-brained person include a lab scientist, banker, judge, lawyer, mathematician, librarian, and skating judge.


Test yg ni dia ada lagi penerangan yg lebih terperinci. Tapi saya tak pastekan kat sini la., panjang sgt. Pendek kata, dia menyimpulkan saya adalah orang yg memiliki otak kiri yg lebih dominan (@kurang kreatif la tuh... )Hmm... yg ni mungkin lebih tepat kot!


Anda bagaimana? Boleh la cuba kalau nak tau...

Sunday, February 08, 2009

Haslena




9 Februari...birthday Haslena yg ke.....sama dgnku la. Sapa Haslena nih? Tak penah pulak bercerita pasal Haslena ni kat sini, tapi, kali ni terasa nak sebut nama Haslena kat sini. Dia kukenali sejak 1990 (dah 19 tahun). Dia ni salah sorang sahabat masa kat sekolah menengah dulu. Kami sekelas dari tingkatan 1 sehingga la tingkatan 5. Selepas SPM, masing2 bawa haluan sendiri. Tapi, kami masih keep in touch, dan sesekali bila ada peluang, kami bertemu mata.

Walaupun berjauhan, sesekali sering juga kami bertukar2 cerita. Dia ada di sisiku pada detik istimewa dalam hidupku. Dia menyaksikan saat cincin pertunangan disarungkan ke jari manisku. Dia juga hadir di hari bahagia aku bergelar raja sehari. Dan dia juga hadir tatkala aku menimang cahaya mata pertama. Kini, masing2 telah punyai keluarga dan tanggungjawab tersendiri. Tapi, kami masih berhubungan... sesekali bertanya khabar... sangat kuhargai persahabatan dengan insan yg bernama Haslena nih.

Yg istimewanya sahabatku Haslena nih, dia setia mengingati tarikh lahir seseorang, termasuk diriku. Tak tahulah banyak mana tarikh lahir yg ada dalam database dia...hehhhe...yg pasti, rasanya setiap tahun sejak aku mengenalinya, aku pasti menerima ucapan selamat hari lahir daripadanya...dia antara yg terawal mengucapkannya (kecuali tahun nih, dia terlambat sikit... buat pertama kalinya dia terlupa bila tiba tarikh 4/1! hehheh..tapi, aku tak kisah pun, sebab aku tahu, dia memang tak lupakan aku)

Kalau zaman sekolah dulu, pasti ada sedikit hadiah sebagai tanda ingatan. Tapi bila masing2 dah berjauhan nih, sekadar ucapan pun sudah cukup membuatkan diri rasa dihargai. Dan sebenarnya, bukan sahaja tarikh lahirku, malah tarikh lahir anak2ku juga! Setiap kali tiba tarikh lahir anakku2, aku pasti menerima sms drpd dia... how sweet!

Haslena bukan seorang blogger, tapi kutahu dia sering juga menjenguk rumah mayaku ini. Harap dia tak marah nama dan sedikit cerita mengenainya terpahat di sini...jgn marah eh Na yer...

Untuk kali ini, inginku abadikan di sini ucapan Selamat Hari Lahir yg ke 32 buat Haslena. Buat Haslena, semoga dikurniakanNya segala kebaikan dan diberikanNya keberkatan atas umur yg dah berlalu dan juga keberkatan atas umur yg akan datang.

Haslena ...masa majlis aqiqah Huda... September 2002


Saturday, February 07, 2009

Donald Duck

Sapa yg tak kenal dgn itik kat atas nih? Nabhan pun kenal, jadi peminat setia lagi! Hari2 nak tengok Donald Duck, pantang dia nampak komputer, mesti nak tengok cerita Donald Duck...macam dah obsessed dgn Donald Duck pulak. Bangun pagi, buka mata jer, selain daripada minta susu, Donald Duck la yg disebutnya.




Kalau dulu, rumah kami takde siaran tv berbayar, kononya tak mau anak2 terikat ngan tv. Lagi pulak, kat sini kena ada lesen tv...euro 15o sethn! Kalau subscribe siaran tv berbayar, mesti org lesen tv terus dtg terpacak depan pintu. Tengok siaran tv free, dpt dua channel jer. Tu pun dengan gambarnya yg blur2. Rancangan budak2 ada la sebelah pagi, dan tak la menarik sgt.

Tapi, bila takde tv, budak2 ni asyik terpacak depan komputer pulak. Maklumlah, budak2 zaman sekrg, kecik2 dah pandai main komputer. Bila tak dapat tengok cerita kartun kat tv, diorang tengok kartun kat Youtube. Si kakak dah pandai mengeja sikit2, boleh la dia taip apa2 nama cerita kartun tuh. Dari situ la Nabhan mula jadi peminat setia Donald Duck. Kakak dan abang dah muak tengok cerita Donald Duck, Nabhan tak puas2 walaupun ulang tayang beribu2 kali!!

Ayah pun dah download beberapa cerita Donald Duck drp Youtube tuh. Tu pun Nabhan masih jugak setia nak tengok cerita2 Donald Duck yg dah berulang2 tuh! Ibu nak 'buat keje' dgn komputer pun tak boleh. Terpaksa la ibu sorok laptop tu daripada pandangan mata Nabhan, supaya Nabhan 'lupa' pada Donald Duck untuk seketika.


Disebabkan nak mengalih perhatian Nabhan drp Donald Duck, ayah tukar fikiran.... subscribe siaran tv berbayar. Tapi, walaupun dah dapat tengok lebih banyak variety cerita kartun kat tv sekrg pun, Nabhan masih jugak setia dgn Donald Duck dia tuh!

ps~ Donald Duck tu watak kartun Disney; produk Disney patut kena boikot nih!! hmmm....camane ni eh?


Wednesday, February 04, 2009

2 tahun @ Sejenak Bersamaku....


Hmmm...sedar tak sedar, pada Februari tahun ini,'Sejenak bersamaku....' ini dah pun menginjak ke usia 2 tahun. Detik kelahirannya pada Februari 2007. Terasa baru lagi bercerita tentang sorotan setahun usia blog nih pada Februari tahun lepas. Masa memang pantas berlari...


Mengimbau kembali detik awal kelahiran blog ini... lahir atas dorongan si dia yg tercinta. Buat mengisi masa lapang, katanya. Walaupun sebenarnya tak byk masa lapang pun, apa lagi bila bertambah lg sorang ahli keluarga nih. Walaumacamana pun, disebabkan ada 'minat', 'Sejenak bersamaku....' ini terus bernafas, walaupun pada peringkat awal macam hidup segan mati tak mau jer.

Wajah-wajah awal sepanjang setahun pertama 'Sejenak bersamaku...'


Tuan rumah 'Sejenak bersamaku....' ini tidaklah begitu kreatif dalam menampilkan wajah blog yg menarik. Itulah seadanya...cerita setahun pertama perjalanan blog ini ~di sini~ . Setahun lebih wajah blog plain tanpa background image kecuali header. Hanya sekitar musim raya tahun lepas, barulah ada decoration sikit, itupun hanya penambahan background, tanpa menukar template asal.

Wajah terakhir 'Sejenak bersamaku....' di penghujung usia 2 tahun...


Setelah beberapa bulan, mata mula terasa bosan melihat wajah yg seperti 'penuh beraneka warna'. Hati lebih tertarik dengan wajah yg ringkas, tapi manis pada pandangan mata. Dengan sedikit 'research', maka terhasillah wajah baru yg terkini nih...

Wajah baru yg ringkas....


Sepanjang setahun yg lalu juga menyaksikan 'Sejenak bersamaku....' semakin 'hidup' di dunia maya ini. Tuan rumah blog nih pun makin panjang langkahnya. Bermula dengan iu, bilangan teman maya bertambah dari sehari ke sehari..... duniaku makin ceria..

Sebagai mengakhiri entry ini, petikan daripada setahun yg lalu...

I'm not good in writing.... tu la dia, tak byk pon yg dapat kutulis.. :). ...not good in expressing my own thoughts...tak byk idea pon dlm nih.... :). .... not good in cooking.... ada la sikit sebanyak 'resipiku' yg tak seberapa menarik mana pon... :). ....not good in internet skills...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :). Akhir kalam coretan ini.... dengan segala rendah dirinya, inilah dia dipersembahkan blog 'Sejenak bersamaku...' ini seadanye.... it is as it is.... :).


Sunday, February 01, 2009

Friendship award daripada Kak Tie


Dapat hadiah nih daripada Kak Tie hari nih...time kasih banyak2 la Kak Tie. A perfect blend of friendship... 'trust', 'kindness', 'honesty' and 'caring'.

Kak Tie ni memang seorang yg pemurah dan juga peramah. Semoga Kak Tie sentiasa berbahagia di samping keluarga dan juga teman2!

Photobucket

Photobucket