Tuesday, December 23, 2008

3 minggu yg menguji.... part 5 (final)

Persoalan terlerai....


Menjelang minggu ke 2 di hospital, keputusan darah menunjukkan peningkatan fungsi buah pinggang yg lebih ketara. Satu perkembangan yg baik :). Urine catheter dioff . Untuk memastikan fungsi buah pinggangku berada dalam keadaan yg optimum, aku diminta untuk menyukat dan mencatat segala cecair yg masuk dan keluar daripada tubuhku; strict input/output chart.

Nasib baik, ketika itu, aku dipindahkan ke bilik lain yg katilnya betul2 bersebelahan dengan pintu bilik air. Begitu byk air yg terkumpul dalam tubuhku, tentu byk sekali yg akan keluar untuk badanku kembali normal. Beberapa hari selepas urine catheter dioffkan sekurang2nya setiap 2 atau 3 jam mesti akan ke toilet.

Walaubagaimana pun, ketika itu suhu badan masih belum stabil, dan ujian darah masih menunjukkan bilangan sel darah putih yg tinggi, menandakan 'makhluk' tu masih giat menjalankan aktivitinya. Rawatan antibiotik masih diteruskan. Walaupun sel darah putih masih tinggi, tetapi bilangan platelet yg rendah telah bertambah. Itu juga satu perkembangan yg bagus. Namun, ketika itu doktor masih lagi belum jumpa di mana focal infectionnya.

Di satu awal pagi hari minggu, menjelang minggu ke 3 di hospital, aku terjaga kerana ingin ke toilet. Rutin biasa... Tetapi pagi itu, aku tak dapat kembali melelapkan mata kerana terbatuk2. Batuk yg 'kering' tanpa berkahak... batuk yg seperti 'biasa2'...batuk pun memang dah berhari2. Cuma pagi tu, batuk 'bersahut-sahutan'... asal je terbaring, terus terbatuk. Kerana sunyi awal pagi dan aku tak mahu mengganggu tidur roomates dengan bunyi bising batukku, tu yg aku duduk jer.....tak dapat baring. Itupun, bunyi batuk2ku masih kedengaran memecah kesunyian pagi.

Lebih kurang jam 6 am, ketika nurse buat pemerhatian pagi, didapati kandungan oksigenku cuma sekitar 88%. Aku pun surprise la jugak, sbb biasanya sekitar 97-100%. Rasanya, aku tak la tersemput2 atau terasa sesak nafas waktu tuh. Cuma kelainannya, aku tak dapat menarik nafas dalam2 seperti tarik nafas ketika warm up sebelum bersenam tu.

Doktor yg on call dimaklumkan tentang keadaanku. Aku dipasangkan oksigen untuk support pernafasanku
(kepekatan yg rendah je~2%). Doktor segera datang untuk melihat keadaanku. Kebetulan doktor yg on call tu kawanku (dr melayu). Darah arteri diambil untuk arterial blood gas. . Selain tu, dibimbangi aku mengalami masalah dengan jantungku, ECG juga dibuat....alhamdulillah, normal je :). Doktor juga ordered untuk buat emergency chesty x-ray.

Pagi tu, team medikal dihubungi dan dimaklumkan tetang keadaanku. Yg datang ialah pakar respiratory dengan anak2 buahnya. Berdasarkan chest x-ray terkini, aku disahkan mengalami pneumonia ~ right lobar pneumonia; begitulah yg nampak tertera dalam nota pesakit kepunyaanku. Padahal, chest x-ray dah pun dibuat lebih kurang seminggu sebelum tu...normal jer...

gambar hiasan....carian google ;).

Dengan diagnosis yg terkini tu, terlerailah persoalan selama nih... doktor2 yg merawatku sepakat bersetuju bahawa destinasi makhluk yg mencerobohi tubuhku itu ialah ke tisu paru-paruku...

Selepas tu... bagai dirancang2 (sememangnya semuanya ada dalam perancanganNya), keadaan kesihatanku semakin baik. Kaki yg membengkak semakin pulih, dan dari hari ke hari, aku dapat kembali berjalan seperti biasa. Suhu badan juga semakin stabil. Keputusan darah juga menunjukkan peningkatan yg semakin memberangsangkan dalam semua aspek.... dan aku semakin ceria... alhamdulillah, petanda baik untuk kembali ke pangkuan suami dan anak4 :).

Walaupun persoalan dah pun terlerai...tapi, di sudut hati, aku masih tertanya2.. 'macamana/bagaimana mulanya makhluk tu boleh masuk ke tubuhku?'...terasa macam misteri la plak... ;).


Ayah bawa anak3 jumpa ibu, hampir setiap hari....


3 minggu yg menguji...ujian buat diriku, juga ujian buat suami dan anak4. Ujian buat diriku yg tak pernah ditimpa sakit fizikal yg teruk selama nih. Tu lah...kalau Allah nak tarik balik nikmatNya yg diberi kepada kita selama nih...dalam sekelip mata jer!! Suamiku juga banyak berkorban sepanjang aku berada di hospital... tak dapat ke lab untuk urusan studynya, menguruskan anak3 di rumah seorang diri, memasak untukku (suamiku tiba2 jadi terer memasak! hehehhh..), juga membawa anak2 datang menziarahiku hampir setiap petang selama lebih 3 minggu...

Hidangan vegetarian di hospital.... naik muak hari2 makan potato! nasib baik suamiku rajin masak.... hampir tiap2 hari bawak nasi untukku... :).

Kawan2 juga banyak membantu. Terima kasih buat kawan2 yg memahami, yg banyak menghulurkan bantuan buatku dan keluarga sepanjang 3 minggu tuh. .. yg datang menziarahiku selama aku di hospital, yg sesekali membawakan makanan untukku... :). Malah ada yg sanggup nak tolong jaga Hamdan bila Hamdan dibenarkan pulang (tapi, aku tak sanggup la pulak nak susahkan org lain utk jaga baby sekecil Hamdan). Rumah Kak Aida jadi nursery buat anak3ku.... time kasih kak Aida.. :). akan kukenang sampai bila2...hehehhe... juga kawan2 yg lain; Aza, Islah, Aini, Husna.... sekadar menyebut beberapa nama....ramai lagi yg prihatin! (termasuk la kawan2 yg takde depan mata....yg selalu bagi sokongan moral... )

Tak terucap dengan kata2 kalau nak cerita tentang 'apa yg aku dapat' daripada pengalaman selama 3 minggu itu...

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

##THE END##

(Gitu je jalan ceritanya.... tak de la best sgt pon....hehehhh...)

Photobucket

8 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akak..

huda doakan semoga akak cepat sembuh dan sentiasa sihat2 selalu bersama baby comel dan keluarga tersayang..:)

Anonymous said...

alhamdulillah selamat semuanya.. kin & baby... jaga diri & baby baik2 sepanjang tempoh berpantang ni yea...

p/s: lepas kejadian mcm ni barulah kita lebih tabah & bersyukur dgn nikmat2 yg kita dah dpt yg kita x sedar selama ni...

ras-adieza said...

kin apa lak tak best...akak mengikuti citer kin ni tau..

pengalaman tu kin, bila dah sakit. Rasa2nyer bila dah rasa 'sakit' baru kita rasa nikmat kesihatan ni kan... 'makhluk' tu berkeliaran sebentar sebagai satu dugaan...

Wanie Boahari said...

smoga akk cpt sihat..

Anonymous said...

Alhamdulillah... Moga kesihatan bertambah baik dan segera dapat kembali bersama suami dan anak-anak. Shafaaki'lLah

NoorGie said...

Salam Kin..akhirnya hbis jugak series alkisah pnyakit Kin ni...hmmm x sangka yea dalam kita sihat2 walafiat tetiba Allah turunkan dugaan...apa pulak x best nye crita kin ni...seronok baca n banyak pengetahuan yang kita dapat...sekurang2nya,kita tahu ttg makhluk n pnyakit yang bersarang didalam tubuh Kin.....semoga Kin terus sihat dan bahagia di samping keluarga..ha..baru kita tahu betapa sayangnya suami pada kita ye hehehehehe

attyfir said...

salam kin..semoga kin sembuh sepenuhnya..

Unknown said...

Alhamdullilah dah sihat Kin, kesian sebab jauh di perantauan, semoga sentiasa tabah hadapi dugaan, Jie insyaAllah esok ke Shah Alam lagi utk f/up, this week tersangat letih sbb nadhirah kena lelah, pergi KMC semalam then doktor advise untuk bagi dia nab every 4-6 hrs, sian dia. Harapnya dia cepat baik. Amin. Eh, bila Kin nak balik mesia??

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).