Kat entrance dia...
Cliffs of Moher
Cerita tentang: jalan2 ireland
Sebuah kisah pilu....
Sekadar berkongsi cerita dgn kawan2...3 hari yg lalu saya menerima berita seorg sahabat, rakan sejawatan di Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan.. Dr Fairus Hisham, telah meninggal dunia, telibat dlm kemalangan di LPT... Saya tidaklah kenal benar dengan beliau secara personal, tetapi kerana pernah berurusan dgn beliau atas tugas2 menguruskan pesakit di hospital dan yg lebih penting kerana 'ukhuwwah islamiyyah' membuatkan saya begitu 'merasai' akan pemergian beliau... Rasanya, tak keterlaluan kalau saya kata, dulu, masa bertugas di A&E HTAA, 'kematian' adalah sesuatu 'yg biasa' saya hadapi... itulah 'manusia'.... bila 'terkena' org yg 'dekat' dgn kita... baru mula menginsafi... Ya Allah... ampunilah hambaMu ini..
Cerita tentang: tazkirah diri
Zuriat penerus perjuangan...
Cerita tentang: tazkirah diri
AL-FATIHAH
Cerita tentang: tazkirah diri
Kisah sang monyet...
Satu kisah utk pengajaran semua... terutama kepada yg belum pernah mendengar kisah ini..kalau pun dah dengar.. sekadar peringatan...
....ceritanya....
Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinyaterketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu.
Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang.Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.
Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu,tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .
Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, " Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa apa. Mungkin esok ada habuan."
Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.
Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong? "
Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!!
Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.
Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.
Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan,menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.
Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih dipelukannya.
Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.
Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.
Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawapulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kita?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.
Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.
Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.
Begitu lah ceritanya... walau apa pun status cerita ini..kisah benar atau tidak... yg penting, ambik pengajarannya... wallahua'lam...
Cerita tentang: yang menarik
Nabhanku sayang... happy 1st birthday
Gambar ultrasound Nabhan dan juga aksi2 Nabhan sekitar umur 3 bln sehingga setahun...
Cerita tentang: keluargaku
Happy 1st birthday Nabhan!
Cerita tentang: keluargaku
Resipi keropok lekor
Keropok lekor Ireland
Satu lagi makanan yg tak sangka plak boleh buat sendiri ialah.... kepok lekor :).
Setelah 5,6 bulan kat sini, tiba2 terasa rindu pulak nak makan kepok lekor... Kepok keping boleh impot(pos) ..kepok lekor mana buleh.. jadinya, gagahkan hati blajo2 buat kepok lekor la plak... terhasil la kepok lekor sebagaimana gambar kat atas tuh :). Nampak menyelerakan ke tak?...hehhe...
Kat atas tu, sos pencicah dia.. buat sendiri gak :). Selalu makan dengan sos cili yg beli siap je, baru2 ni terpikir nak buat sendiri, macam org jual kepok kat mesia tuh... Kiranya, percubaan pertama yg membuahkan hasil la tuh...hehhhe...
Ha.. ni la dia keropok lekor versi ireland. Guna ikan mackerel...yg fresh la... ikan sardin tu lah. Guna ikan mackerel, sbb, rasanya ikan tu je la yg paling hampir menyamai ikan yg biasa org guna buat kepok lekor... rasanya lah.. :) Cuma isi dia agak lembik, dan bau dia lebih hanyir. Tp, kira boleh la tu...
Nasi pulut gaul nyor
Home made dadih
Masa kat kuantan dulu,suka sangat beli dadih... biasanya kalau pegi pasar malam, mesti beli dadih..at least 2 cawan .... anak2 pun suka. Dulu, tertanya2 jugak, camane la agaknya buat dadih nih...tp, disebabkan senang sangat nak dapatkan dadih nih ....tak pernah ambik pusing pun cara nak buat camane...
Tapi, bila duk kat ireland nih, mana nak cari org jual dadih. Lupa la kepada dadih seketika sehingga suatu hari ada bincang ngan housemate, kak aida, cara2 nak buat dadih.... la... rupanya senang sgt!
Sebenarnya ada byk versi cara nak buat dadih nih... my resipi ni dadih simple je la...
Ni ingredients:
Agar2 (diimpot dr Malaysia) ~kalau tak silap sepaket 20g
10 cawan air
14 cawan susu segar (kat sini senang dan murah nak dapat fresh milk)
18-20 sudu gula (boleh lebih atau kurangkan ikut selera)
Perasa/pewarna kegemaran
Cara2 nak buat...
Macam nak buat agar2, mula2 panaskan air utk melarutkan agar2. Bila agar2 dah larut, masukkan gula, then, masukkan fresh milk. Kacau sikit2 atas api. Lepas tu masukkan perasa/pewarna kegemaran.... Maknanya, kalau nak byk perasa, asingkan dahulu sblm dicampur perasa.
Bila dah siap, masukkan dalam cawan plastik kecik2 dan sejukkan dalam peti ais.... lebih sedap dihidang sejuk...
Saya biasa buat perasa pandan, jagung,milo dan bandung... Sedapp!!! hehhe... Kepada penggemar dadih, boleh la cuba!!
Hibiscus Asian Store, Dublin
Kunjungan kami ke Dublin baru2 ni sekali lagi membawa kami ke Hibiscus Asian Store, sebuah kedai milik penuh seorang muslim melayu malaysia. Lokasinya di Lucan, Dublin. Lebih kurang 3 minggu lepas, kami dah ke sana, dah masuk dalam post sblm ni crita tu rasanya, tp, masa tu lupa nak ambik gambar.
Pemilik kedai ni, Abang Man, kiranya perintis la dalam bisnes malaysian products di ireland nih...
Promosi sikit.... utk maklumat lanjut, sila visit www.manmatrading.com
Cerita tentang: jalan2 ireland
Sepetang di ICCI
Weekend baru-baru ni kami sekali lagi berkunjung ke Dublin.. ke rumah seorang sahabat di Lucan, Dublin. Sambil2 tuh, kami sempat melawat ke ICCI (Islamic Cultural Centre of Ireland) di Clonskeagh, tak jauh dr Lucan.
Lagi bergambar dengan keta, berlatarbelakangkan bangunan masjid ICCI
Tunggu apa kat muka tangga tuh?..
Lagi posing depan tangga...
Lagi gambar kakak Huda, abang Fawwaz dengan adik Nabhan..
Newbridge House adalah salah satu tourist attraction ...Ia adalah rumah agam lama, dikatakan one of the finest Georgian interiors kat ireland, dibina pada abad ke 18. Setiap ruang siap dengan original furniture sebagaimana keadaannya dulu. Surrounding rumah tu pun telah di-fully restored, ada traditional farm siap dengan farmyards animals,rumah pekerja ladang, bengkel carpenters dan tukang besi dengan dipamerkan alat2 lama yg digunakan.
Cerita tentang: jalan2 ireland