Friday, December 25, 2009

'White christmas' dan 'black-out'!

Salam buat tetamuku yang dihormati,

Hari ini 8 Muharram 1431H, masih di awal tahun baru Hijrah. Kini, kita berada pula di ambang tahun baru masihi 2010. Mungkin ini adalah coretan penutup tirai untuk tahun masihi 2009.

Hari ini juga adalah 25 Disember, hari penganut kristian serata dunia meraikan perayaan krismas. Di sini, suasana perayaan sungguh meriah, terasa seakan suasana ketika meraikan hari raya aidilfitri di tanah air sendiri. Kami sekeluarga tidak la turut sama menyambut perayaan tersebut, sekadar meraikan hari cuti umum dengan bersantai2 di rumah. Sekolah bercuti panjang; cuti krismas dan sempena kedatangan tahun baru.

Tahun ini, boleh dikatakan sejarah tercipta di bumi Ireland, khususnya di Limerick ni. Ataupun, setidak2nya buat kami sekeluarga. Musim sejuk kali ini, salji turun awal. Limerick bukanlah kawasan yang biasa mendapat salji di musim sejuk. Khabarnya, cuma beberapa tahun kebelakangan ini musim sejuk diserikan dengan turunnya salji, walaupun tidaklah begitu menebal. Dan, selalunya di hujung musim sejuk. Tetapi tahun ini, salji turun seawal bulan Disember. Krismas tahun ini diserikan dengan pemandangan salji yang memutih. 'White christmas', yang julung2 kali berlaku, kali terakhir mungkin lebih 20 tahun dahulu; kata landlord kami.


Kalau tahun2 sebelum ini, salji turun dari awal pagi dan menjelang ke tengahari dan petang, mula mencair. Tetapi kali ini bertahan untuk tempoh yang agak lama. Hari ini masuk hari ke 5. Suhu? Ooo...sudah tentu tersangat sejuk. Kadang2 mencecah -ve 4 ke -ve5 darjah celcius. Hari pertama anak2 teruja la juga. Hari2 seterusnya tidak lagi. Seeejuuukk...lebih baik duduk diam2 dalam rumah! hehhe..

Tahun ini juga, ada sejarah tercipta buat kami. Dalam tempoh lebih 3 tahun di sini, kali pertama mengalami black-out! 2 hari lepas, kami keluar jalan2 ke bandar. Saja nak tengok kemeriahan orang bershopping raya...hehhe.. Tak lama pun keluar. Sekarang musim sejuk, siangnya sangat pendek. Lebih kurang jam 4.30pm sudah masuk waktu maghrib. Bila balik, keadaan sekitar perumahan kami gelap gelita. Lampu jalan pun tak menyala. Ketika itu lebih kurang jam 5.45pm.Tak tahu sejak bila keputusan bekalan elektrik.

Tanpa bekalan elektrik, gelap gelita, sejuk pulak tuh. Heater dan boiler tak boleh on. Duduk la dalam kesejukan dan guna air yang sejuk macam air ais! Nasib baik ada lilin kat rumah. Itupun scented candle. Anak2 pulak sibuk tanya, 'ibu nak masak apa malam nih?'... Nak masak pun tak boleh sebab dapur pun guna elektrik! Alhamdulillah tak lama. Terputus bekalan elektrik lebih kurang setengah jam sahaja.


~gambar hiasan~

Walaupun bergelap seketika, anak2 bukan main seronok. Boleh main dengan lilin...hehhe..

Itulah secebis kisah kami di lembaran 'sejenak bersamaku...' ini. Cerita permulaan kami untuk tahun Hijrah 1431, dan pengakhiran untuk tahun Masihi 2009. Dan yang pasti juga ini adalah cerita kisah2 terakhir kami di bumi asing ini.

Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi esok hari!



Thursday, December 17, 2009

Hijrah itu pengorbanan...


Selesai musim haji, kini kita bakal melangkah pula ke tahun baru. Ahlan wasahlan Tahun Baru Hijriyyah 1431H. Betapa masa terus berlari....

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.......

Bait-bait kata di atas tentu sekali tidak begitu asing lagi bagi kebanyakan kita. Lirik nasyid yang selalu berkumandang setiap kali tiba musim Awal Muharram. Saya sendiri mula kenal dengan lirik nasyid tersebut sejak di zaman sekolah rendah lagi, menyertai pertandingan nasyid sempena Awal Muharram ketika itu.

Setiap tahun kita menyambut Tahun Baru Hijriyyah. Setiap kali itu jugalah kita menyebut tentang Maal Hijrah. Tekad dan azam untuk berhijrah ke arah segala yang berunsur kebaikan. Hijrah yang didefinisikan melalui pelbagai manifestasi. Tetapi selepas itu, sebaik kita kembali semula bergelumang dengan kesibukan duniawi, kebanyakan kita kembali semula kepada diri kita yang dulu....manusia yang sering alpa dan lalai.

Maka, haruskah kita biarkan sahaja Awal Muharram kali ini berlalu begitu sahaja, seperti tahun2 sudah? Jawapan yang dijangka, sudah tentulah tidak, bukan? Kerana kita manusia yang sering alpa dan lalailah, maka sebaik2nya kita memperbaharui niat dan tekad untuk berhijrah ke arah kebaikan. Niat dan tekad disusuli dengan keazaman yang tinggi untuk merealisasikan harapan dan cita-cita tersebut.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..

Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..

Kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini & akan datang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Semoga Allah SWT merahmati kita, dan mempermudahkan setiap langkah kita dalam segala urusan, duniawi mahupun ukhrawi.


Salam Maal Hijrah,
30 Zulhijjah 1430H


Tuesday, December 15, 2009

Bila talian hayat terputus...

Lama tak singgah sini...rindu kat halaman nih...

Walaupun sejak beberapa bulan kebelakangan ni, memang kurang aktif berblogging, tapi 'rumah kedua' ni tetap disinggahi hampir setiap hari sekiranya tiada halangan. Meninjau2 kalau ada tetamu yang sudi bertandang, dan menitipkan khabar melalui chatbox sekiranya ada yang sudi menitipkan pesanan. Atau pun setidak2nya sekadar singgah berehat2 aje, tanpa berbuat apa2 ...hehhhe...

Jadinya, selama lebih 2 minggu tiada khabar berita daripada tuan rumah, agaknya mungkin tiada yang perasan pun...hehhe.. Yang sebenarnya, selama lebih 2 minggu ni, tuan rumah nih terputus 'talian hayat'. Biasalah, di zaman serba serbi IT sekarang nih, kalau terputus internet, terasa macam terputus hubungan dengan dunia luar...heheh.

Yang sebenarnya, kali ni bukan internet yang bermasalah, tapi, laptop yang ada sedikit masalah. Dan bukannya jasad laptopnya yang bermasalah, tapi wayar charger baterinya yang bermasalah.

Walaupun ni bukanlah kali pertama terputus 'talian hayat' nih, tapi tetap terasa 'kekurangan'. Terasa ada yang tak cukup... macam tak tahu nak buat apa, padahal kerja2 yang menanti berlambak2! Beberapa hari pertama, memang sangatlah membosankan kerana tak dapat beronline seperti biasa. Tapi bila banyak hari yang berlalu, semakin terbiasa dengan ketiadaan 'talian hayat' tuh.... terima hakikat yang banyak lagi aktiviti menarik lain selain daripada beronline! hehhe..

Apa2 pun, alhamdulillah, 'talian hayat' tu kembali pulih seperti biasa hari nih. Dan, hari2 yang dilalui semestinya akan lebih ceria!