Friday, December 19, 2008

3 minggu yg menguji.... part 4

Kisah Hamdan





Ibu berjauhan daripada Hamdan sepanjang ibu di hospital. Satu pengalaman yg memang berbeza berbanding 3 kelahiran sebelum ini. Kali ni, seawal usia baby 3 hari, ibu telah pun berpisah tempat tidur dengan baby yg baru dilahirkan. Tak dapat menyusukan baby sebagaimana sepatutnya, tak dapat menenangkan baby bila dia menangis...tak dapat menukar nappynya sebagaimana yg dilakukan oleh kecbanyakan ibu2... Sedih, memang sedih, tapi apa nak buat. Sudah itu suratan...

Kerana keadaan ibu, Hamdan juga diberikan antibiotik selama 5 hari, sebagai prophylaxis. Mulanya, Hamdan dimasukkan ke neonatal ward di Maternity Hospital, keesokannya ditransfer ke wad paediatrik di Regional Hospital, supaya lebih dekat dgn ibu.



Pada 3,4 hari pertama ibu menerima rawatan, antibiotik bertukar ganti, kerana keputusan darah menunjukkan perkembangan yg kurang memberangsangkan dan juga suhu badan ibu yg sentiasa tinggi. Kata doktor, bakteria tu sgt virulent. Hasil perbincangan dengan microbiologist, doktor menetapkan kombinasi antibiotik yg agak 'power'. Pada mulanya, ibu masih berpeluang untuk menyusukan Hamdan. Tetapi, kombinasi antibiotik yg terkini tidak mengizinkan untuk ibu menyusukan Hamdan lagi. Hati seorang ibu agak kecewa, tapi apa boleh buat...ibu terpaksa akur. Kesihatan ibu perlu diutamakan, kalau ibu tak sihat, macamana nanti ibu nak jaga Hamdan?

Oleh kerana pergerakan ibu yg agak terbatas, ibu hanya berpeluang berjumpa Hamdan sekali sahaja setiap hari, itu pun cuma lebih kurang 2 jam je. Ibu perlu menunggu ayah datang. Biasanya, ayah akan datang pada waktu petang. Setiap petang, ayah la yg menyorong wheel chair, membawa ibu berjumpa Hamdan di Rainbow ward, yg letaknya di ground floor. Biasanya juga, kakak Huda, abg Fawwaz dan abg Nabhan ikut sekali. Ketika itulah kami sekeluarga dapat berkumpul.


Hanya 3,4 hari sebelum ibu dapat keluar drp hospital, ketika kesihatan ibu mula stabil, dan ibu dapat berjalan sendiri barulah dapat ibu meluangkan lebih masa bersama Hamdan. Ketika itu, ibu tidak perlu menunggu ayah datang. Itupun juga hanyalah setiap petang untuk 3 atau 4 jam. Ibu tak boleh berada lama di sana, kerana ibu perlu dimasukkan intravenous antibiotic setiap 6 jam.

Begitulah rutin setiap hari selama lebih 3 minggu...



Hamdan di rainbow ward.... Childrens's ark... itulah laluan ibu, ayah dan anak3 setiap hari ...

Setelah selesai antibiotik selama 5 hari, Hamdan sepatutnya boleh pulang ke rumah. Tapi, ayah 'tak sanggup' untuk membawa Hamdan pulang ke rumah... 'tak cukup berani' untuk menjaga bayi sekecil Hamdan seorang diri. Tambahan pula, ayah perlu menguruskan 3 orang lagi anak2, bersendirian. Sekali lagi hati ibu terasa sayu....kesian Hamdan yg tak mengerti apa2. Hamdan, seorang baby yg dilahirkan cukup sifatnya dan sihat walafiat, tetapi terpaksa tinggal di hospital...membesar di baby cot hospital untuk 3 minggu pertama usianya.

.....to be continued! :).
Photobucket

11 comments:

Tirana said...

Setiap yang Allah takdirkan tentu ada hikmahnya walaupun perit untuk ditempuh...

Anonymous said...

aduh!! sedihnya berjauhan ngan baby... especially yg baru lahir... sha kalau bole x nak berenggang langsung ngan baby time baru2 lg mcm tu... kalau sha kat tmpt kin... keje nangis je... hukhuk...

NoorGie said...

alahai kesiannye baby hamdan...bau hospital di awal2 kelahiran..tapi nak buat macam mana...memang zali x boleh nak usruskan bayi dengan 3 orang anak yang lain...Kin pulak dalam keadaan macam tu..eiii x tahu la kalau kak g ditempat Kin...ermm x sabar nak tunggu continuation cerita nih

raihan hassan said...

salam k kin,,tak tahu plk k kin bersalin, sbb last tgk blog hr tu tak update,lps tu ann pun sibuk plk tak jguk2 blog k kin...sedihnya dgr citer kak kin,bila duk dlm wad dan berjauhan dgn HAmdan.teringat ms bersalin hr tu kt sini(oligohydrmnios-AFI 1!,emLSCS,baby hypoglycaemia, dpt big hematoma kat RIF)..baru tahu mcmn perasaan jadi patient...

Kamsiah yusoff said...

semoga kin diberikan kekuatan menghadapi dugaan Allah ini...

Anonymous said...

Salam kin.
Tahniah untuk kin kerana dapat bertabah diri sepanjang berjauhan dari Hamdan. Hati ibu mana yang dapat lali dari anak-anak terutama yang baru dilahirkan. Semoga kin terus kuat dan tabah membesar dan mendidik anak-anak.

kin hashim said...

kak tirana, betul tuh... mungkin kita tak nampak hari ni, lambat laun, pasti akan kita temui hikmahnya..

Sha, nak buat camane... dah gitu jalan ceritanya, sabar je la... :).

kak g, org kata; kita tak tahu kita boleh berenang ke tidak sehinggalah tiba2 kita terjatuh dalam air yg dalam..... :).

ann, bagus gak pengalaman jd org sakit nih.... kan? heheh.... buat 'bekal' time kita berhadapan ngan patient...hehehhh...

kak kam, time kasih atas sokongan moral yg berterusan... :).

kak chik, terima kasih juga buat kak chik yg tak putus2 bagi kata2 semangat dan perangsang :).

NizA said...

kin...alahaiii...siannyer hamdan dok jauh ngn ibu...awk seorg yg tabah kin...klu sy mau asyik menangis jek...uhuhuh...

azza_irah said...

salam kin..
apa kabar..
mg kin n hamdan btambah sehat..
baru leh jengah..azza baru balik mlm td..esok subuh berangkat lagi..
jaga diri baik2 kin..

iu rf said...

macam2 kan jenis cubaan ke atas insan ni.. lain org lain yang di hadapi.. hehehe :)

kak kin memang kuatlah...gut!!

kak... nanti kite jadi berbesan nak x... ensem la hamdan tuuu...hihihihi.... :P

mamafateenz said...

terharu kan kak kin dgn tabahnya suami dikala sang isteri ditimpa musibah begini..semasa jan admit wad tempohari utk bersalin faez pun..saya mmg jadi"pengarah"utama..tapi dgn sabar juga abg membantu...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).