Weekend baru-baru ni kami sekali lagi berkunjung ke Dublin.. ke rumah seorang sahabat di Lucan, Dublin. Sambil2 tuh, kami sempat melawat ke ICCI (Islamic Cultural Centre of Ireland) di Clonskeagh, tak jauh dr Lucan.
ICCI ni pusat aktiviti Muslim kat Ireland .. main building dia kat situ adalah masjid la. Selain tuh, ada juga facilities lain... sekolah, dewan, restoren, padang...
Sampai sana dah lewat petang, sempat solat jama' zohor-asar kat sana. 1st time solat kat masjid yang proper, macam kat malaysia, sejak dtg ke ireland nih :).
Gambar atas tu dekat signboard kat pintu masuk ICCI.
Lagi bergambar dengan keta, berlatarbelakangkan bangunan masjid ICCI
Tunggu apa kat muka tangga tuh?..
Lagi posing depan tangga...
Lagi gambar kakak Huda, abang Fawwaz dengan adik Nabhan..
Sebelum ke rumah sahabat di Lucan tuh, kami ke Newbridge House, Donabate, Dublin. Cadangnya nak jumpa kat sana tapi tak jadi plak, sbb hari tu hujan. Tapi, kami dah terlajak ke sana, so, singgah la jap kat situ ambik2 gambar :).
Newbridge House adalah salah satu tourist attraction ...Ia adalah rumah agam lama, dikatakan one of the finest Georgian interiors kat ireland, dibina pada abad ke 18. Setiap ruang siap dengan original furniture sebagaimana keadaannya dulu. Surrounding rumah tu pun telah di-fully restored, ada traditional farm siap dengan farmyards animals,rumah pekerja ladang, bengkel carpenters dan tukang besi dengan dipamerkan alat2 lama yg digunakan.
Disebabkan masa pun masa tu dah suntuk, kami singgah dan pusing2 kejap je kat sekitar rumah tuh...
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).