Sunday, March 09, 2008

Kisah sebiji cili

Aku sebiji cili.. :). Aku lahir di sebuah rumah beralamat No 1 Plassey Grove. Aku tak pasti dari mana asal keturunanku. Yg aku tahu, ibuku diambil (dibeli :p) oleh tuan aku dari Oceanic Supply Ltd (kedai cina..... :p). Masa dlm kandungan ibuku (dlm bentuk biji ;p), adik beradikku tersangat la ramainye.... tp, tuan aku ni lupa nak ambik gamba, so, takde la kenangan dgn ibu dan adik beradikku yg lain.. :).

Bentukku bertukar daripada biji kepada anak pokok, yg seterusnya membesar menjadi pokok cili. Tuan ku sgt sayang padaku... setiap hari aku dibelai manja, lebih2 lagi apabila pokok mula berbunga, dan akhirnya wajah aku sebagai sebiji cili mula kelihatan :).


Inilah rupa pokokku yg terawal diambil gambar oleh tuan aku...


Wajahku ketika muda :).

Hari demi hari berlalu, ada makhluk semacam 'serangga' menyerang... sehelai demi sehelai daun2 menjadi kekuningan dan akhirnya gugur. Tuan aku sgt sedih. Mula2 sikit je serangga tu, lama kelamaan semua dedaun dipenuhi serangga ...dah tak mampu lagi tuan aku nak belek hari2 utk buang serangga tuh. Aku pun sedih, sakit rasanya apabila daun2ku digigit serangga perosak tu. Tp, apa nak buat, aku pasrah, kesian kat tuan aku :(.



'Serangga' yg bermaharajalela kat pokokku

Dalam kepayahan, aku terus survive :). Tuan aku hampir putus asa, bimbang kehilanganku sebelum sempat aku dewasa :). aku saaaaayang tuan aku! :).

Alhamdulillah, sempat juga aku membesar..... sehingga aku sebiji cili yg kecil menjadi masak ranum, kemerahan. Tuan aku sgt gembira :).


Rupaku setelah masak ranum :).



Ini kira adik beradik aku la...kitorang drp pokok yg sama...


Ni pun adik beradik aku jugak...


Suatu hari, tuan aku buat keputusan utk memetik aku drp pokok. Aku berdebar2.... kerana ku tahu saat itu, bahawa umurku semakin pendek. Tapi aku gembira kerana berjaya mengharungi segala kepayahan untuk membesar sebagai sebiji cili...dan yg penting juga, aku telah menggembirakan tuan aku :).

Dengan sekali lafaz 'bismillahirrahmanirrahiim...', oleh tuan aku, rasmilah aku tercerai daripada pokokku.... Terasa sebak, hampir menitis air mata (aku sebiji cili pon boleh menangis ke? hehhehe) , kerana aku bakal meninggalkan pokokku buat selama2nya. Walau apa pun, aku tetap berbangga kerana aku menjadi cili kesayangan tuan aku, sbb, akulah cili pertama hasil daripada 'projek tanaman cili' tuan aku... :).


Aku sebiji cili, posing atas pinggan tuan aku :).


Dengan lemah lembut, tuan aku bersihkan aku di bawah aliran air paip.... sejuuuk!... pertama kali aku merasai siraman air di tubuhku. Selama ni, tuan aku siram air kat pangkal pokok jer :).

Setelah itu, aku dibaringkan atas chopping board...aku tahu, masaku semakin suntuk...tp, aku tetap tersenyum bangga :).

Sekali lagi, dgn lafaz 'bismillahirrahmanirrahiiim', tuan aku memotong2 tubuhku....anehnya, aku tak rasa sakit pon, dan aku tetap tersenyum bangga :).


Aku yg dah pun menjadi potongan cili....


Selesai dipotong, potongan tubuhku dimasukkan ke dlm blender. Aku tertanya2...apa akan jadi pada aku selepas ini? Walau apa pun...aku tetap berbangga, kerana aku dapat berkhidmat untuk tuanku, sehingga akhir hayatku :).

Rupa2nya ada lagi kawan2 cili yg lain yg menyertai aku. Aku tengok tuan aku ambik diorang dari dlm peti sejuk. Kitorang semua dikumpulkan dalam blender. Lepas tu, tuan aku masukkan 2 jenis bahan warna putih...dan sedikit cebisan warna coklat yg kuat baunya. Aku dengar anak tuan aku bertanya... "apa tu ibu?" Tuan aku jawab... "yg putih ni, garam dan gula, yg coklat ni kita panggil belacan"...

Setelah itu, aku terasa dunia berputar2...dan aku terus tidak sedarkan diri....

Bila sedar.....


Fizikalku telah bertukar bentuk!! Aku kini menjadi sebahagian drp sambal belacan! Walau apa pun...aku tetap tersenyum bangga :).

Aku dan kawan2 dihidangkan di atas meja...Oooo...rupanya ada lagi makhluk lain bersama2 kami...

Gulai udang yg tuan aku masak...


Sekianlah kisah 'aku sebiji cili'....
terliur

4 comments:

iu rf said...

comelnye lah.. citer nie..kelaka pun ade...ehehehe... nice!.. tp gulai yang hujung skali tu tak nice..sbb kite takleh makan.. mintakk la skitttt.... huwaa... sedapnyaaaa....

soleil m said...

kelaka la entry ni k'kin, hikayat sebijik cili. haha~ sy pon suke sambal belacan. that's y jejerawat halus muncul bgai cendawan tumbuh selepas hujan lagaknye. haih!

Anonymous said...

berapa lama amik masa buat penggambaran citer ni? i mean dari biji jadi sambal belacan? huhuhu..kreatif.

kin hashim said...

adlina...ambik masa dlm dekat2 7-8 bulan kot...hehehhe...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).