Tuesday, January 27, 2009

Google image tag from iu

Ni tag daripada iu ~

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."


1) Next year i'm..



2) I really want to go to...


3) My favourite place




4) My favourite thing..



5) My Fav Drink



6) My fav food



7) My fav color



8) I live in



9) I was born in



10) A nikcname i had



11) My College Major



12) My Bad Habit



13) My Hobby





14) I Wish


Photobucketokeh...dah siap, iu!!
Mmmm...nak kena tag 5 org? Photobucket nanti nak pikir nak tag sapa yer...Photobucket


Photobucket

Monday, January 26, 2009

Hamdan's 1st visit to Dublin


Hamdan dah pun berumur 2 bulan lebih...dah nak masuk 3 bulan pun..sekejap je pulak rasanya. Minggu lepas kami sefamili ke Dublin...buat surat beranak Malaysia dan juga pasport untuk Hamdan.



Gambar pasport untuk Hamdan; mula2 ambik gambar sendiri kat booth, tapi tak jadi2...jenuh pegang.... ni la pose terbaik yg dapat diambil....dah tentu direject untuk pasport!





Kat sini, tak banyak kedai yg ambik gambar pasport untuk baby. Setelah mencari2, jumpalah satu tempat, kat satu farmasi...alahai bukannya studio yg canggih pun! Hamdan dibaringkan atas lantai, lapik ngan towel putih jer!! hahhaha...


Appointment dah dibuat beberapa minggu sebelum tuh... disebabkan tak mau kelam kabut, kami pergi sehari awal, bermalam di Travelodge. Sambil2 tu, boleh pegi jalan2... sambil menyelam, sambil minum air..hehhe... Sempat singgah di Kildare Village, ada orang tu nak beli kasut clark untuk dia, tapi, end up beli kasut untuk seme, kecuali Hamdan...heheh...makasih2..
Photobucket

Hamdan dan abg Nabhan tido...on the way ke Dublin...

Selain ke Kildare Village, sempat juga ke kedai abg Man, Hibiscus Asian Store, dan lepas tu pegi ziarah Kak Tuty sekeluarga... bertanya khabar kawan2 kat Dublin.

20 Januari 09, pertama kali kami sefamili menjejakkan kaki ke Malaysian Embassy (walaupun dah lebih 2 tahun berada di Ireland. Kalau tak kerana nak buat pasport Hamdan, tak tau la bila agaknya boleh sampai ke pejabat embassy tuh..hehhe...) Urusannya sekejap jer, isi2 borang dan bertanya sikit sebanyak, dalam lebih kurang sejam jer.
Photobucket

Dari Dublin, kami menuju ke Athlone, rumah kawan lama cik abe masa kat utm dulu. Awalnya, cadang nak pegi awal, tapi, disebabkan hari tu adalah hari bekerja, terpaksa la tunggu kawan tu balik. Sementara tunggu petang, kami ronda2 dan makan dulu kat dublin city tuh. Sampai Athlone, dah malam...kul 6pm.


Anak2... kat rumah Rahmat-Lina di Athlone

Alang2 dah sampai ke Athlone, kami ke rumah Jo di Balinasloe (tuan rumah my family kitchen; mekar mewangi) . Dari Athlone ke Balinasloe, lebih kurang setengah jam je. Dah beberapa kali plan nak ke rumah Jo sebelum nih, tapi tak jadi jer.... so, malam tu, kami singgah la jugak nak kenal rumah Jo, walaupun dah lewat malam. Sampai umah Jo dah 9pm lebih...anak2 pun dah letih... Gambar pun lupa nak ambik...

Lebih kurang jam 10pm lebih, kami bertolak balik ke Limerick, dekat2 kul 12am sampai rumah...

***Ni je gambar yg ada masa ke Dublin... diambil dengan 'kamera pesen lama' yg dah banyak berjasa tuh.... ada lagi gambar (dalam 'kamera pesen baru' orang itu)....masih menunggu2 bila lah orang itu nak masukkan gambar dalam kompite nih....
Photobucket
Dok puas lagi ke belek benda tuh? hehhehe...
Photobucket

Thursday, January 22, 2009

Daripada kak tirana

Lamanya ambik masa nak gantung hadiah daripada kak tirana nih..hehhe... apa2 pun terima kasih buat kak tirana sebab sudi juga berkongsi hadiah ini dengan saya...
Photobucket



Photobucket

Friday, January 16, 2009

The Da Vinci Code



Aku bukanlah ulat buku, dan bukan juga kaki movie. Tapi, baru2 nih tertarik pulak dgn cerita The Da Vinci Code yg glamer beberapa tahun sudah. Novel yg difilemkan. Dulu, tak ambik kisah pun pasal cerita tuh...mm..macam tak menarik dan membosankan jer. Lebih kurang sebulan lepas, masa musim krismas kat sini, kat tv ada siar filem tuh. Tengok pun dah setengah jalan...tapi, rasa macam menarik pulak... lalu aku pun menge'search' la plak kisah penuh dia kat wiki.

Suatu hari, masa keluar jalan2, terjumpa pulak buku cerita tuh. A worldwide bestseller book dan dah ditranslatekan ke 44 bahasa. Menengokkkan aku yg macam berminat dgn cerita tuh, buah hatiku yg sorang tu pun belikanlah untukku...
Photobucket

Dalam masa 2 minggu lebih, khatamlah buku tuh; baca sambil2 nyusu hamdan.... best gak cerita dia... (buku harry potter yg beli thn lepas pun tak habis2 baca lagi sampai sekarang!! hhehe). Antara buku dengan filem, sudah tentu garapannya berbeza. Dan rasanya, baca buku lagi best daripada tengok filem...lebih menarik dan lebih penghayatan!

Sapa2 yg berminat baca novel, disyorkan baca buku tuh! (untuk yg belum baca lagi la...)
Photobucket
Photobucket

Thursday, January 15, 2009

2008 Cute's 3logger Award

Ni dah masuk tahun 2009, tapi masih terima award thn 2008... Photobucket

Kali ni, dapat award ni daripada 2 org yg comel ini; kak chik dan iu. Macam biasa, nak terima award, ada rules la pulak...

cutebloggeraward

ni lah dianya award itu...

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

~ok, dah copy..

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

2 orang yg comel ini memberikan award ini kepadaku :

kak chik ~ senior masa stadi dulu, sekarang menetap di kota bharu, seorang usahawan yg gigih dan kak chik ni sangat mencintai buku...kan, kak chik?
Photobucket

iu ~ seorang teman blogger, sekarang bermastautin nun di saar, jerman dan baru je menimang cahaya mata ke 3; seorg puteri yg diimpi2kan...
Photobucket

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

Tentang diriku.... lebih kurang la yer...

  1. sederhana
  2. tak cerewet
  3. pemaaf
  4. suka warna coklat
  5. mudah lembut hati dgn anak2
  6. suka fesyen pakaian yg simple2 jer
  7. suka surfing, tapi, lately ni asyik duk berebut ngan nabhan jer...boring betul!!
  8. suka duk kat rumah (bila boring duk kat rumah, sgt suka kalau dapat keluar jalan2!!)
  9. suka bila dapat masak untuk famili
  10. suka tgk rumah kemas, tapi tak suka mengemas :(.


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama
mereka di blog anda.

~Hmmm.... disebabkan ni award tahun 2008, dan sekarang dah masuk tahun 2009, maka saya tidak la memanjangkan award ni pada sapa2 ...ok ke kak chik, iu? hehhe..

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang
menyatakan "anda telah di tag

~ saya tidak mengetag sesiapa, walaubagaimana pun, bila berkelapangan, saya tetap akan melawat blog teman2ku!

Photobucket

Photobucket

13 januari


2 hari lepas, birthday orang itu... Photobucket

Happy birthday, my dear (yg ke 32)... Moga dikurniakan segala yg terbaik untukmu... :).

Anak2 sibuk suruh buat kek, masa birthday ibu lagi, tapi tak terbuat... semalam barulah berkesempatan buat kek... kek ayah, kata kakak huda. Malam tadi ayah balik lambat, kakak kata nak makan kek dgn ayah, nak buat surprise untuk ayah kononnya. Tapi, adik Nabhan beria2 nak makan dulu....sampai nangis2. Bila ayah sampai rumah, kek dah tinggal separuh. 'Birthday boy' tak sempat potong kek..hahhah...

kek ayah yg comot... hasil tangan ibu dibantu oleh kakak huda dan abg fawwaz :).

PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Photobucket