Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya. Tapi, tempias raya masih terasa. Tahun ini adalah tahun terakhir kami sekeluarga beraya di perantauan. InsyaAllah, jika diizinkanNya, tahun depan dapat la kami beraya di samping sanak saudara dan sahabat handai di tanah air.
Bagi saya dan suami, Syawal di perantauan tahun ini lebih 'meriah' dan lebih seronok berbanding 2 tahun sebelum ni. Mungkin kerana tahun2 yg berlalu membuatkan kami 'lebih bersedia' beraya tanpa keluarga dan sanak saudara di sisi. Atau mungkin juga, kerana ini adalah raya terakhir di perantauan, maka kami menghayati sepenuhnya raya di tempat orang ni.
Kenangan raya 1 Syawal 1430 H....
Sekeluarga di pagi raya....
Teratak kami menjadi tempat berkumpul. Hidangan yg sederhana, kami berkongsi menyediakan juadah untuk santapan bersama di pagi raya. Walaupun jauh daripada saudara mara, tetap meriah beraya bersama kawan2 seperjuangan
Kebetulan, ibu dan ayah salah sorang kawan kat sini datang menziarah dan beraya di sini, dapat la juga merasa ada orang tua bersama.
Sessi bergambar di luar rumah pula....
Baby dan kanak2. Budak2 sangat seronok bila dapat berkumpul ramai2...
Kemeriahan 1 Syawal berterusan ke petang. Kami dikunjungi rombongan tetamu dari Dublin. 2 kereta datang. Seronok sangat! Terima kasih Aida +Adi, Raihana, Ika, Ida, Sue+Fendi dan Aqida+Izwan, serta Afiq.
Raya tahun ini sangat bermakna
6 comments:
salam hari raya utk kin sekeluarga.nampak mcm best je,kwasan rmh pun sekali pandang mcm suasana kampung siap ada buaian ngan pokok2 lagi.kalu dpt join lagi best...
bila balik mesia nnt,tentu kin merindui saat2 berada di luar negara pulak,kan..
Rasailah sepuas2nya suasana hari Raya terakhir ni di sana... lepas ni pasti Raya di msia lebih bermakna & dihargai... tak spt kami... perasaan tu takde perbezaaan sgt... tiap2 tahun sama jer...
psst... Sha suka tgk kakak Huda.. nmpk sweet n baik jer...
dulu ber-5. tahun ni beraya ber-6, musti lebih meriah :) & kin pon dah cemerlang masak-memasak.. hehe
salam aidilfitri kin. meriahnya... seronok kakchik tengok suasana kin berhari-raya di sana. teknik letak gambar pun menarik. kin guna software apa ya utk edit?
Bonda, salam aidilfitri juga drp kami sekeluarga di sini. Alhamdulillah, raya tahun ni best :). meh la mari beraya ke sini, dang lgi nih!
kak kam, tu la,biasanya kita akan lebih hargai dan kenang situasi yg telah kita tinggalkan. Ya lah...semua ni akan tinggal kenangan je la suatu hari nanti.
Sha, tu lah... pengalaman tinggal kat tempat org, once in a life time. mungkin takde peluang sebegini lg pada masa2 akan dtg ....Hahhah... Huda tentu kembang semangkuk kalau tahu ada org puji dia..hehhe...Tu tgk gamba je sha, bukan tuan dia. Kalau tgk tuan dia, dah jadi lain la plak! hehhe..;).
Abu asyraf, tu la,,'meriah' lebih2 la pulak bila ber6! hehhe..
kak chik, salam aidilfitri juga drp kami sekeluarga. Alhamdulillah raya kali ni ok sikit berbanding 2 thn sebelum nih. Saya guna shutterfly, kak chik.
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).