Saturday, June 28, 2008

'Momhood moments' tag

Hmmm...dapat tag lagi..kali ni drp jann.. :).

--------- START HERE -------------

Instructions:
1. Copy and paste this tag from "Start Here" to "End Here". (don't forget the image)
2. Place your blog's name with your URL at the end of the tag. If you have more that one blog, please add them too! Just make sure that you post this tag in all of your blogs.
3. Tag 5 blogs that is not yet in this post (just to avoid duplications ^_^ )
4. This is the twist... Go to the 5 blogs that you tagged and comment on any of their posts. Why? So that search engines can crawl to your site. ^_^
5. Return to the Momhood Moments blog and leave a comment saying that you joined the tag together with the URL of the tag. I'll be checking on it and add you in the master list.

Momhood Moments Tags You List: (updated June 13, 2008 10:14pm GMT+8)
1. Momhood Moments 2. Business Mars 3. Concealed Mind 4. http://www.ritzie.info/ 5. Personal Development Blog For Money 6. Vhiel's Corner 7. Anything and Everything in Between 8. Can of Thoughts 9. moms..... check nyo 10. Pinay dot US 11. My Blog Entry 12. Byaheng Pinay 13. The Sweet Life 14. A Mother's Journal 15. Welcome to my World 16. Thoughts of Mine 17. Pheandy's blog 18. stolen shots 19.veniz-great things come in small packages 20. Motherly Instinct 21. A Mother of Yesterday, Today & Tomorrow 22. Filipino love stories 23. A mom's note 24. Tasteful voyage 25.Pinaymama's Diary 26. My So Called Life 27. Straight from the Heart 28. Deranged Insanity 29. Aeirin Collections 30. Fun|Fierce|Fabulous 31. Teacher's Corner 32. Hailey's Beats and Bits 33. Twerlermz Blog 34. Our Family Adventure! 35. Complex Life 36. .Bisdak's Footprints 37. Mummy Diaries 38. It Is Nap Time 39. Motherhood and All Its Adventures 40.Zook Light 41. Melinda Zook 42. Confessions of a (Not So) Domestic Diva 43. leaf in deforest 44. Tsinay…Between Cultures 45. Eds Mommylife 46. leaf in deforest 47. Love, in Real Lifetime 48. Lora’s Journal 49. My Life as Mama Jodi 50. Confessions of an Organized Mess 51. Threetimemommy.blogspot.com 52. Stinky John Jones 53. Hueandhysteria 54. Is 8 Enough? 55. Harmony In Motion 56. Mom Knows Everything 57. A Little Girl Talk 58. Celebrating Life (sultanazuleikha) 59. Juliana's Site 60. Jabber Jaws 61. Phoebe N Wyatt Diaries 62. The Callalily Space 63. MY LIFE 64.My Lovely Kids 65. Whiney Momma 66. Sejenak bersamaku 67.YOU'RE NEXT!


Ni 'momhood moments' tag, mmmm...nak kena tag mommy blogger jugak ker?....ok la..untuk meneruskan permainan tag, dgn ini saya mengetag....
Mohon maaf yer sapa2 yg ditag nih...tp, tag ni senang jer..hehehe...bila2 ada masa sudi2 lah buat....(tu pun kalau blm penah dpt tag ni la.. :p)

Friday, June 27, 2008

Talam ubi kayu



Lama tak pos entri pasal makanan dlm nih.... :). asyik gambar jln2 jer...ok,ari ni ada buat talam ubi kayu. Sejak kecik,kueh ni kukenali sbg bingka ubi kayu. Tatkala menggoggle resipi bingka ubi kayu, semuanya jenis yg kena bakar. Tp, seingatku, kueh camni yg makku buat,guna cara kukus. Ooo..baru tau, rupanya nama sebenar dia talam ubi kayu :).

Pendek crita, dpt la resipi kueh ni dr ~sini~, trima kasih berkongsi resipi :). Ni kali ke3 buat kueh nih. Kali pertama, lebih krg 2 bln lepas, hasilnya memberangsangkan. 2 hari lepas tu,terus buat lagi. Tp kali ke 2 kurang jadi; agak keras :(. Kali ni,ok lah....boleh la tahan, walaupun rupanya kurang menarik :).

Thursday, June 26, 2008

Musee de Lourve

Hari ke3 di France, kami jln2 ke bandar Paris lagi. Ari tu, destinasi utama ke Musee de Lourve (Muzium Lourve). Spt hari sebelumnya, kami keluar naik train lagi. Hari ke2, dah expert baca peta laluan train underground Metro tuh :). dan berjaya sampai ke stesen terdekat ngan tempat yg nak dituju.
Masa berjalan menuju ke muzium tuh, terjumpa satu premis,yg kat dlm dia ada bendera Malaysia dan ada satu model patung pakai kebaya songket. Masa tu, masih awal, tempat tu belum buka pun lagi. Rupanya, tu pejabat pelancongan Malaysia :).

Musee de Lourve ni adalah salah satu muzium seni yg terkenal di dunia. Dalam dia ada macam2 koleksi daripada Egyptian, Oriental dan jugak Islamic. Bagus untuk mereka yg minat sejarah, dan pengkagum hasil seni. Besar sgt muzium tu, tak dapat nak jelajah seme pun, apa lagi jln ngan anak2, yg masih kecik... :).




Sekitar di luar muzium,dekat entrance dia...



Lagi pemandangan di luar...cantik binaan dia...


Lagi aksi....

Bayaran masuk berpatutan, anak2 tak kena bayar. Ok lah tuh... :). Muzium tu ada 3 wings dan setiap satu wings ada 3 tingkat kalau tak silap... kami sempat pegi satu wings jer...tu pun tak seme ... hehehe.. Kami ke area sebahagian drp koleksi Egyptian, yg zaman2 firaun tuh dan jugak tgk koleksi2 lukisan. Walaupun tidak berjiwa seni..ehhehe... tapi,kagum gak la tgk koleksi2 tuh...



antara pemandangan dalam muzium....

Kat galeri lukisan, antara yg menarik perhatian ialah lukisan Mona Lisa, karya Leonardo da Vinci tuh. Punya la ramai org berpusu2 nak tgk lukisan tuh... Selama ni tgk potret Mona Lisa kat dlm buku atau majalah jer, kali ni tgk yg real punya. Ingatkan besar lukisan dia, rupanya kecik jer, sebesar 4x kertas A4 kot lebih kurang..... lukisan tu, dah la dalam frame, lepas tu letak plak dlm kaca..lepas tuh,ada plak penghadang sejauh lebih kurang 1m ... tgk paling dekat pun dlm jarak lebih kurang 1m la.... tp, ok lah...puas hati :).




Ni ha Mona Lisa....tak paham la..kenapa glamer sgt lukisan nih... (luahan org yg tak tau menghargai seni ..hihihihhhh..)

Wednesday, June 25, 2008

tag 'usrah' daripada ummunashwa..

Balik dr jalan2, ada homework menanti plak...kali ni, daripada ummunashwa (Ina) :).

Usrah yang lazat, lemak berkrim
(Kenapa tajuknya 'usrah yg lazat, lemak berkrim'?..hehhehe..)

Okey...ni di copy and paste drp blog ummunashwa;

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

I
na ~ sejak Form1- lebih kurang 13 tahun juga.

Diriku ~ secara tak sedarnya, masa sekolah sejak form 1, tp, masa duk asrama je la... time sekolah 5 thn...on and off duk kat asrama, jadi usrah pun on and off gak la :). Yg secara sedarnya, sejak matrik, so, lebih kurang 12 thn la, bermula dr matrik...

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Ina ~ Wajib kat sekolah saya dulu- SMKA Sheikh Abdul Malek,K Trg. Setiap malam malam Jumaat. Pastu continue di Asasi Sains UM dan seterusnya bila masuk Medik. Di UM join usrah PMIUM, mana ada pilihan lain time tu. Pastu ikut usrah di Hosp Selayang. (Semasa HO di HKL 'tersenyap'). Di sini upgrade jadi usrah kaum ibu.

Diriku ~ Ina ni jr kat sek dulu... dia 5 thn duk kat asrama, tu la, agaknya,sbb kat asrama wajib kot... :). masa matrik, alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg sealiran jiwanya, yg rajin promote usrah kat kita :). seterusnya, aktiviti usrah berterusan sampai sekrg, walaupun tidak la sekomited macam masa student dulu2 :).

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Ina ~ Mencari ilmu agama dan bergaul dengan orang-orang yang sukakan ilmu dan bi'ah solehah.

Diriku ~ Atas kesedaran untuk memperbaiki diri, dan sedar diri ini perlukan sahabat2 yg baik di sekeliling...

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Ina ~ 1.Gembira
2.Lebih bersemangat menuntut ilmu duniawi & ukhrawi
3.Bersyukur

Diriku ~ Syukur, seronok berukhwah, berharap org lain juga punya perasaan yg sama.

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Ina ~ 1.Ilmu
2.Ukhuwwah
3.Belajar berorganisasi ( meeting sokmo!)
4.Nasihat daripada sahabat seperjuangan
5.Semangat untuk menghidupkan Islam dalam diri sendiri & keluarga

Diriku ~ Merasai manisnya bersahabat, menyelami hakikat perjuangan, menerokai ilmu baru, ingat memperingati sesama ahli dan melatih membentuk kepimpinan dalam diri.

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Ok...dah selesai menjawab.... time nak mengetag org lain yg payah sket nih..

Awas! Anda telah di tag!

  1. jie
  2. kak gie
  3. ma
  4. jann
  5. ain


Jalan2 Paris

Byk betul postponed entries...tp, ni masukkan yg latest dulu la....
Ok...yg terbaru.... baru2 nih, kami sefamily melencong ke Paris.. :). Kami pegi 6 hari,5 malam. Best gak pg ke Paris sbb France negara yg environment dia lain sket berbanding Ireland ngan UK nih... org2 sana tak cakap English... kira adventure jugak dr segi bahasa dan komunikasi. Sbb kami ni, boleh kata sifar bahasa perancis! Sblm pegi sana sempat tahu
'bonjour' (hello) dan 'merci' (thank you) sahaja...
Fly dari Ireland ke Paris ambik masa lebih kurang 1 jam 20 minit jer.. Dari Shannon airport ke Paris (Beauvais) airport. Kami menginap kat hotel....yg main tempah jer....asal murah dan selesa sekadarnya cukuplah.

Kat sana, kami ambik keta sewa Hertz, sbb tak brapa sure lokasi hotel ngan airport. Dan tak pasti camane public transport dia dari airport tu. Lagi plak, boss kata nak experience drive keta belah kiri :). Dgn bantuan encik tomtom, akhirnya sampai la kami ke hotel... walaupun mulanya tersasar masuk tgh2 bandar Paris (sesat sket la...tak jumpa hotel...heheh..)

Hari pertama tuh...perjalanan dr Ireland ke Paris je la... sampai hotel dah mlm, so, mlm tu rehat je la...

Awal pagi2 esoknya, kami siap2 la kluar jalan2. Menuju ke Bandar Paris, naik train...sbb tak konfiden nak drive sendiri kat tgh bandar :).

Masa beli tiket, cakap ngan org kat kaunter tuh ,nak ke Eiffel tower, dia bagi tiket tulis kat situ, straight ke Paris. Ingatkan satu train jer....rupa2nya, kena tukar2 train. Dah sampai ujung stesen, baru tau...mula2 jenuh gak nak study laluan train underground tu...berselirat line2 dia.. Bila nak tanya org, dorang cakap bahasa perancis..tak brapa paham. Dalam duk terpinga2 tuh... adalah sorang mamat ni, speaking english, hulurkan bantuan, tunjukkan jalan kat kitorang...

Alhamdulillah, akhirnya sampailah kami ke area Effeil tower selepas berhempas pulas, naik train, turun train. Masa tu dah tgh.... Lepas posing2 sekitar Effeil tower, kami join river cruise,naik 'batobus'.... berhenti kat satu stesen batobus, kemudian jalan2 lagi...

Dah lewat ptg,budak3 pun dah macam2 karenah,sbb perut pun lapar.... masa jln2 tuh, makan ringan2 jer. Lepas tanya2 org...jumpa la kedai makanan halal... sungguh berselera budak3 dan jugak ibu, ayah budak3 tuh makan...

Setelah berkali2 tukar2 train,akhirnya sampai la kami ke hotel smula....alhamdulillah,sekarang waktu siangnya panjang, masa sampai hotel masih cerah, walapun dah kul 9pm!

Okla dulu untuk entri kali ni....cerita ke Paris belum berakhir...kita sambung lagi nanti! Enjoy the slide show! :).





Sunday, June 22, 2008

Tag yg dah berkurun drp iu....

Ni tag drp iu...dah berkurun2 usianyer...sori la iu :). , lama diperam, baru kini berpeluang nak buat...Mmmm..tajuk tag ni apa yer?... '7 facts about me' kot?..

Ni di copy and paste rules@peraturan drp blog iu;

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.

2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog7 facts about me ;)

Ni iu punya :).

1. suka melancong & melencong... muahaha..

2. kuat cemburu.. kdg2 cemburu yang tak kena tempat..(bahye nie..)
3. Friendly jugak & mudah jatuh hati..(agaknye..) hehee
4. tekun & sangat peyayang.. tapi kuat marah gak ..
5. suka makan askrim & kek coklat..yummy..
6. suka kacau orang..

7. dah berkahwin, ade dua orang anak lelaki... yang ketiga,insya allah..akan datang hujung tahun nie.. amenn... ;c)


Okeh...ni plak i punye....sebenarnya tak reti sgt nak highlightkan the facts about myself..... may be ni sekadar yg terlintas kat kepala pada masa dan detik ni je la.. :).

  1. Dah kawen, pasangan org senegeri dan sedaerah, dan punyai 3 cahayamata.
  2. Agak pendiam dan kurang ramah, tp, boleh jadi terlebih ramah kalau jumpa org yg serasi dgn jiwa...
  3. Sedang bercuti panjang drp hiruk pikuk kerjayaku di tanah air, sekarang bertugas sbg manager rumah tangga 24/7 :).
  4. Pemaaf
  5. Seorang ibu yg bahagia dgn kehadiran 3 cahayamata, walaupun kadang2 tensen dgn anak3!
  6. Suka masakan tradisional melayu...terutama masakan terengganu la.. :).
  7. Suka keep in touch ngan kawan2 lama kalau berkesempatan...
I would like to pass this tag to :
Mmmm.....4 org je yg terlintas kat kepala, iu...bole la yer! :).

Friday, June 13, 2008

Ireland~Malaysia ( April '08)

Perjalanan balik Mesia baru2 ni..panjang jugak la critanya...kami ni duk kat pulau nun di seberang UK sana, tak de la direct flight Ireland - Malaysia. Tambahan plak, flight dari Shannon airport (airport terdekat dgn umah) direct ke Heathrow, London sudah pun ditamatkan Januari baru2 ni. Jadinya, utk ke Heathrow airport, kena la melalui airport2 lain yg lebih kecik kat London tuh.


Itu la yg kami lalui baru2 nih.... sbb kami nak ambik flight MAS London-KL,supaya tak payah melalui transit kat mana2... perjalanan yg agak menyulitkan la utk 'famili besar' macam kami nih... sbb luggage tak boleh check in straight Ireland-KL. Terpaksa angkut mengangkut la.. dgn anak2 3 org nak kena handle, nak kena handle luggage lagi...


Utk 'melegakan' pejalanan balik baru2 nih, kami bertolak awal sehari ke London. Lewat ptg Selasa, kami ambik flight dr Shannon airport ke Gatwick,London airport, dan malam tu bermalam kat rumah sorang kawan di Guilford, London.



Flight ke London-KL esoknya jam 10 mlm. So, siangnya tuh kami jln2 la dulu sekitar kota London. Sebenarnya, ikut perancangan asal, kami dah booked tiket dan hotel utk jln2 ke London pertengahan Mei. Tp, tak de rezeki agaknya, terpaksa la kansel sbb tetiba plak nak kena balik Mesia. Jadinya, sebagai ganti....kami jln2 la sekejap sekitar kota london tu ari tuh...


Dari rumah kawan di Guilford, naik bas ke tain station, then naik train ke central London.



Perjalanan dr Guilford ke Central London

Tak payah diperkenalkan lagi...sapa2 yg pernah ke London, mesti sampai tempat nih...hehhehe...


Lagi jalan2 sekitar Kota London...

Ini je gambar2 yg sempat diupload buat masa nih... tajuk entry ni 'ireland~Malaysia', tp ni blm sampai Mesia lagi! :). to be continued later.... :). Dan nampak gayanya, ini je la dulu entry utk minggu nih... ptg ni, kami akan berangkat ke Paris plak lebih kurang seminggu. Tak de la begitu excited sgt nak ke Paris kali nih, sbb baru jer balik drp perjalanan yg jauh Mesia-Ireland, tapi disebabkan perjalanan ke Paris ni dah pun dirancang beberapa bulan sebelum ni.... terpaksa pegi la jugak.. :).

So...mohon permisi sekali lagi...kita jumpa lagi, Insya Allah lebih kurang seminggu dari sekarang!

Wednesday, June 11, 2008

Tahniah buat cikgu Hafiz!

Senyum lebar cikgu Hafiz...dah dpt sorang isteri! :).


Raja sehari.... Cikgu Hafiz dan Cikgu Has :).


Cikgu Lena :).

Alhamdulillah, masih ada rezeki...kamera yg disangka 'hilang' rupanya menyorok kat rumah kami jer.... ada terselit dan terjatuh bawah katil...hehehhe...
Masa balik baru ni, sempat jumpa sorang kawan baik, classmate masa sekolah dulu, cikgu Lena :). Kebetulan adik dia, cikgu Hafiz yg jugak junior kitorang kat sekolah dulu melangsungkan perkahwinan..sempat lah kami pegi ke majlis akd nikah dan kenduri umah pengantin perempuan kat Syah Alam.....

Tuesday, June 10, 2008

? Kehilangan

Kalau kita travel, antara benda penting yg nak kena ada ialah kamera, setuju tak? hehhehe...macam nyawa la plak... maklumlah, konon tak mau ketinggalan merakamkan detik2 yg kita lalui ataupun nak abadikan pemandangan yg indah2 tempat2 yg kita pegi....kan?

Tapi....kali ni, nasib tak menyebelahiku nampak gayanya.... dah 2 ari balik rumah ni, tapi, kelibat kamera yg selalu jadi teman tatkala pegi jalan2 tu tak nampak2 lagi..mana peginya?hilang ker? dah puas cari, tak jumpa jugak.... tak tau la ke mana peginya kamera tuh..... last sekali yg memang pasti kamera tu masih ada masa sampai kat shannon airport...tak dpt nak recall plak masa bila dia mula 'ghaib'... :(.

kalau betul hilang..ala..sedeynya,sbb sebahagian gambar masa balik mesia baru2 ni belum lagi ditransfer ...harap2 ada menyelit kat mana2 la tuh...

Sunday, June 08, 2008

Ku kini telah kembali :).

Salam buat semua :).

Lebih 7 minggu 'rumah' ni terbiar.... akhirnya tuan rumah jumpa jugak jalan pulang :).

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali semula ke bumi Ireland ni ptg semalam, setelah lebih sebulan setengah berada di tanah air :). Kepulangan kami ke tanah air baru2 ni, sebenarnya atas sbb2 'emergency'; ibu mertua sakit. Alhamdulillah keadaan kesihatan beliau semakin baik, dan dapat discaj drp hospital pada hari yg sama dijadualkan kami berangkat semula ke Ireland.

Sebulan lebih takde update dlm nih....tentu banyak cerita yg nak dikongsi...hehhehe... tp, nanti dlm entry2 yg berikutnya la...

ok.. jumpa lagi nanti!!