Thursday, June 26, 2008

Musee de Lourve

Hari ke3 di France, kami jln2 ke bandar Paris lagi. Ari tu, destinasi utama ke Musee de Lourve (Muzium Lourve). Spt hari sebelumnya, kami keluar naik train lagi. Hari ke2, dah expert baca peta laluan train underground Metro tuh :). dan berjaya sampai ke stesen terdekat ngan tempat yg nak dituju.
Masa berjalan menuju ke muzium tuh, terjumpa satu premis,yg kat dlm dia ada bendera Malaysia dan ada satu model patung pakai kebaya songket. Masa tu, masih awal, tempat tu belum buka pun lagi. Rupanya, tu pejabat pelancongan Malaysia :).

Musee de Lourve ni adalah salah satu muzium seni yg terkenal di dunia. Dalam dia ada macam2 koleksi daripada Egyptian, Oriental dan jugak Islamic. Bagus untuk mereka yg minat sejarah, dan pengkagum hasil seni. Besar sgt muzium tu, tak dapat nak jelajah seme pun, apa lagi jln ngan anak2, yg masih kecik... :).




Sekitar di luar muzium,dekat entrance dia...



Lagi pemandangan di luar...cantik binaan dia...


Lagi aksi....

Bayaran masuk berpatutan, anak2 tak kena bayar. Ok lah tuh... :). Muzium tu ada 3 wings dan setiap satu wings ada 3 tingkat kalau tak silap... kami sempat pegi satu wings jer...tu pun tak seme ... hehehe.. Kami ke area sebahagian drp koleksi Egyptian, yg zaman2 firaun tuh dan jugak tgk koleksi2 lukisan. Walaupun tidak berjiwa seni..ehhehe... tapi,kagum gak la tgk koleksi2 tuh...



antara pemandangan dalam muzium....

Kat galeri lukisan, antara yg menarik perhatian ialah lukisan Mona Lisa, karya Leonardo da Vinci tuh. Punya la ramai org berpusu2 nak tgk lukisan tuh... Selama ni tgk potret Mona Lisa kat dlm buku atau majalah jer, kali ni tgk yg real punya. Ingatkan besar lukisan dia, rupanya kecik jer, sebesar 4x kertas A4 kot lebih kurang..... lukisan tu, dah la dalam frame, lepas tu letak plak dlm kaca..lepas tuh,ada plak penghadang sejauh lebih kurang 1m ... tgk paling dekat pun dlm jarak lebih kurang 1m la.... tp, ok lah...puas hati :).




Ni ha Mona Lisa....tak paham la..kenapa glamer sgt lukisan nih... (luahan org yg tak tau menghargai seni ..hihihihhhh..)

2 comments:

Noorgie said...

Monalisa....
Betul la kin...mana la istimewanya Potret Monalisa ni....ade yang kata pada senyum nak tak nak dia tu....ade yang kate pada muka monalisa yang tenang tu...ntahla Kin...

kin hashim said...

tah la kak gie... yg pasti, potret tu jadi salah satu tarikan utama kat situ..hahhaha...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).