Hari besar
Lagi 2 hari akan berlangsung satu peristiwa besar dalam keluargaku nun jauh di sana. Adik perempuan bongsuku bakal menamatkan zaman daranya. Doa kami dari kejauhan buat keluarga tercinta, semoga segala urusan dipermudahkan, dan semoga diberkati majlis itu nanti. Buat adikku, selamat menempuh alam baru...
Cerita tentang: keluargaku
Ke mana keluarga Encik R pergi?
Oooo ya...di sana, isteri Encik R sempat berjumpa dengan seorang teman blogger, Cik Aida yg dikenali sebelum dia datang ke sini kira2 7 bulan lalu... ni kali pertama mereka bertentang mata..hehhe.. Cik Aida tu yg pakai baju dan tudung pink, gambar atas sebelah kiri sekali.
Alhamdulillah setelah sehari suntuk, selamat pergi dan kembali semula ke rumah.... Sampai rumah dah pukul 11 malam lebih...seme dah keletihan...
Cerita tentang: jalan2 ireland
Kisah 'Bas mini'
Ada satu cerita yg skema..hehhehe...
Suatu hari, Encik R, seorang ayah anak 4 menelefon satu syarikat teksi.
Encik R : Hello
Operator : Hello....Syarikat Teksi...bla..bla...
Encik R : Saya nak tempah satu teksi untuk saya dan keluarga.
Operator : Berapa org encik?
Encik R : 6 orang.
Operator : Kalau 6 orang, kena dua teksi encik. Satu teksi hanya untuk 4 penumpang.
Encik R : Tapi, anak2 saya kecil lagi.
Operator : Berapa umur?
Encik R : 6bulan, 2 thn, 5 thn, 7 thn
Operator : Maaf encik, hanya 4 org dibenarkan untuk satu kereta. Encik kena ambil 2 teksi, atau pun encik boleh ambik bas mini.
Encik R : Ha??? bas mini?
Operator : Ya encik, kita mengikut undang2 dan peraturan. Hanya 4 orang penumpang untuk satu kereta teksi.
Encik R : Oklah...berapa bayarannya?
Operator : Alamat encik?
Encik R : No 6...bla...bla..bla..
Operator : Euro 13 encik.
Encik R : Ok...saya mahu esok pagi, jam 7.30am ye.
Operator : Baik encik. Terima kasih.
Keesokannya.....
Lebih kurang jam 7.30am, selesai bersiap2 Encik R membuka pintu utama. Sudah ada teksi di hadapan rumah. Bukan sebuah bas mini, tapi, 2 buah teksi!
Pemandu teksi 1 : Kami dapat arahan daripada kompeni untuk teksi yg encik tempah. Bas mini takde masa ni, jadi kami terpaksa datang dengan 2 buah teksi.
Encik R : Oooo... ok...
Tak lama kemudian, isteri dan anak2 Encik R keluar. Kedua-dua pemandu teksi sedikit tercengang2 melihat hanya 2 orang dewasa dan selebihnya penumpang2 kecil di bawah umur yg akan menaiki 2 buah teksi!
Encik R bersama 2 anak lelakinya menaiki teksi pertama. Isteri Encik R dan anak kecil berusia 6 bulan dan anak sulung yg berusia 7 tahun menaiki teksi kedua. Tiada 'car seat' pun di dalam kedua2 buah teksi tersebut.
Setelah itu, 2 buah teksi kelihatan menyusur keluar dari perkarangan rumah Encik R.
Di dalam teksi pertama.....
~tiada perbualan direkod...~
Di dalam teksi kedua... (Isteri Encik R dan anak2 duduk di belakang)
Pemandu 2 : Panjang cuti hujung minggu kali ni ye.
Isteri En R : Ha'a..ye..
Pemandu 2 : Mau jalan2 ke bandar D ye?
Isteri En R : Ha'a....lebih kurang la tuh...
Pemandu 2 : Sebenarnya awak sekeluarga tak perlu pun ambik 2 teksi ni. Anak2 semua kecil2 lagi.
Isteri En R : Tapi, suami saya memang sudah menelefon syarikat teksi tu semalam. Mereka yg cadangkan kami ambil bas mini. Tapi, alih2 kami diberi 2 teksi pulak.
Pemandu 2 : Tulah...kadang2 peraturan ni pun tak masuk akal juga. Kalau anak2 kecil macam ni, buat apa sampai ambil 2 kereta. Bas mini pun tak perlu. Anak kecil tu boleh dipangku, dan di tempat duduk belakang boleh muat seorang dewasa dan 3 orang kanak2 kecil.
Isteri En R : Entahlah encik...diorang yg kata tak boleh.
Pemandu 2 : Sekarang ni, tak pasal2 suami awak kena bayar untuk 2 buah teksi.
Isteri En R : { senyum aje...}
Pemandu 2 : Balik karang, kalau nak ambik teksi, tak perlu ambil 2 teksi. Ambik satu teksi je cukup.
Isteri En R : Ooo..ye ke... baiklah {sambil senyum...}
Di stesen keretapi...
Isteri En R : Abang, driver tu kata kita tak perlu 2 teksi pon! Dia kata, balik karang, ambik satu teksi je cukup!
Encik R : Iye ke? Driver teksi abang tu tak cakap apa pun...
Jam 8.30 am, keretapi meluncur keluar meninggalkan bandar L menuju ke bandar D....
*************************************************************************************
Jam 10.00pm pada hari yg sama, keretapi dari bandar D sampai di bandar L. Antara ramai2 penumpang ialah Encik R sekeluarga. Semua nampak keletihan setelah sehari suntuk perjalanan...
Di luar stesen keretapi, kelihatan deretan teksi di tepi jalan. Encik R cuba bertanya sebuah teksi. Isteri En R dan anak2 menunggu di tepi seberang jalan.
Sekembalinya Encik R ke tempat isteri dan anak2nya...
Encik R : Huh! nampak gayanya, kita kena ambik bas mini jugak. Driver tu kata 6 orang tak boleh naik satu kereta!
Isteri En R : La... ye ke...gitu pulak? mana nak cari bas mini tuh? Tu semua yg berderet tu kereta teksi jer...
Encik R : Ada kat depan tu sikit...kompeni teksi.
Nasib baik tak jauh...rasanya tak sampai 200 meter pun dari tempat mereka berada masa tuh.
Tak lama lepas tu....Encik R sekeluarga kelihatan keluar meninggalkan bandar menuju ke kediaman diorang menaiki 'bas mini'.....
p/s ~
- Kisah di atas adalah kisah yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar.
- Perbualannya telah diubahsuai dan diterjemah mengikut kesukaan penulis.
- Harap cerita di atas tidak la masuk kategori cerita yg sangat memboringkan....hehhehe..
Cerita tentang: jalan2 ireland, keluargaku



