Sunday, July 26, 2009

Terima kasih Anis

Award ni dikongsi oleh cik Anis kita... terima kasih banyak2 ye Anis...terima kasih daun keladi..


Wednesday, July 22, 2009

Nabhan @ 3 tahun


Pada tarikh hari ini, angka umur Nabhan bertambah setahun. Pada tarikh 22 Julai, 3 tahun dahulu (bersamaan 25 Jamadil Akhir 1427 Hijrah), tangis pertama Nabhan bergema ketika azan Asar berkumandang di Dewan Bersalin Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan.

Sudah semakin besar anak ibu nih. Genap 3 tahun hari ini. Nabhan anak 'manja'...heheh... Tidak seperti kakak Huda dan abang Fawwaz, Nabhan berpeluang berkepit dengan ibu 24 jam setiap hari sejak lahir sehinggalah hari kelahiran adik Hamdan. Tidak mengenal botol susu di awal usianya, Nabhan berpeluang menikmati susu ibu sehingga usia 2 tahun.

Pada usia 3 bulan, Nabhan terbang ke sini (Ireland) bersama ibu, kakak dan abang, buat menemani ayah ketika di perantauan menuntut ilmu. Nabhan membesar di sini. Hanya sebentar berpeluang bermesra dengan tok, tokki dan saudara mara di kampung, namun ingatan mereka tetap mengikat jiwa Nabhan di sana.

Nabhan yg manja...
Nabhan yg keletah...
Nabhan dengan 'girraffe milo'nya...
Nabhan dengan Donald Duck...
Nabhan dengan lori Mr Binman...
Nabhan dengan....

.....senarai yg tidak berkesudahan ....


Ayah dan ibu mendoakan segala yg terbaik buat Nabhan...besarlah anakku menjadi anak yg soleh, penyejuk mata dan hati ayah dan ibu...




Sunday, July 19, 2009

Pertama kali naik kapal terbang


Pernah tengok gambar kat atas ni? Hehehhe... kalau sesape terperasan, gambar ni berlegar di internet sebagai bahan lucu {perhatikan tali pinggangnya ye...}. Kesian mamat dalam gambar nih...ntah sapa la. Tak tahulah pulak kalau2 gambar ni hanya lakonan semata2..heheh..

Cerita entri ini tiada kena mengena dengan gambar di atas, cuma teringat kat gambar ni (diforwardkan oleh seorang kawan melalui e-mel) bila tulis tajuk entri seperti di atas ~ 'Pertama kali naik kapal terbang'..hehhe..

Sebenarnya, tajuk itu merujuk kepada Hamdan yg pertama kali naik kapal terbang baru2 nih...hehe.. Hamdan kini berusia 8 bulan. Akhir Februari lalu, kami ke UK, pertama kali Hamdan keluar dari bumi Ireland. Tapi masa tu kami pergi bawak kereta. Awal Julai baru2 ni kami jalan2 lagi, kali ni berpeluang keluar jauh sikit ~ ke Brussels (Belgium), Amsterdam (Netherland) dan Homburg (Jerman). Jadi inilah pengalaman pertama Hamdan naik plane...heheh..

Lama peram entri nih,balik dari bercuti seperti dilanda mood berhibernasi. Nak update blog pun sedikit 'malas. Ni baru ada sedikit 'semangat'....


Ok...dipendekkan cerita, di kesempatan ini cuma berkongsi sedikit kenangan di Brussels....







Hamdan yg kebosanan...mengantuk...
(Scrapping, kredit untuk How Gavin Rolls Kit, daripada JennCK)

....bersambung...


Wednesday, July 15, 2009

Yang datang dan yang pergi

2,3 hari lepas dapat khabar daripada sahabat kat sini, tentang kelahiran anak ke 2 mereka. Tahniah buat Fizah dan Puden.

Kelahiran bayi mereka ini begitu istimewa (setiap kelahiran tentunya sangat istimewa!), setelah mereka berhadapan dengan pengalaman yg menyedihkan lebih setahun yg lalu. Anak mereka yg pertama dahulunya ditakdirkan terlebih dahulu menemui penciptaNya, hanya beberapa detik sebelum sempat melihat dunia. Kini, dianugerahkan pula rezeki putera yg ke 2. Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...Maha Pemberi Rahmah!

Antara syariat Islam ketika kita mendengar saudara kita beroleh cahayamata baru, kita digalakkan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada mereka dan juga bayi yg baru dilahirkan.

Antara doanya seperti berikut;

بارك الله لك في الموهوب لك,وشكرت الواهب,وبلغ أشده,ورزقت بره

"Semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kalian melalui pemberian ini. Dan syukurilah kurniaan itu, penuhkanlah keperluannya dan rezekinya".


Atau ringkasnya;

بارك الله لك وبارك عليك

" mudah-mudahan kamu diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas kamu."


Gambar hiasan... Hamdan @ 8 months...
(Scrapping; kredit untuk One sweet day kit, daripada Helly)

Beberapa hari yg lalu juga, mendapat perkhabaran berita duka yg menimpa seorang lagi sahabat di tanah air. Salah seorang sahabat baik suami saya sebenarnya. Mereka kehilangan putera kesayangan yg telah kembali menemui PenciptaNya. Sungguh ujian dan dugaan itu akan diberikanNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Mereka adalah manusia terpilih sebenarnya. Dan sessungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya, melainkan dalam kadar kemampuannya. Semoga beliau dan isteri diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan tersebut.

SesungguhNya daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali... (Surah Al Baqarah, ayat 156)


**Kredit untuk Papisma Terengganu


p/s ~ masih dalam mood yg merudum untuk mengemaskini blog...



Award amal Islam

Terima kasih buat Ayu yg pemurah di Jerman sana.... (tekak masih terasa2 keenakan masakan ketam dan musselsmu...hehehhh..)

Semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam Islam..mudah2an...amiin.