Monday, December 08, 2008

10 Zulhijjah 1429H

Hari ni hari raya aidil adha....salam aidiladha buat semua. Sudah agak terlambat, tapi tak pe lah.. masih dalam suasana raya korban... sana sini masih ramai lagi yg melaksanakan ibadah korban :). Tahun ni kami sekeluarga tidak lah beraya mana pun.... duduk kat rumah jer... komuniti melayu kat Limerick ni pun dah makin menyusut... semenjak 2 menjak ekonomi meleset nih, yg bekerja beralih arah ke negara lain, dan tak kurang yg kembali semula ke Malaysia, for good. Saki baki yg ada ni pun kebanyakannya bekerja pada hari ini... 'Beraya' lah kami sekadarnya... (macam tak raya pon)
Photobucket
BoldPhotobucket

6 comments:

Unknown said...

Salam Tadhiyyah kin. Bersabarlah... itulah namanya pengorbanan. Beraya di negara orang kerana berkorban untuk belajar @ mengikut suami belajar. Dalam tempoh bermusafir tu memang banyak nikmat yang dirasai di negara sendiri perlu dikorbankan. Betul tak? KakChik doakan kin dan famili walaupun dok kat rumah je sepanjang raya ni, akan masih bergembira sesama sendiri terutama dengan kehadiran anggota keluarga yang baru.

Salam sayang.

Anonymous said...

Salam K.Kin..

Selamat Hari Raya korban..k.kin masih boleh gembira kerana punya pendamping di sisi ketika raya. Saya keseorangan lebih sukar untuk menempuh. Mujur ada tempat membantu.

Kalau sudi dan nak kad raya p la amik. Anak dah letak nama?

attyfir said...

salam aidiladha kin..
takpe..sabar ye kin..adik kita pun cenggitu..sesorg kat negara org..huhuh..sedih lak tingat kan dia..

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Salam aidiladhah buat akak sekeluarga..:)

Anonymous said...

salam kin...

fokuskan pd benda2 yg baik je... then baru kita rasa happy... lgpun kin ada ramai kawan2 cyber yg akan selalu menceriakan hari2 kin... x ramai yg bertuah mcm kin... ditmbh pula ngan kehadiran org baru dlm hidup kin... seronoknya!!

Salam AidilAdha khas utk Kin & Famili...

kin hashim said...

kak chik, ibnurashidi,atty, huda dan sasha....terima kasih buat kalian semua.... :). rasa seronok ada ramai kawan2 maya yg supportive :).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).