Monday, August 31, 2009

31 0gos lagi... 11 Ramadhan...


Buat ke sekian kalinya, 31 Ogos tiba lagi. Selamat hari merdeka buat negaraku tercinta! Ini kali ke 3 kami sekeluarga melalui detik 31 Ogos di perantauan. Walaupun jauh di rantau orang, Malaysia tetap di hati kami.

31 Ogos tahun ini juga bersamaan dengan hari ke 11 umat Islam di sini melaksanakan ibadat puasa. Sedar tak sedar, Ramadhan pun semakin menghampiri ke tempoh pertengahan. Bagaimana status ibadat puasa kita agaknya? Mudah2an diterimaNya. Sisa-sisa ramadhan yg masih berbaki, harapnya dapat la kita semua mempertingkatkan lagi ibadat kita.

Selamat hari merdeka buat semua warga Malaysia, di mana sahaja berada. Merdekakanlah jiwa kita!



4 comments:

Tie said...

Wah....kin dok jauh pun patriotik juga, ya... hehe..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari kebangsaan...

Kamsiah yusoff said...

sambutannya sederhana ja kin...
kebetulan bulan puasa
ditambah pulak dgn wabak HINI..

Unknown said...

salam ramadhan dan selamat hari merdeka kin.
mohon maaf bebanyak sebab kakchik dah agak lama tak ziarah kin di blog. macam-macam ujian di bulan ramadhan ni kin sampai kakchik pun hilang mood untuk jalan-jalan. apapun, kakchik doakan kin sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat banyak ganjaran dari-Nya.

kin hashim said...

Kak tie, mesti la...tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain..hehhe..

Kak kam, baguslah tuh...itu yg sebaik2nya.

Kak chik, terima kaish kak chik. Saya pun dah lama tak singgah blog k chik...sama lah..hehhe..kurang mood berblogging sekrg nih..
selamat berpuasa juga utk kak chik sekeluarga :).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).