Sunday, January 03, 2010

Macam-macam hal


Hidup memang tak pernah sunyi daripada masalah. Itulah resam hidup. Ada masalah kecil, ada masalah besar. Setiap masalah pasti ada titik mula, dan pasti juga ada titik akhirnya; iaitu penyelesaiannya. Cumanya, kadang2 kita tak boleh jangka, di mana titik mulanya masalah tersebut. Dan, kadang2 juga kita buntu untuk mencari titik akhirnya. Jadilah kita teraba2 sepanjang berada dalam masalah tersebut.

Apa yg dibebelkan ni ya? Hehehhh... Tuan rumah ada masalah ke?

Ya, bermasalah sikit kebelakangan nih...hehehh..bukan masalah besar pun. Masalah dengan internet ni ha. Kebelakangan nih, broadband kat rumah ni seperti bermasalah. Banyak masa yg k-o berbanding dengan yang o-k. Susah benar untuk online kebelakangan nih. Internet connection seperti 'ada' tetapi tiada data transmission. 2,3 hari kebelakangan ni je boleh online sekali sekala, itupun dalam keadaan yg lembap. Harap2 akan makin ok selepas ni.

Ini coretan pertama di tahun baru 2010. Selamat tahun baru 2010 buat semua. Sudah beberapa hari bertangguh entri ini kerana masalah internet. Tak pe lah, orang putih kata ~ 'better late, than never' ..hehe..

Hari ini 030110. Esok 040110. Tahun baru menjelang, bertambah lagi angka usia. Semakin berusia, harapnya semakin 'dewasa' lah seiring dengan usia. Walaupun usia makin meningkat, tapi di hati tetap terasa muda.


Ulangtahun yg ke berapa ya? Mmmm..kalau dipanjangkan umur, lagi 17 tahun akan genap 50 tahun! Phuhhh!!!

Salam tahun baru 2010,


7 comments:

eeeda said...

Seronoknya buat kali pertama jadi pengomen yg pertama utk n3 nie....
Selamat Tahun Baru.... segalanya baru dan yang lebih penting hari nie umur pun baru....
04 jan ari nie.... selamat ulang tahun kelahiran semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya...

Tirana said...

Selamat tahun baru dan selamat hari jadi..tadi dah wish di FB..hehehe

Tie said...

Selamat hari lahir Kin... waa..sama tarikh lahir dengan anak kedua Tie.

nurindah said...

Salam kak Kin,
Lama tak singgah sini. Happy 33th Birthday, ya kak. Moga panjang umur, murah rezeki, dan gembira di samping kuarga tersayang.

Sasha said...

Selamat Hari Ulang Tahun... Moga ditambahkan nikmat kehidupan yg bahagia berkekalan buat Kin..

p/s:moga kita terus berkawan wlpun jrg2 dpt online

kin hashim said...

terima kasih eeeda, kak tirana, kak tie, nurindah dan sasha. Semoga kita sama2 dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. terima kasih masih sudi ziarah ke sini, walaupun jarang2 ada kunjungan balas dari sini :).

Kamsiah yusoff said...

tak kira la berapa pun usia....semoga umur yg ada diberkati..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).