Saturday, March 29, 2008

AGM MyPSI

Selepas Iu dan famili balik, esoknya kami menerima sorang lagi tetamu bermalam kat rumah, presiden MyPSI sessi lepas. MyPSI ni Malaysian PostGrad Students of Ireland kot...rasanya la. ari Sabtu 22 Mac 08 tu MyPSI ada buat AGM. Selalu bertempat kat Dublin, kali ni Limerick plak jadi tuan rumah.

Malaysian Post Grad students kat Ireland ni tak ramai pon, kat Limerick ni cuma ada 3 org. kat Dublin adalah ramai sket, tp tidak la seramai kebanyakan tempat kat uk sana :). ...dan lain2 kat Cork.

AGM bertempat kat UL, tapi kemuncak majlis makan2 dan aktiviti sampingan yg lain tu bertempat kat No 1 Plassey Grove .. (rumah lama kami la.. :p)

Overall...ok la...dapat bersua mata ngan sebahagian besar family members postgrad students kat Ireland nih....




Le tour de Castletroy

It had been sooooo many years since i last cycling a bicycle. Rasanya, masa zaman student dulu2 kala kot....tu pun main2 bawak kejap jer. About 2 weeks before we move to our new house, my hubby bought a second hand bicycle from his friend.
Disebabkan dah lama tak drive, since jejak kaki kat Ireland nih... :). dan tak ambik insurance pon untuk drive kat sini, maka aku telah diarahkan oleh bos untuk kayuh beskal bawak balik ke rumah! Berbekalkan keyakinan bahawa cycling is a lifetime skill, i cycled the bicycle dgn jayanya! ....dan bos dan anak3 sudah semestinya follow dari belakang la...ehhehe...
huh!! bole tahan gak...rasa nak tercabut je kepala lutut kayuh beskal tuh... walaupun jaraknya cuma lebih kurang 2km jer...hehhe... seat beskal tu plak tinggi melangut, macam nak terbalik rasanya bila nak stopkan beskal, nasib baek tak cium jalan...hehehe.. anak2 kat dlm keta tepuk tgn, 1st time tgk ibu kayuh beskal..hehehhh..
Bila pindah rumah baru, aku jugak yg kena kayuh beskal bawak balik dr rumah lama ke rumah baru...kali ke 2, ok sket, dah ada pengalaman lepas... :).


Ni la dia.....basikal tua...hehehhe...

Friday, March 28, 2008

Plip plop plí

Kat sekolah, Huda blaja bahasa gaeilic~Irish language. Suatu hari Huda participated dalam gaelic poem presentation :).


Ni la poem yg Huda baca...


Plip plop plí

Plip! Plop! Plí!
Tá sé ag cur baistí
Tá sé fliuch
Tá sé fliuch
Plip! Plop! plí!


Ni sijil yg Huda dapat... :).

Tuesday, March 25, 2008

Kunjungan rakan maya

Minggu lepas adalah minggu kami menerima kunjungan tetamu :). Sebenarnya, dah lebih 2 minggu masuk rumah baru ni, tp, housewarming pon tak terbuat lagi...tak tersempat...hehhehe... walaubagaimana pun, kami dah pon menerima kunjungan ramai tetamu... :).
Antara yg terawal ialah sorang rakan maya, a blogger from Germany, iu :). 2 bulan lepas, masa iu bgtau nak dtg rumah, ingatkan dia main2...rupanya dia serius! hehehh... agaknya, dah ditakdirkan kami dapat bertemu juga akhirnya ... :).
Iu dan famili sampai Dublin ari selasa, lewat ptg tu terus naik bas ke Limerick. Malam, dlm lingkungan kul 10pm sampai stesen bas Limerick, sampai awal dari jangkaan. Bila iu sms, 'kak, dah sampai limerick' .....rasa berdebar2 plak sbb bakal berjumpa ngan org yg selama ni hanya kenal di alam maya ...hihihih...

Pertemuan berjalan lancar.... :).


Anak2 main kat backyard... Haziq, Faris, Huda , Fawwaz dan Nabhan..


Kakak Huda dan Haziq

Haziq, Kakak Huda dan Fawwaz


Anak5 lagi...


Esoknya, iu dan famili jalan2 ke Cliffs of Moher, Mayo dan Balinasloe...dan malam tu diorang tido kat umah Jo di Balinasloe. Kitorang tak dapat ikut sbb, bos kije plak malam tu.....
Pagi ari khamis, diorang bertolak balik semula ke Limerick....then, tgh menjamu selera lunch dgn nasi dan lauk pauk seadanye.... :).


Anak5 bergambar sebelum iu dan famili balik...


Iu dan famili berangkat ke Glasgow petang tu meneruskan family vacation diorang, ambik flight kat Shannon airport...
Itulah pertemuan singkat kami.... Walaupun tak lama, cukup bermakna :).


Monday, March 24, 2008

Huda and school....

Ni video hari2 terakhir Huda ke sekolah dari rumah lama, no 1 Plasey Grove. Jarak rumah ke sekolah dekat sgt, almost everyday ke sekolah jalan kaki jer...
Sekrg ni, jarak rumah baru ke sekolah masih dlm walking distance, tp, lebih jauh sket la. Time sejuk2 gini...terpaksa la ayah anta/ambik naik keta... :).


Thursday, March 20, 2008

No 1 Plassey Grove dalam kenangan

...Lama plak tak update blog nih...belum dlm mood berblogging smula lagi la... :(.

Dah seminggu masuk rumah baru nih. Semalam kitorang anta kunci umah lama kat x-landlord, so dah rasmi la rumah tu jadi kenangan untuk kami sefamili...'baiti jannati' pertama kami kat ireland :).

Kak Aida n famili masih kat situ....kata Huda dan Fawwaz, 'dulu umah kita, sekrg dah jadi umah Syairi dan kakak Nana' :).

No 1 Plassey Grove dalam kenangan...


Ofis lama..... :).

Saturday, March 15, 2008

I'm back :).

Salam semua... :).

Tuan rumah dah balik... selamat bersua kembali :).
Dengan ini, secara rasminya dimaklumkan bahawa alamat 'rumah di alam nyata' tuan rumah ni telah bertukar dari No 1 Plassey Grove ke No 6, The Paddock.... 'Kehilangan' tuan rumah buat sementara waktu baru2 ni adalah atas urusan punggah memunggah, angkut mengangkut la... :). Hubungan dgn dunia intenet pun terputus la jugak buat sementara waktu.
Alhamdulillah sekarang hidup kembali normal, yg tinggal, sisa2 kerja mengemas barang2 ku yg bersepah2!!! waaaaa....




Sunday, March 09, 2008

Makluman :).

Halaman ini mungkin tak dapat diupdate untuk seketika...mungkin 2,3 hari...mungkin 2,3 minggu.. tak taulah, tengok keadaan la nanti camane ye..tuan rumah nak gi bertapa jap..


Kisah sebiji cili

Aku sebiji cili.. :). Aku lahir di sebuah rumah beralamat No 1 Plassey Grove. Aku tak pasti dari mana asal keturunanku. Yg aku tahu, ibuku diambil (dibeli :p) oleh tuan aku dari Oceanic Supply Ltd (kedai cina..... :p). Masa dlm kandungan ibuku (dlm bentuk biji ;p), adik beradikku tersangat la ramainye.... tp, tuan aku ni lupa nak ambik gamba, so, takde la kenangan dgn ibu dan adik beradikku yg lain.. :).

Bentukku bertukar daripada biji kepada anak pokok, yg seterusnya membesar menjadi pokok cili. Tuan ku sgt sayang padaku... setiap hari aku dibelai manja, lebih2 lagi apabila pokok mula berbunga, dan akhirnya wajah aku sebagai sebiji cili mula kelihatan :).


Inilah rupa pokokku yg terawal diambil gambar oleh tuan aku...


Wajahku ketika muda :).

Hari demi hari berlalu, ada makhluk semacam 'serangga' menyerang... sehelai demi sehelai daun2 menjadi kekuningan dan akhirnya gugur. Tuan aku sgt sedih. Mula2 sikit je serangga tu, lama kelamaan semua dedaun dipenuhi serangga ...dah tak mampu lagi tuan aku nak belek hari2 utk buang serangga tuh. Aku pun sedih, sakit rasanya apabila daun2ku digigit serangga perosak tu. Tp, apa nak buat, aku pasrah, kesian kat tuan aku :(.



'Serangga' yg bermaharajalela kat pokokku

Dalam kepayahan, aku terus survive :). Tuan aku hampir putus asa, bimbang kehilanganku sebelum sempat aku dewasa :). aku saaaaayang tuan aku! :).

Alhamdulillah, sempat juga aku membesar..... sehingga aku sebiji cili yg kecil menjadi masak ranum, kemerahan. Tuan aku sgt gembira :).


Rupaku setelah masak ranum :).



Ini kira adik beradik aku la...kitorang drp pokok yg sama...


Ni pun adik beradik aku jugak...


Suatu hari, tuan aku buat keputusan utk memetik aku drp pokok. Aku berdebar2.... kerana ku tahu saat itu, bahawa umurku semakin pendek. Tapi aku gembira kerana berjaya mengharungi segala kepayahan untuk membesar sebagai sebiji cili...dan yg penting juga, aku telah menggembirakan tuan aku :).

Dengan sekali lafaz 'bismillahirrahmanirrahiim...', oleh tuan aku, rasmilah aku tercerai daripada pokokku.... Terasa sebak, hampir menitis air mata (aku sebiji cili pon boleh menangis ke? hehhehe) , kerana aku bakal meninggalkan pokokku buat selama2nya. Walau apa pun, aku tetap berbangga kerana aku menjadi cili kesayangan tuan aku, sbb, akulah cili pertama hasil daripada 'projek tanaman cili' tuan aku... :).


Aku sebiji cili, posing atas pinggan tuan aku :).


Dengan lemah lembut, tuan aku bersihkan aku di bawah aliran air paip.... sejuuuk!... pertama kali aku merasai siraman air di tubuhku. Selama ni, tuan aku siram air kat pangkal pokok jer :).

Setelah itu, aku dibaringkan atas chopping board...aku tahu, masaku semakin suntuk...tp, aku tetap tersenyum bangga :).

Sekali lagi, dgn lafaz 'bismillahirrahmanirrahiiim', tuan aku memotong2 tubuhku....anehnya, aku tak rasa sakit pon, dan aku tetap tersenyum bangga :).


Aku yg dah pun menjadi potongan cili....


Selesai dipotong, potongan tubuhku dimasukkan ke dlm blender. Aku tertanya2...apa akan jadi pada aku selepas ini? Walau apa pun...aku tetap berbangga, kerana aku dapat berkhidmat untuk tuanku, sehingga akhir hayatku :).

Rupa2nya ada lagi kawan2 cili yg lain yg menyertai aku. Aku tengok tuan aku ambik diorang dari dlm peti sejuk. Kitorang semua dikumpulkan dalam blender. Lepas tu, tuan aku masukkan 2 jenis bahan warna putih...dan sedikit cebisan warna coklat yg kuat baunya. Aku dengar anak tuan aku bertanya... "apa tu ibu?" Tuan aku jawab... "yg putih ni, garam dan gula, yg coklat ni kita panggil belacan"...

Setelah itu, aku terasa dunia berputar2...dan aku terus tidak sedarkan diri....

Bila sedar.....


Fizikalku telah bertukar bentuk!! Aku kini menjadi sebahagian drp sambal belacan! Walau apa pun...aku tetap tersenyum bangga :).

Aku dan kawan2 dihidangkan di atas meja...Oooo...rupanya ada lagi makhluk lain bersama2 kami...

Gulai udang yg tuan aku masak...


Sekianlah kisah 'aku sebiji cili'....
terliur

Saturday, March 08, 2008

Tahniah rakyat Malaysia!!

Tahniah buat rakyat Malaysia yg bangun untuk perubahan!!

Panas....panas...panas..

Saat dan ketika ini, tgh syok duk intai2 result PRU ni..semangat berkobar2!! Hasben kije plak ari ni... berkhidmat untuk negara angkat nih..hehehhe... aku jadi tukang report, anta sms setiap kali ada latest result yg sempat ditangkap...sib baik sms voip cheap ni free.....hehehhe....

Hidup BA!!!! Takbiiir!!

Piknik di Killaloe

Weekend lepas, family day outing kami...sbb bos tak keje :). Ari Sabtu kami ke Clonakilty, ari Ahad plak ke Scariff dan Killaloe. Kami ke Scariff sbb dgr khabar kat situ ada carboot sale. So konon2nya pegi carboot sale la....Carboot sale ala2 Ireland gitu...tidak la sehebat carboot sale kat UK. ...hehehehh...

Lepas ke carboot sale, on the way balik Castletroy, singgah berpiknik kat tasik Killaloe... piknik ad-hoc... hheh..he..Sebenarnya, plan nak piknik kat pantai Clonakilty ari sebelum tu, tp, tak dpt sbb hujan. Punya la frust Huda dan Fawwaz...

Tgh tu, kebetulan lalu ikut Killaloe, jumpa spot menarik dan kebetulan jugak masa tu, lovely weather :). Nasib baik, ada bawak bekal makanan sket...dan brg2 budak3 tu pun ada lagi dlm bonet keta... so, berpiknik la kami sekejap tgh tuh... terbayar la hutang kat Huda dan Fawwaz...hehehehhh....


Hari raya 8 Mac 08

Dah pun tiba hari yg ditunggu2 oleh semua warga Malaysia yg cintakan keamanan dan kedamaian.... Tunaikan kewajipan dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab! Ya Allah, Engkaulah tempat mengadu dan memohon pertolongan, selamatkanlah Malaysiaku.....





Friday, March 07, 2008

Top Mom Blogs award for Jann


Award 'Top Mom Blogs' ni iu yg bagi.... nak bagi plak pada Jann. Jann ni ialah juniorku suatu ketika dulu.... :). Sudi2la ambik jann yer... :).

Wednesday, March 05, 2008

Sehari di Clonakilty

Weekend baru nih, kami ke Cork....destinasi utama, Clonakilty, West Cork...lebih spesifik, ke Clonakilty Model Railway Village :).
Hampir seharian di sana..... budak3 tu pon seronok, especially Fawwaz la, sbb Fawwaz tu peminat 'Thomas and Friends'... hehehe.. Tengok anak3 seronok, ibu ngan ayah dorang pon seronok gak la.... :).

traintraintraintrain
Ni video dan gambar2 kitorang kat sana ari tuh...nak download lagu tema 'Thomas and friends' nak buh kat video tu tak jumpa plak kat mana..... ni je la hasilnye... :).
*p/s; iu, impot imej train drp koleksi smiley iu...mintak izin ye :).


Clonakilty 1



Clonakilty 2


Homework lagi.... :).

I've been tagged again...by iu lagi... :). banyak beno iu ni bagi homework.... tapi tak pe ...sonok gak main tag-mengetag nih...heeehehe...hmmmm ...menarik juga tag kali nie... ada unsur2 ilmiah sket.

Let see how it is done.
Rules: (ada rules jugak..... :p)

1. Pick up the nearest book (of at least 123 pages)
2. Open the book to page 123
3. Find the 5th Sentence.
4. Post the next 3 sentences
5. Tag 5 people

Rule no 1~

Nak kena ambik nearest book, of at least 123 pages. Mmmmm...buku apa ye? Lama dah tak baca buku sebenarnye.... Toleh kiri, toleh kanan....mana buku yg tebal nih? Nampak buku ARGOS plak...hehhee... (kat Ireland/UK ada ARGOS, kat jerman ada tak iu? heeeheeh...)

Ni iu punya;
ok, i bacalah quran pages 123 and the 5th sentences

" Wanita - wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka."


ic.. mengenai isteri yang nusyuz.. menarik..

and then the next 3 sentences..

Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. dan jika kamu khuwatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam drp keluarga laki - laki dan seorang hakam drp keluarga perempuan.

* Hakam ialah juru pendamai.
Alamak...iu baca Quran...ummuwafi pon baca buku ilmiah gak...takkan aku nak bagi ilmu dalam buku katalog ARGOS kot.... page 123 dia ada banyak gambo jam jer....(maklum la buku katalog...hehhee)

Tak aci la...kensel buku ARGOS...pilih buku lain plak...hmmm... nampak la buku 'PENDIDIKAN ANAK-ANAk DALAM ISLAM (jilid 1)' karangan Abdullah Nasih Ulwan, terjemahan oleh Syed Ahmat Semat. Buku ni ada 2 jilid, ada sahabat hadiahkan 6 tahun dulu...'hadiah kawen'..eehehe... (dah 6 tahun pon belum khatam lagi buku tuh...ish..ish...)

Rule no 2~


Buka page 123

ok...dah buke...


Rule no 3~

Find the 5th sentence.

Ok...ni 5th sentence dia...

"Khitan itu sunnat untuk lelaki, dan suatu penghormatan untuk wanita."

(ni terjemahan daripada satu hadis, hadis tu ayat ke 4 :p)

Rule no 4~
Post the next 3 sentences


Para ulama Hadis telah mengatakan bahawa Hadis ini dha'if (lemah) dari tinjauan sanadnya, dan Hadis yang dha'if, sebagaimana yang telah termaklum pada ulama fiqh, tidak boleh dijadikan hujah dalam mengistinbath (mengambil sumber) hukum-hukum syariat. Kalaupun dikira juga bahawa Hadis itu sahih, maka maknanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan khitan dan memerintahkannya, jadi jelaslah ia menjadi wajib. Dalam bahasa Arab, Sunnat bererti Thariqah, yakni perjalanan.
Sambung sket lagi la... (wat kije lebih sket nih...hehehe) sbb nak cukupkan satu paragraph penerangan pasal hadis tadi.

Apabila dikatakan Sanantu-lahu yakni Syara'tu-lahu, yakni aku telah mensyariatkan baginya. Jadi sabda Rasulullah 'Al-Khitaanu sunnatun lil rijaali', sunnat di sini bererti syariat.



Hmmmm....pasal 'berkhitan' rupanya ...

Rule no 5~
Tag 5 people

Hmmm...ni yg susah sket...ok lah, mula2 nak tag Jann la jugak. Sudi la terima jann yer... hehehe..Jann lagi jadi org bertuah pertama terima homework ni...heheeh... 4 orang lagi kiv dulu yer....


hadiah

My 1st lucky friend for 'My Favalinks' award

Ha....dah jumpa dah sapa org pertama bertuah yg jadi pilihanku untuk kuserahkan award 'My Favalinks' ...heeehe... Dengan ini diumumkan the 1st lucky person ialah..jeng..jeng... JANN!!
Ok Jann yer...ambik la award tuh...buat la apa2 yg patut...hehee..kalau tak paham, refer
entry kat bawah ni yer...

Mmmm...sapa the next 4 yer?
smiley1

Award @ Tag My Favalinks

Dapat award lagi daripada iu nung jauh di jerman sane...mmm...kali ni award @ tag. Setakat ari nih, ada 2 tugasan yg nak kena selesaikan... mmmm...buat 1-1 la.. buat yg ni dulu ye iu :).

Here come the rules:- (macam nak start main game plak..hehhee..)
1. Blogger being tagged is to list out 5 of his/her favourite links. These links can be business links, favorite sites, affiliate links, whatever you want BUT must be clean and non X-rated sites.
2. Then, tag 5 bloggers to share the links.
3. Also, please link back to the person who tagged you.


********************************************************************************
Rule no 1~
Nak kena listkan favourite links..

yg ni iu punya:

a) http://khairaummah.com/ - website utk cari lebih pengetahuan dalam isu semasa dan lain2..
b) http://www.quranexplorer.com/quran/ - saya p gak site nie.. sbb suara orang ngaji dier sedap.. :)
c) http://imeem.com/ untuk cari lagu2 yang sedap utk letak kat blog..hihi
d) http://www.myresipi.com/ - selalu p sini gak utk cuba resepi2 yang tak tahu nak masak.. haha..
e)http://youtube.com/ - untuk tengok video2 menarik,isu semasa dll..

These are my favalinks.... (rule no 1 kata whatever link u want, kan? :P)


a) i & u Life Must go On (bagi kredit banyak2 sket kat iu...hehhehe)
b) TranungKite Online (ikuti perkembangan semasa tanah air dari kacamata pembangkang, source yg pelbagai....)
c) You Tube (tengok video/klip yg best2 la....)
d) Friendster (saja suka2...tengok gelagat org dlm frenster..hhhehe)
e) Utusan Malaysia Online (baca berita mesia dari kaca mata kerajaan yg perintah..)

Rule no 2 ~
Ok, now I would like to tag these 5 lucky person...


mmmm...sape yer?
kiv dulu la yg ni...ambik award dulu, buleh kan iu?..hehehehhh..


iu- ambil.. jangan tak ambil... eheheheeee
dah ambik la nih..dah gantung pon...


Rule no 3 ~
And I'll also link back to the person who tagged me - iu... http://iurf.blogspot.com (tenkiu iu, lagi extra kredit untuk iu .. heeheh..)

Monday, March 03, 2008

Huda's surprise for ibu

Ari jumaat lepas, balik dr sekolah, bila sampai rumah, Huda suh ibu tutup mata, ada surprise kata dia. Lepas tu, dia keluarkan satu kad drp beg sekolah...."special for you, ibu" kata Huda.. :).
Ni kad Huda buat kat sekolah untuk ibu..



muka depan kad Huda


bahagian dalam dia, lukisan abstrak Huda..kata Huda tu ibu ngan bunga... :).


poem untuk ibu... :).


Huda's handprint at the back of the card...