Friday, October 16, 2009

Diet?

Hari ini sudah masuk 28 Syawal 1430H. Sudah di penghujung bulan raya. Bulan yang penuh dengan acara makan2. Penuh dengan undangan rumah terbuka sempena hari raya. Tapi di sini tidaklah semeriah di negeri sendiri. Khususnya di Limerick nih, suasana raya dah lama pun berakhir, walaupun masih dalam bulan Syawal.

Ramadhan tahun ini sudah hampir sebulan meninggalkan kita. Kini Syawal pula semakin menginjak ke hari2 yang terakhir. Alhamdulillah, tahun ini dapat menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Semoga diterimaNya segala amalan yang tak seberapa itu. Dia berikan juga kesempatan utk melunaskan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, walaupun sudah di hujung2. Alhamdulillah.

Berbicara soal puasa, secara tak langsung terasa dekat dengan persoalan 'diet'. Tidaklah diniatkan berpuasa kerana ingin 'berdiet', tapi mengambil manfaat puasa untuk kemaslahatan kesihatan tubuh badan. Kita semua sedia maklum, bahawa selain daripada kita berpuasa kerana ianya satu perintah daripada Allah Yang Maha Kuasa, sebulan Ramadhan itu adalah masa untuk tubuh badan kita, terutamanya bahagian perut dan salur pemakanan melalui fasa 'diservis' setelah 11 bulan bekerja keras. Sewajarnya kita menggunakan peluang ini sebaik2nya.

Tapi realitinya mungkin tidak jadi begitu. Siang hari perut kita berehat seketika, bila tiba masa berbuka...nah! segala macam mahu diasak ke dalam ruang yang sempit itu. Kalau pun berjaya dikawal sebulan di bulan Ramadhan, perut kita kembali bekerja keras sebaik fajar Syawal menyingsing. Bulan Syawal...bulan raya...bulan acara makan2!

Habis 'diet' sebulan! hehhhe...


Di bulan Ramadhan, sesekali saya pijak juga kotak putih yg ada garis2 bernombor macam dalam gambar nih. Manalah tahu dapat berkurang angka KGnya...hehhe.. Al-hasilnya, setelah beberapa hari dan walaupun semakin ke penghujung Ramadhan, hanya berkurang 1 garis je = 1kg je! Itupun balik semula ke angka asal bila tiba raya!

Hmmm...sejujurnya saya tak pernah 'berdiet' secara serius. 'Diet' dalam erti kata mengawal pengambilan makanan secara tegas. Saya seorang yg berselera bila makan, dan tidak cerewet dalam memilih makanan. Jadinya, saya akan makan apa2 yang saya rasa nak makan tanpa berfikir panjang tentang risiko 'menjadi gemuk' kerana makan banyak. Cumanya, seboleh yang mungkin, saya cuba pastikan mengambil semua zat-zat yang diperlukan. Yang jadi masalah, kuantiti ~ biasanya berlebihan! Untung badan tidak cepat naik...heheh..Tapi tu di zaman anak dara, dan zaman sebelum beranak pinak la. Bila usia makin meningkat, dan sudah ramai anak nih, lain la ceritanya.... makin 'berkembang' dengan jayanya!

Nak jadikan aktiviti bersenam satu rutin alahai beratnya! Tabiat pemakanan pulak tak berubah. Kadang2 suami pulak yg tolong ingatkan supaya kontrol makan...bimbang bini dia jadi gemuk! hahhaha...

P/S ~ Semoga Allah swt menerima ibadah puasa kita dan mengurniakan kita kesihatan tubuh badan yang sempurna supaya dapat kita menambahkan lagi amal ibadah kita kepadaNya.

***semua gambar ~ ihsan google

9 comments:

Unknown said...

salam kin.

dlm hidup kakchik takde istilah diet untuk kurus tapi diet utk sihat, hehe. alhamdulillah sebelum, semasa dan selepas Ramadhan, berat kakchik masih di tahap yang sama. banyak jemputan majlis raya, (hari ni pun ada satu, yg terakhir la kot)tapi kakchik makan ala kadar je w/pun terliur mcm2. perut sendiri yg bagi warning klu dah nak sampai limit. makan untuk hidup...

p/s: kakchik suka la kartun2 tu

kin hashim said...

W'salam k chik :). K chik memang tak payah pikir takut gemuk..hehhee..k chik memang kecik molek sejak dulu lagi kan..hehhe..

Syuhada Kamal said...

salam kak kin,

sy pun lepas bulan puasa turunla sket berat tp pas ry berat semcm je rase, takut nk timbang, hehe..sy sll plan nk diet tp tak istiqamah coz mudh sgt tergoda ngan mknn..hehe

ibu_umairah said...

betul itu cakap u....bab makan kalau raya ini,jgn cakap lah memang lula bab diet.......pas ini moh la kita mengamalkan diet sama2...hee.hee.ee

kin hashim said...

Syuhada, apa2 pun, biar sihat la no 1, gemuk sikit tak pe la..hehehhh..

ibu_umairah, diet seadanya cukup la..hehehhh..

wfaiziah said...

soalan cepu emas..berapa kilo kilo kin sekarang?heheh...BMI berapa?

kin hashim said...

60kg wan...hehehhh..BMI normal lg, tp silap gaya boleh cecah overweight...hehehhh..

Sasha said...

huhuhu... naik naik berat badan punyalah senaaaang sgt.... takyah usaha teruk2 pun naik... tp nak turun sekilo kena usaha yg gigih ... berpenat lelah...

Sha baru nak mulakan diet/exercise.... harap2 berjaya... Jom kita sama2 buat!!

kin hashim said...

Sha, tu yg susah nak bg komitmen tuh! hahahahh..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).