Monday, October 19, 2009

Cerita Pari-pari Gigi

Gigi susu kanak-kanak, berjumlah 20 batang.


Pernah dengar cerita tentang 'Pari-pari Gigi?' Janggal je bunyinya 'Pari-pari Gigi'...hehhe..mungkin lebih enak disebut 'Tooth Fairy', lebih kena bunyinya. Disebabkan dongeng tentang 'Tooth Fairy' ni asalnya dari Eropah, jadinya terjemahan 'Pari-pari Gigi' tidak begitu komersial di kalangan masyarakat melayu, barangkali.




Saya juga sebenarnya baru je mengetahui tentang dongeng 'Tooth Fairy' ni. Itupun bila disebut oleh anak-anak. Maklumlah, anak sulung semakin menginjak usia. Dengan pengaruh kawan2, buku2, tv dan internet, semakin luas pengetahuan dunia kanak-kanaknya. Dunia kanak-kanak zaman sekarang, yang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak kita dahulu.

Ringkasan ceritanya begini...

Bila seorang kanak-kanak kehilangan gigi susunya yg pertama, gigi itu diletakkan di bawah bantal ketika hendak tidur. Pada malamnya, Tooth Fairy akan muncul untuk mengambil gigi tersebut, dan sebagai balasan akan digantikan dengan duit syiling sebagai hadiah untuk si kanak-kanak tadi.

Menarik juga buat seorang kanak-kanak, kan?

Cerita tentang Tooth Fairy ini sudah wujud berkurun-kurun dahulu, dikatakan berasal dari Eropah. Sebenarnya asal-usul cerita tersebut, adalah satu usaha ibu bapa untuk memujuk si anak yang baru kehilangan gigi susu mereka. Supaya si anak merasa 'redha' dan tidak 'trauma' dengan kehilangan tersebut. Ketika si anak tidur, ibu bapa mengambil gigi tersebut dan menggantikannya dengan duit syiling. Keesokannya, diberitakan kepada si anak bahawa Tooth Fairy telah datang mengambil gigi tersebut.

Idea entri kali ini sebenarnya disebabkan oleh perkembangan terkini Kakak Huda yang mula tumbuh gigi baru . Baru mula nampak sebatang pada gigi hadapan, tp gigi yg ada tu belum lagi bergoyang. Dah beberapa kali dia ceritakan perihal gigi kawan2 dia yg sudah pun bergoyang dan jatuh gigi mereka. Dia seperti menunggu2 bila la pula giliran dia...hehhe..

Oooh....anakku semakin dewasa...


Kredit ~ Dr Smiles kit ( Free Digital scrapbooking)



11 comments:

Unknown said...

Najihah pun sekarang asyik komplen gigi goyang saja, 4 bulan lepas dah cabut sebatang, semalam komplen goyang pulak sebatang lagi.. ish.. seriaulah gi klinik gigi, bunyi mesin tu tak tahan!!

nurindah said...

Salam kak kin,

Saya seriau nak masuk kinik gigi. Dpt info ni, tingat gigi bongsu suami yg kena cabut beberapa bulan lepas. pastu...sakit manjang.

kin hashim said...

Jie, nabihah meraung dok kena cabut gigi? hehehehh..

nurindah, gigi bongsu biasanya kedudukannya tersorok sikit dan susah nak cabut biasanya..tu yg sakit lama kot. Tak pe, lama2 oklah tuh.

Tie said...

Kak tie biasa dengar cerita tooth fairy ni sejak kecil lagi.. tapi tak pulak terpengaruh.

Kak tie takut cabut gigi. Dulu pernah cabut gigi geraham, sakitnya bukan kepalang..2 minggu merana. Sampai sekarang dah serik. Biarlah tak cabut gigi. Kalau sakit telan pain killer je.

kin hashim said...

Ye ke kak tie? hehhe...masa kecik2 dulu, mak saya tak pernah pulak cerita pasal tooth fairy nih. Saya pun tak ingat apa berlaku ngan gigi susu pertama yg jatuh tuh..hihih..

Tie said...

Eh..kak tie ni kuat tengok tv masa kecik. Suka tengok sesame street. Agaknya cerita tu dari situ, kot.. Tak ingat pulak.

kin hashim said...

Saya masa kecik2 tak suka tgk sesame street tu, sbb tak brape faham dia cakap...hehhe..

Kamsiah yusoff said...

gg susu..akak biasanya cabut sendiri gg susu anak2 yg nak tertanggal...

kin hashim said...

Iye kak kam..berani k kam eh..hehhe..anak saya nih..tak tahulah, blm goyang lagi.

Sasha said...

Baguslah info yg Kin buat ni... Sha suka n nak follow cara Kin berblogging... pendekatan yg menarik n penuh maklumat berguna...

Tahniah utk adik Huda! itu tandanya kakak dah besar... dah tak bloeh nangis2/ ngada2... kena tunjuk teladan yg baik pd adik2...

kin hashim said...

Sasha, tak de apa info sgt la. Kongsi sikit2 cari kat google je..hehhe..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).