Di kesempatan ni, nak gantung kad tahun baru drp kak kamsiah...terima kasih kak kam...
Tuesday, December 30, 2008
Salam Maal Hijrah 1430
Hari ini dah masuk 2 Muharram 1430H. Selamat tahun baru Islam buat semua... (dah tertinggal ketapi nih... :P) Semoga hari2 tahun baru ini lebih baik buat kita semua, daripada hari2 yg telah kita tinggalkan...
Di kesempatan ni, nak gantung kad tahun baru drp kak kamsiah...terima kasih kak kam...
Cerita tentang: hadiah daripada teman
Tuesday, December 23, 2008
3 minggu yg menguji.... part 5 (final)
Persoalan terlerai....
Menjelang minggu ke 2 di hospital, keputusan darah menunjukkan peningkatan fungsi buah pinggang yg lebih ketara. Satu perkembangan yg baik :). Urine catheter dioff . Untuk memastikan fungsi buah pinggangku berada dalam keadaan yg optimum, aku diminta untuk menyukat dan mencatat segala cecair yg masuk dan keluar daripada tubuhku; strict input/output chart.
Nasib baik, ketika itu, aku dipindahkan ke bilik lain yg katilnya betul2 bersebelahan dengan pintu bilik air. Begitu byk air yg terkumpul dalam tubuhku, tentu byk sekali yg akan keluar untuk badanku kembali normal. Beberapa hari selepas urine catheter dioffkan sekurang2nya setiap 2 atau 3 jam mesti akan ke toilet.
Walaubagaimana pun, ketika itu suhu badan masih belum stabil, dan ujian darah masih menunjukkan bilangan sel darah putih yg tinggi, menandakan 'makhluk' tu masih giat menjalankan aktivitinya. Rawatan antibiotik masih diteruskan. Walaupun sel darah putih masih tinggi, tetapi bilangan platelet yg rendah telah bertambah. Itu juga satu perkembangan yg bagus. Namun, ketika itu doktor masih lagi belum jumpa di mana focal infectionnya.
Di satu awal pagi hari minggu, menjelang minggu ke 3 di hospital, aku terjaga kerana ingin ke toilet. Rutin biasa... Tetapi pagi itu, aku tak dapat kembali melelapkan mata kerana terbatuk2. Batuk yg 'kering' tanpa berkahak... batuk yg seperti 'biasa2'...batuk pun memang dah berhari2. Cuma pagi tu, batuk 'bersahut-sahutan'... asal je terbaring, terus terbatuk. Kerana sunyi awal pagi dan aku tak mahu mengganggu tidur roomates dengan bunyi bising batukku, tu yg aku duduk jer.....tak dapat baring. Itupun, bunyi batuk2ku masih kedengaran memecah kesunyian pagi.
Lebih kurang jam 6 am, ketika nurse buat pemerhatian pagi, didapati kandungan oksigenku cuma sekitar 88%. Aku pun surprise la jugak, sbb biasanya sekitar 97-100%. Rasanya, aku tak la tersemput2 atau terasa sesak nafas waktu tuh. Cuma kelainannya, aku tak dapat menarik nafas dalam2 seperti tarik nafas ketika warm up sebelum bersenam tu.
Doktor yg on call dimaklumkan tentang keadaanku. Aku dipasangkan oksigen untuk support pernafasanku (kepekatan yg rendah je~2%). Doktor segera datang untuk melihat keadaanku. Kebetulan doktor yg on call tu kawanku (dr melayu). Darah arteri diambil untuk arterial blood gas. . Selain tu, dibimbangi aku mengalami masalah dengan jantungku, ECG juga dibuat....alhamdulillah, normal je :). Doktor juga ordered untuk buat emergency chesty x-ray.
Pagi tu, team medikal dihubungi dan dimaklumkan tetang keadaanku. Yg datang ialah pakar respiratory dengan anak2 buahnya. Berdasarkan chest x-ray terkini, aku disahkan mengalami pneumonia ~ right lobar pneumonia; begitulah yg nampak tertera dalam nota pesakit kepunyaanku. Padahal, chest x-ray dah pun dibuat lebih kurang seminggu sebelum tu...normal jer...
Dengan diagnosis yg terkini tu, terlerailah persoalan selama nih... doktor2 yg merawatku sepakat bersetuju bahawa destinasi makhluk yg mencerobohi tubuhku itu ialah ke tisu paru-paruku...
Selepas tu... bagai dirancang2 (sememangnya semuanya ada dalam perancanganNya), keadaan kesihatanku semakin baik. Kaki yg membengkak semakin pulih, dan dari hari ke hari, aku dapat kembali berjalan seperti biasa. Suhu badan juga semakin stabil. Keputusan darah juga menunjukkan peningkatan yg semakin memberangsangkan dalam semua aspek.... dan aku semakin ceria... alhamdulillah, petanda baik untuk kembali ke pangkuan suami dan anak4 :).
Walaupun persoalan dah pun terlerai...tapi, di sudut hati, aku masih tertanya2.. 'macamana/bagaimana mulanya makhluk tu boleh masuk ke tubuhku?'...terasa macam misteri la plak... ;).
3 minggu yg menguji...ujian buat diriku, juga ujian buat suami dan anak4. Ujian buat diriku yg tak pernah ditimpa sakit fizikal yg teruk selama nih. Tu lah...kalau Allah nak tarik balik nikmatNya yg diberi kepada kita selama nih...dalam sekelip mata jer!! Suamiku juga banyak berkorban sepanjang aku berada di hospital... tak dapat ke lab untuk urusan studynya, menguruskan anak3 di rumah seorang diri, memasak untukku (suamiku tiba2 jadi terer memasak! hehehhh..), juga membawa anak2 datang menziarahiku hampir setiap petang selama lebih 3 minggu...
Hidangan vegetarian di hospital.... naik muak hari2 makan potato! nasib baik suamiku rajin masak.... hampir tiap2 hari bawak nasi untukku... :).
Kawan2 juga banyak membantu. Terima kasih buat kawan2 yg memahami, yg banyak menghulurkan bantuan buatku dan keluarga sepanjang 3 minggu tuh. .. yg datang menziarahiku selama aku di hospital, yg sesekali membawakan makanan untukku... :). Malah ada yg sanggup nak tolong jaga Hamdan bila Hamdan dibenarkan pulang (tapi, aku tak sanggup la pulak nak susahkan org lain utk jaga baby sekecil Hamdan). Rumah Kak Aida jadi nursery buat anak3ku.... time kasih kak Aida.. :). akan kukenang sampai bila2...hehehhe... juga kawan2 yg lain; Aza, Islah, Aini, Husna.... sekadar menyebut beberapa nama....ramai lagi yg prihatin! (termasuk la kawan2 yg takde depan mata....yg selalu bagi sokongan moral... )
Tak terucap dengan kata2 kalau nak cerita tentang 'apa yg aku dapat' daripada pengalaman selama 3 minggu itu...
Tak terucap dengan kata2 kalau nak cerita tentang 'apa yg aku dapat' daripada pengalaman selama 3 minggu itu...
Cerita tentang: diriku, secebis info
Friday, December 19, 2008
3 minggu yg menguji.... part 4
Kisah Hamdan
Ibu berjauhan daripada Hamdan sepanjang ibu di hospital. Satu pengalaman yg memang berbeza berbanding 3 kelahiran sebelum ini. Kali ni, seawal usia baby 3 hari, ibu telah pun berpisah tempat tidur dengan baby yg baru dilahirkan. Tak dapat menyusukan baby sebagaimana sepatutnya, tak dapat menenangkan baby bila dia menangis...tak dapat menukar nappynya sebagaimana yg dilakukan oleh kecbanyakan ibu2... Sedih, memang sedih, tapi apa nak buat. Sudah itu suratan...
Kerana keadaan ibu, Hamdan juga diberikan antibiotik selama 5 hari, sebagai prophylaxis. Mulanya, Hamdan dimasukkan ke neonatal ward di Maternity Hospital, keesokannya ditransfer ke wad paediatrik di Regional Hospital, supaya lebih dekat dgn ibu.
Pada 3,4 hari pertama ibu menerima rawatan, antibiotik bertukar ganti, kerana keputusan darah menunjukkan perkembangan yg kurang memberangsangkan dan juga suhu badan ibu yg sentiasa tinggi. Kata doktor, bakteria tu sgt virulent. Hasil perbincangan dengan microbiologist, doktor menetapkan kombinasi antibiotik yg agak 'power'. Pada mulanya, ibu masih berpeluang untuk menyusukan Hamdan. Tetapi, kombinasi antibiotik yg terkini tidak mengizinkan untuk ibu menyusukan Hamdan lagi. Hati seorang ibu agak kecewa, tapi apa boleh buat...ibu terpaksa akur. Kesihatan ibu perlu diutamakan, kalau ibu tak sihat, macamana nanti ibu nak jaga Hamdan?
Oleh kerana pergerakan ibu yg agak terbatas, ibu hanya berpeluang berjumpa Hamdan sekali sahaja setiap hari, itu pun cuma lebih kurang 2 jam je. Ibu perlu menunggu ayah datang. Biasanya, ayah akan datang pada waktu petang. Setiap petang, ayah la yg menyorong wheel chair, membawa ibu berjumpa Hamdan di Rainbow ward, yg letaknya di ground floor. Biasanya juga, kakak Huda, abg Fawwaz dan abg Nabhan ikut sekali. Ketika itulah kami sekeluarga dapat berkumpul.
Hanya 3,4 hari sebelum ibu dapat keluar drp hospital, ketika kesihatan ibu mula stabil, dan ibu dapat berjalan sendiri barulah dapat ibu meluangkan lebih masa bersama Hamdan. Ketika itu, ibu tidak perlu menunggu ayah datang. Itupun juga hanyalah setiap petang untuk 3 atau 4 jam. Ibu tak boleh berada lama di sana, kerana ibu perlu dimasukkan intravenous antibiotic setiap 6 jam.
Begitulah rutin setiap hari selama lebih 3 minggu...
Setelah selesai antibiotik selama 5 hari, Hamdan sepatutnya boleh pulang ke rumah. Tapi, ayah 'tak sanggup' untuk membawa Hamdan pulang ke rumah... 'tak cukup berani' untuk menjaga bayi sekecil Hamdan seorang diri. Tambahan pula, ayah perlu menguruskan 3 orang lagi anak2, bersendirian. Sekali lagi hati ibu terasa sayu....kesian Hamdan yg tak mengerti apa2. Hamdan, seorang baby yg dilahirkan cukup sifatnya dan sihat walafiat, tetapi terpaksa tinggal di hospital...membesar di baby cot hospital untuk 3 minggu pertama usianya.
.....to be continued! :).
Cerita tentang: diriku, secebis info
Tuesday, December 16, 2008
3 minggu yg menguji.... part 3
Mid West Regional Hospital, Dooradoyle
Pada mulanya, doktor di Maternity Hospital bercadang untuk menghantar aku ke High Dependency Unit (HDU), tapi, aku 'bernasib baik' kerana tiada kekosongan, dan aku dihantar ke wad biasa. 'Ngeri' rasanya untuk dirawat di HDU...hehhe... walaupun itu bukan ICU, tapi, HDU tu rendah sikit je taraf dia drp ICU... aku rasa, aku tak la teruk sgt untuk berada di HDU :). {'denial' ke? hehhe..tak la...rasanya, itu lebih kepada persepsi yg positif terhadap diriku sendiri...aku mesti kuat semangat!}
Sampainya aku di Regional Hospital, aku disorong atas stretcher menuju ke wad 1B~wad surgikal....tah apa2 la....aku pun pelik kenapa la dihantar ke wad surgikal. Wad tu lebih terbuka, ada belasan katil kalau tak silap. Rupanya, kat hospital tuh, adalah perkara biasa, pesakit yg memerlukan admission segera akan dihantar je dulu kat mana2 wad yg available, sebelum dihantar ke wad yg sepatutnya.
Malam tu, malam ke 4 aku berkampung di hospital...dan malam pertama di Regional Hospital...tak dapat tidur lena, mungkin disebabkan oleh banyak faktor; suasana yang berbeza, pertama kali berjauhan dengan baby yg baru 3 hari dilahirkan.... tekak pun kehausan dan tah apa2 lagi yg ada dalam fikiran! Di wad 1B malam tu barulah aku dapat tengok kesibukan nurse shif malam menjalankan tugas, dengan pesakit yg lebih ramai berbanding di Maternity Hospital.
Keadaanku? Alhamdulillah, tekanan darah semakin stabil (aku memang dimasukkan cecair untuk menstabilkan tekanan darah). Cuma heart rate dan suhu badanku masih tinggi. Sakit2 badan semakin ketara, terutama anggota bahagian bawah. Daripada petang tadi, kurasakan pergerakan semakin sukar. Buktinya, susah untuk aku berjalan ke tandas yg jaraknya cuma beberapa meter drp katilku. Dan malam tu, bila aku terjaga, sangat susah untuk aku bangun dan duduk daripada posisi berbaring. Sangat susah untuk aku mencapai gelas air yg letaknya hanya di hujung katil. Seorang nurse perasan aku yg terkial2 untuk duduk, lalu dia datang untuk membantuku.
Sendi2ku terasa kaku, terutama bahagian lutut. Aku memberitahu nurse tu; mungkin sbb aku kurang bergerak selama berada di hospital. Tapi katanya; aku masih muda untuk mengalami keadaan sebegitu dalam masa yg singkat. Aku pun mula terfikir kata2 nurse tuh. Yalah...aku bersalin secara normal, bukan operate pun. Dan aku terus je berjalan kaki dari labour room ke postnatal ward sebaik sahaja selepas bersalin. Dan di wad, aku berjalan ke sana ke mari. Takkan dalam masa 3 hari keadaan aku boleh jadi sebegitu teruk?
Keesokannya, aku didatangi oleh doktor2 daripada team2 yg akan merawat aku sepanjang berada di hospital itu. Doktor memberitahu keputusan ujian darahku yg terkini; tiada perubahan berbanding keputusan sebelum ini. 24-hour blood cultureku yg pertama juga telah menampakkan rupa 'makhluk' yg telah menyerang darahku.... streptococcus pyogenes ~ itulah yg diberitahu kepadaku.
Menurut Todar's Online Textbook of Bacteriology;
Streptococcus pyogenes is one of the most frequent pathogens of humans. It is estimated that between 5-15% of normal individuals harbor the bacterium, usually in the respiratory tract, without signs of disease. As normal flora, S. pyogenes can infect when defenses are compromised or when the organisms are able to penetrate the constitutive defenses. When the bacteria are introduced or transmitted to vulnerable tissues, a variety of types of suppurative infections can occur.
In the last century, infections by S. pyogenes claimed many lives especially since the organism was the most important cause of puerperal fever (sepsis after childbirth)..... nak tahu lagi~baca sini
Walaupun kesku telah dirujuk kepada pihak medikal, tapi, disebabkan aku masih dalam postnatal period, maka team utama yg merawat aku adalah team O&G. Hari ke2 di situ juga, barulah aku dipindahkan ke Gynae ward, wad 2D.
2 minggu yang pertama,suhu badanku berterusan tidak stabil. Selalu je tinggi. Darah diambil setiap hari untuk melihat progression, 2 kali sehari untuk seminggu yg pertama. Itu tidak termasuk darah untuk blood culture, diambil setiap kali suhu badan mencecah sekurang2nya 38.5 o C. Dua2 lengan dah lebam2 dek hari2 dicucuk..... baru tahu camane rasanya perasaan org yg sakit kronik.... yg memerlukan rawatan jangka panjang... yg kena ambik darah hari2...
Keputusan darah menunjukkan aku mengalami bacteremia yg juga menyebabkan sepsis. Tetapi, sehingga 2 minggu, doktor2 masih duk tercari2 kat mana focal infection si organisma tuh... macam2 ujian dibuat, selain daripada ambik darah. X-ray, ultrasound, echocardiogram.... tapi, tak jumpa kat mana focal infection.
Doktor O&G menumpukan kepada kemungkinan berpunca di bahagian pelvis. Tetapi tiada tanda2 yg jelas. Darah nifas tak banyak, boleh kata normal macam setiap kali selepas bersalin sebelum2 nih... perut pun tak la sakit...Aku hampir2 dihantar ke dewan bedah (dah disuruh berpuasa...sampai tengahari pun!) untuk ERPOC (cuci rahim), dibimbangi ada 'sisa2' yg tertinggal di dalam rahim yg menyebabkan aku mendapat infection. Tapi, aku masih 'bernasib baik', bila consultant sendiri yg datang memeriksa semula membatalkan plan tersebut.
Sejak hari pertama aku di Regional Hospital, aku semakin sukar berjalan atau bergerak. Kakiku semakin membengkak... Jari jemari menjadi tembam... sendi2 pun terasa makin kaku. Cecair yg banyak diberikan kepadaku dan juga keadaan buah pinggangku menyebabkan aku mengalami oedema. Kakiku terasa sangat berat, dan tentu sekali sangat susah untuk berjalan. Nasib baik masa awal2 tuh, aku masih dipasangkan urine catheter.... aku hanya perlu menapak ke toilet dengan susah payahnya hanya bila benar2 perlu sahaja! :).
Setelah 2,3 hari di hospital juga, aku mula batuk2...tapi tidak teruk, dan tiada kahak atau sakit tekak. Kata kawanku yg juga doktor kat situ; itu perkara biasa bila dah duduk kat spital...maklumla, kat hospital macam2 kuman ada kat situ.... :).
...to be continued! :).
Cerita tentang: diriku, secebis info
Saturday, December 13, 2008
Selingan award dan tag
Kepada sesiapa yg berminat untuk mengikuti kisah '3 minggu yg menguji...' tuh, mohon maaf la ye... entry tu terpaksa dibuat dalam beberapa bahagian, tak sempat nak buat sekali harung...maklumlah sekarang ni terlebih busy la plak...hehhehe... Sabar yer...nanti akan diupdate... :).
Kali ni plak, nak bagi laluan kepada award dan tag yg diterima semasa ketiadaan tuan rumah baru2 nih... :).
Ni award yg diterima daripada Azza... wow! 'Best Blogger Award' ?? tak best pon blog nih... dan bloggernya pun tak best, tapi, dah org bagi, kita ambik je la..hehhe..
Ni pulak, tag daripada kak ras; tag pasal tulisan... tag macam ni pun ada??! Sekarang nih, menulis pun jarang2.... tulisan pun macam kaku jer...
1. Your name/username
Cerita tentang: hadiah daripada teman, tag
Friday, December 12, 2008
3 minggu yang menguji.... part 2
12/11/08, Labour room, Maternity Hospital
Aku kini di bawah pemerhatian rapi, di satu sudut di labour room. Seorang nurse ditugaskan untuk 'menjaga' aku, mengambil dan mencatat vital signs ,setiap 15 minit, memastikan kepekatan oksigen aku dalam keadaan yg optimum, heart tracing aku bagus, dan juga segala cecair yg masuk ke tubuhku berjalan lancar. Seorang nurse utk aku sorang? terasa special la plak....hahahhh...
Ooo ya....hampir terlupa plak nak bagitau... baby masih ada bersamaku pagi tuh. Baby cot Hamdan ada di sebelah katilku. Dan, aku masih menyusukannya bila dia menangis kelaparan.
Di situ, baru aku dapat gambaran, tentang apa yg berlaku pada diriku. Pagi tuh, aku dimaklumkan tentang keputusan ujian darahku yg tidak normal. Antara yg penting, aku diberitahu yg 7 hour blood culture menunjukkan yg darahku telah dicemari oleh sejenis 'makhluk'...tp, masa tuh, belum dapat dipastikan apakah dia 'makhluk' tuh. Full blood count menunjukkan bilangan sel darah putih yg sgt tinggi (menandakan si 'makhluk' itu sedang aktif bermaharajalela dalam tubuhku) dan juga bilangan platelet yg sgt rendah (kesan daripada aktiviti si 'makhluk' itu).
Dan yg agak mengejutkan diriku, kehadiran 'makhluk' itu juga telah memberi kesan kepada fungsi buah pinggangku. Uric acid dan creatinine ku terlalu tinggi...aku mengalami acute renal failure!
Suamiku sampai lebih kurang jam 12 pm, selepas menguruskan anak3 di rumah dan juga menghantar anak3 ke rumah kak Aida. Bila kukhabarkan perihal diriku kepada suami, terbayang tanda tanya dan juga kerisauan diwajahnya. Aku sendiri pun tak terkata. Kurasakan diriku 'sihat', tapi hakikatnya keputusan darahku menceritakan segala2nya.
Sepanjang hari tu, aku hanya duduk dan baring di katil. Walaupun hanya duduk dan baring, tapi kurasakan pergerakanku agak sukar. Terasa seperti 'sakit2' badan, terutama di bahagian anggota bawah. Sebenarnya, sejak malam tu lagi aku mula terasa 'sakit2' badan, tapi sangkaku kerana kurang pergerakan selama berada di hospital.
Ketika di bawah pemerhatian di labour room tuh, tekanan darahku sentiasa rendah, sehingga ada ke tahap 60/30 mm/Hg... (aku harap, mesin tu tak betul...hehehh..) dan heart rate sentiasa tinggi....Suhu badan plak, memang sentiasa tinggi. Walau pun begitu, selain daripada sakit2 badan, aku rasa 'ok' jer... sampaikan doktor2 yg datang memeriksa aku pun kata; "she looks too well for her condition"... aku plak boleh gelak2 bila doktor tu cakap macam tuh...tah la... betul ke aku sakit?...
Doktor memberi penjelasan tentang keadaan diriku....perlunya aku menerima rawatan, risiko dan sebagainya....doktor juga bagitau pada aku yg kesku telah dirujuk kepada pihak medical di general hospital, dan aku bakal ditransfer ke sana. Pada ketika tuh, kesedihan mula menyelubungi hatiku...terdetik di hati..'bagaimana dgn babyku?'
Doktor paediatrik sekali lagi dipanggil untuk review kesku..spesifiknya untuk decide tentang babyku. Babyku alhamdulillah sihat walafiat, tapi, doktor paediatrik kata, memandangkan keadaan diriku, babyku perlu diberi antibiotik juga, sebagai prophylaxis. Baby akan dimasukkan ke neonatal ward...bermakna aku bakal berpisah dengan babyku. Tatkala itu, tanpa dapat ditahan, air mata mengalir keluar daripada kelopak mataku... Kesayuan makin terasa bila melihat nurse membawa babyku pergi....
Petang tuh, lebih kurang jam 4.30 ptg, aku ditransfer ke Mid West Regional Hospital di Dooradoyle, Limerick. Buat pertama kali, aku menaiki ambulan sebagai seorang pesakit....
...to be continued!
Ooo ya....hampir terlupa plak nak bagitau... baby masih ada bersamaku pagi tuh. Baby cot Hamdan ada di sebelah katilku. Dan, aku masih menyusukannya bila dia menangis kelaparan.
Di situ, baru aku dapat gambaran, tentang apa yg berlaku pada diriku. Pagi tuh, aku dimaklumkan tentang keputusan ujian darahku yg tidak normal. Antara yg penting, aku diberitahu yg 7 hour blood culture menunjukkan yg darahku telah dicemari oleh sejenis 'makhluk'...tp, masa tuh, belum dapat dipastikan apakah dia 'makhluk' tuh. Full blood count menunjukkan bilangan sel darah putih yg sgt tinggi (menandakan si 'makhluk' itu sedang aktif bermaharajalela dalam tubuhku) dan juga bilangan platelet yg sgt rendah (kesan daripada aktiviti si 'makhluk' itu).
Dan yg agak mengejutkan diriku, kehadiran 'makhluk' itu juga telah memberi kesan kepada fungsi buah pinggangku. Uric acid dan creatinine ku terlalu tinggi...aku mengalami acute renal failure!
Suamiku sampai lebih kurang jam 12 pm, selepas menguruskan anak3 di rumah dan juga menghantar anak3 ke rumah kak Aida. Bila kukhabarkan perihal diriku kepada suami, terbayang tanda tanya dan juga kerisauan diwajahnya. Aku sendiri pun tak terkata. Kurasakan diriku 'sihat', tapi hakikatnya keputusan darahku menceritakan segala2nya.
Sepanjang hari tu, aku hanya duduk dan baring di katil. Walaupun hanya duduk dan baring, tapi kurasakan pergerakanku agak sukar. Terasa seperti 'sakit2' badan, terutama di bahagian anggota bawah. Sebenarnya, sejak malam tu lagi aku mula terasa 'sakit2' badan, tapi sangkaku kerana kurang pergerakan selama berada di hospital.
Ketika di bawah pemerhatian di labour room tuh, tekanan darahku sentiasa rendah, sehingga ada ke tahap 60/30 mm/Hg... (aku harap, mesin tu tak betul...hehehh..) dan heart rate sentiasa tinggi....Suhu badan plak, memang sentiasa tinggi. Walau pun begitu, selain daripada sakit2 badan, aku rasa 'ok' jer... sampaikan doktor2 yg datang memeriksa aku pun kata; "she looks too well for her condition"... aku plak boleh gelak2 bila doktor tu cakap macam tuh...tah la... betul ke aku sakit?...
Doktor memberi penjelasan tentang keadaan diriku....perlunya aku menerima rawatan, risiko dan sebagainya....doktor juga bagitau pada aku yg kesku telah dirujuk kepada pihak medical di general hospital, dan aku bakal ditransfer ke sana. Pada ketika tuh, kesedihan mula menyelubungi hatiku...terdetik di hati..'bagaimana dgn babyku?'
Doktor paediatrik sekali lagi dipanggil untuk review kesku..spesifiknya untuk decide tentang babyku. Babyku alhamdulillah sihat walafiat, tapi, doktor paediatrik kata, memandangkan keadaan diriku, babyku perlu diberi antibiotik juga, sebagai prophylaxis. Baby akan dimasukkan ke neonatal ward...bermakna aku bakal berpisah dengan babyku. Tatkala itu, tanpa dapat ditahan, air mata mengalir keluar daripada kelopak mataku... Kesayuan makin terasa bila melihat nurse membawa babyku pergi....
Petang tuh, lebih kurang jam 4.30 ptg, aku ditransfer ke Mid West Regional Hospital di Dooradoyle, Limerick. Buat pertama kali, aku menaiki ambulan sebagai seorang pesakit....
...to be continued!
Cerita tentang: diriku, secebis info
Wednesday, December 10, 2008
3 minggu yg menguji.... part 1
Sekian lama berhajat nak cerita pengalaman lebih 3 minggu kat spital baru2 nih...ada juga yg bertanya, maaflah, lambat sket update...
Kat mana nak mula ya? Hmmm.... hari baby dilahirkan,.. Ooo ya...our new family member ni, namanya Hamdan :). Sebenarnya, Hamdan ni keluar lewat sehari daripada tarikh jangka, tidak spt abg2 sblm nih, yg keluar lebih kurang hampir 2 minggu lebih awal drp due date. Agak anxious jugak la, melewati minggu ke 38..sehingga due date, tunggu punya tunggu, saspen betul bila la baby nak keluar...sampaikan, kadang2 ada jugak terpikir yg bukan2... tapi, alhamdulillah, bila tiba masanya, dipermudahkan Allah jua.. :).
9/11/08, awal pagi sudah keluar tanda, tapi masih belum sakit...sehingga ke petang, barulah mula terasa contraction... Sementara menunggu contraction semakin kuat, buat persiapan utk ke hospital; siapkan keperluan anak3 untuk ditinggalkan kat rumah kawan... rumah kak Aida (x-housemate).
Lebih kurang jam 6 pm sampai di hospital, terus ke admission room. Hari tu Ahad, nasib baik tak ramai pesakit. Sakit masih boleh ditahan, jadi midwife buat prosedur biasa dulu; ambik urin, buat CTG (tengok contraction dan jantung baby), periksa tekanan darah...etc, lepas tu baru periksa jalan. Nurse kata, baru 4 cm.... siap bagi penerangan dgn tunjukkan gambarajah lagi :). Lepas tu dia bagi option; nak masuk antenatal wad dulu atau nak terus ke labour room.
Sebenarnya, selepas nurse periksa jalan, dah terasa contraction semakin luar biasa. Saya minta dihantar terus ke labour room, dan minta dipecahkan air ketuban untuk percepatkan proses bersalin.
Sorang midwife dari labour room datang menjemput, dan kami berjalan kaki ke labour room. Sampai di labour room, lebih kurang jam 7 pm. Bila nurse periksa jalan, dah pun 9cm! patutlah terasa sgt sakit....bila dipecahkan air ketuban, terus terasa nak push!
Suami di sisi setia memberikan semangat dan dorongan. 2-3 kali push, keluarlah baby untuk melihat alam dunia nih pada jam 7.38pm.... Beratnya hanyalah 3.04 kg; lebih ringan drp kakak dan abg2nya. Alhamdulillah...lega rasanya, terasa hilang kesakitan, rasa syukur dan gembira sgt bila si kecil diletakkan di dada, dan bila terdengar tangisan pertamanya... Ayah diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat :).
Bila dah selesai semuanya, saya dihidangkan tea panas dan roti bakar... ada juga extra untuk suami :). ....dan selepas tu dihantar ke postnatal ward...
Saya dan baby ditempatkan di public ward, tapi wardnya berupa sebuah bilik dgn 4 katil sahaja... oklah tuh... hehhehe... Malam tu, saya tidur bertemankan baby baru...malam pertama, baby tidak kuat menyusu, tapi saya yg tak dapat tidur lena, takut baby lapar...maklumlah, susunya hanyalah kolustrum..sikit sgt...tapi, baby tak pun meragam...tido lena je dia... :)
Esoknya, awal2 pagi lagi saya bertanyakan nurse; 'bila boleh balik?' ... baru saya tahu, rupa2nya di sini, selepas 3 hari baru dibenarkan pulang. Agak hampa; sebab terasa nak terus balik jer... tapi, nurse kata disebabkan saya bersalin anak ke 4, tanpa sebarang masalah besar, bolehlah dipertimbangkan untuk balik pada hari itu, dengan syarat baby dan ibu ok dan baby telah pun diperiksa oleh dr paediatrik. Lewat petang tuh, dr paediatrik datang periksa baby; overall dia berpuas hati dgn baby, cuma saya tak dapat mengesahkan yg baby telah pun buang air kecil, sebab setiap kali tukar nappy, bercampur dgn najis hitam baby....yg org kata 'tahi gagak' tuh... so, dia suruh tunggu sehingga esok pagi...untuk pastikan yg baby benar2 boleh buang air kecil....
Jadinya, malam ke2, saya masih di hospital bersama baby..... jam 3am, saya dapati nappy baby basah! gembiranya hati tak terkata...sebab tinggi harapan untuk balik rumah :). Awal2 pagi lagi saya call cik abe, utk bersiap2 ambik saya dan baby untuk balik rumah pagi tuh... tapi.....
Lebih kurang jam 9 am, bila nurse buat pemeriksaan pagi, sesuatu yg mengejutkan; didapati suhu badan saya mencecah 39.5 darjah C! Saya pun tak sangka, berkali2 nurse tu cek, tapi, memang masa tuh suhu badan saya tinggi!... hampa lagi harapan saya untuk balik rumah... disebabkan suhu badan yg terlalu tinggu, saya perlu diambil darah dan perlu dipastikan segala2nya ok sebelum saya balik.
Selain daripada terasa 'tidak sedap badan' disebabkan oleh demam, saya tidak terasa kelainan yg lain dan hanya menyangka itu adalah demam yg biasa2 je. Seharian hari tuh, ditemani suami, saya berehat di hospital dengan harapan suhu badan saya akan kembali normal dan saya dapat pulang keesokannya.
Malam ke 3, saya masih di hospital bertemankan baby.... Tidur saya malam tu agak terganggu...dengan baby yg lebih kerap terjaga untuk menyusu. Dan, saya juga didatangi oleh beberapa orang doktor bersilih ganti... darah saya juga diambil berkali2. Disebabkan badan yg letih, saya malas nak fikir apa2, dan menganggap itu prosedur biasa.
Awal pagi tuh, nurse bagitau; saya perlu di transfer ke labour room untuk close observation. Saya dipasangkan drip, dan diberi antibiotik. Baru saya perasan...mesti ada yg tak kena dengan diri saya.
Seawal jam 6am, saya ditransfer ke labour room, ke satu sudut pemerhatian rapi... Segala macam wayar diattach ke badan... dan saya juga dipasangkan urine catheter!
Bermulalah satu episode tambahan dalam diari hidup saya.....
to be continued!
Monday, December 08, 2008
10 Zulhijjah 1429H
Hari ni hari raya aidil adha....salam aidiladha buat semua. Sudah agak terlambat, tapi tak pe lah.. masih dalam suasana raya korban... sana sini masih ramai lagi yg melaksanakan ibadah korban :). Tahun ni kami sekeluarga tidak lah beraya mana pun.... duduk kat rumah jer... komuniti melayu kat Limerick ni pun dah makin menyusut... semenjak 2 menjak ekonomi meleset nih, yg bekerja beralih arah ke negara lain, dan tak kurang yg kembali semula ke Malaysia, for good. Saki baki yg ada ni pun kebanyakannya bekerja pada hari ini... 'Beraya' lah kami sekadarnya... (macam tak raya pon)
Saturday, December 06, 2008
Alhamdulilllah.....akhirnya.... :).
Lama tuan rumah menghilang... :). Mohon maaf kepada semua sebab sepi tanpa berita, dan terima kasih kepada semua yg sudi berkunjung ke sini semasa ketiadaan tuan rumah.
Setelah hampir sebulan....alhamdulillah...berakhir penantian buat masa nih... :). Alhamdulillah masih dipanjangkan umur....dan dapat lagi menghirup udara, nikmat Allah swt... dan dapat lagi bersua di sini. Ketiadaan tuan rumah di 'Sejenak bersamaku' ni adalah disebabkan beberapa perkara yg berlaku di luar jangkaan...betul2 di luar jangkaan. Memang pun..kita merancang, Allah jua merancang, dan perancangan Allah itulah yg terbaik.
Penantian pertama berakhir pada 9/11/08, mungkin ramai pun yg dah tahu berita nih...
Awalnya, memang saja berniat nak buat surprise pasal kelahiran baby ni, surprise untuk famili kat kg sebenarnya, sbb tu tak war2kan masa pregnant dulu... :).
Tapi, apa yg berlaku 3 hari selepas kelahiran baby yg menjadi 'surprise' untuk diri sendiri pulak... lebih 3 minggu 'terperangkap' kat hospital... memang betul2 menguji diri ini... 3 minggu yg betul2 menguji jugak buat suami dan anak3...
Dan hari ini, alhamdulillah, saya dah kembali ke rumah, kembali ke pangkuan suami dan anak4...Dah 4 hari balik rumah sebenarnya, tapi, bila balik, laptop pulak buat hal....tak boleh on, merajuk tuan dia lama tak de agaknya..hehhehe...
Hari ni jugak, masalah laptop berjaya 'diselesaikan' dan selepas nih, bolehlah online seperti biasa...mudah2an...insyaAllah mungkin nanti bila berkelapangan, saya akan berkongsi sedikit pengalaman semasa kat spital.... :).
Setelah hampir sebulan....alhamdulillah...berakhir penantian buat masa nih... :). Alhamdulillah masih dipanjangkan umur....dan dapat lagi menghirup udara, nikmat Allah swt... dan dapat lagi bersua di sini. Ketiadaan tuan rumah di 'Sejenak bersamaku' ni adalah disebabkan beberapa perkara yg berlaku di luar jangkaan...betul2 di luar jangkaan. Memang pun..kita merancang, Allah jua merancang, dan perancangan Allah itulah yg terbaik.
Penantian pertama berakhir pada 9/11/08, mungkin ramai pun yg dah tahu berita nih...
Alhamdulillah seorang baby boy selamat dilahirkan di St Munchin Maternity Hospital, Limerick, pada 9/11/08 jam 7.38pm (waktu Ireland)
Awalnya, memang saja berniat nak buat surprise pasal kelahiran baby ni, surprise untuk famili kat kg sebenarnya, sbb tu tak war2kan masa pregnant dulu... :).
Tapi, apa yg berlaku 3 hari selepas kelahiran baby yg menjadi 'surprise' untuk diri sendiri pulak... lebih 3 minggu 'terperangkap' kat hospital... memang betul2 menguji diri ini... 3 minggu yg betul2 menguji jugak buat suami dan anak3...
Dan hari ini, alhamdulillah, saya dah kembali ke rumah, kembali ke pangkuan suami dan anak4...Dah 4 hari balik rumah sebenarnya, tapi, bila balik, laptop pulak buat hal....tak boleh on, merajuk tuan dia lama tak de agaknya..hehhehe...
Hari ni jugak, masalah laptop berjaya 'diselesaikan' dan selepas nih, bolehlah online seperti biasa...mudah2an...insyaAllah mungkin nanti bila berkelapangan, saya akan berkongsi sedikit pengalaman semasa kat spital.... :).
Sunday, November 09, 2008
My work station
Dapat tag daripada Azza; kali ni tag dalam bentuk yg berbeza sikit... kena snap gambar plak..
rules:
- snap work station anda
- then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
- iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
- tengok contoh yang dibuat nih...
- begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
- sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
- kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
- tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
Inilah dia work station saya yg tak seberapa. Ada laptop dan satu skrin PC, tapi itu bukannya satu laptop dan satu desktop ye... satu nyawa je tuh..hehehe..Disebabkan saya ini hanyalah seorang house manager, maka work station saya sudah tentulah di baiti jannati... :).
Laptop tu sekrg dah jadi macam CPU, disebabkan skrin laptop tu dah rosak. Ada satu insiden yg terjadi kepada skrin laptop tu lebih kurang 6 bulan yg lalu. Laptop masih berfungsi seperti biasa, cuma skrin je yg rosak. Bos malas nak repair, sbb kosnya rasanya lebih baik angkat yg baru...hehehe..tapi, sampai sekarang belum berganti... bos ada komputer dia sendiri kat ofis, yg kat rumah tu untuk anak2 dan ibu je guna. So, tak pelah, apa2 je la yg ada sekadarnya... :). Nasib baik ada rezeki dapat skrin PC yg free tu... hehehe..
Intenet plak, kami guna O2 mobile broadband. Yg ni pun ada sejarahnya. Hajat di hati nak pakai wireless broadband; lebih senang dan praktikal. Tapi ada masalah pasal line rental ngan landlord nih dulu2...akirnya, kami dah ter'stuck' dgn mobile broadband tuh. Mobile broadband bagus kalau sentiasa 'on the go', tapi, laptop kami tuh dah menetap kat meja tuh.. tak de beza sgt la, mobile ke tak mobile..heehe.. tapi, alamdulillah tetap bersyukur dgn apa yg ada, sbb so far, signal internet selalu ok jer...boleh la untuk mengupdate blog dan gi ziarah blog kawan2..heehe..
Owh...nak kena tag 7 orang plak ye...mmmm...sapa ye yg bertuah?
- kak chik
- azura
- cik aida
- reena
- izz
- hasra
- zue
Friday, November 07, 2008
Satu penantian
Kusibak tirai senjaYang membentang dibatas cakrawalaKududuk disini menantimu, meski gerimis menghalauku pergiKutetap disini menanti dan terus menantiHingga fajar terbit kembali
**sajak ciplak di atas kuambil di sini
**suara hatiku~
aku akan terus dan tetap menanti..menanti..dan menanti..semalam yg berlalu...hari ini pasti kan berlalu..hari esok pasti kan menjelma..mungkinkah hari ini?atau esokkah?aku pasrah....walau penuh tanda tanya...memang hidup ini penuh misteri dan tanda tanya..yg pastinya,aku akan tatap menanti..dan menanti..hingga tiba saatnya..yg entah bila,yg pasti aku akan tetap menanti dengan penuh harapanaku berserah padaMuaku berharap padaMuSemoga penantianku kan segera berakhir dengan anugerah kegembiraan drpMU...
Subscribe to:
Posts (Atom)