Friday, August 14, 2009

Laksam Limerick

2 minggu lepas, kami kat sini menerima pertambahan satu lagi keluarga Melayu (yg melanjutkan pelajaran) di Limerick. Aisyah sekeluarga. Jadinya, sekarang ni ada 4 keluarga melayu (keluarga pelajar, tidak termasuk golongan bekerja) di sini.

Semalam jemput kawan2 kat sini makan pagi di rumah kami. Sekali sekala. Bukan ramai pun kawan2 kat sini.

Menu utama kali ini ialah laksam, hidangan yg terkenal di negeri pantai timur. Menu sampingan ialah keropok lekor.


{Kredit ~ The wired garden kit, daripada Rebecca}


Ada kawan yg tanya resipi untuk laksam, jadi di sini disertakan resipi dan cara2 membuatnya;

Bahan utk buat laksam dan kuahnya:
  • tepung beras
  • sedikit tepung gandum
  • air secukupnya
  • ikan ~ rebus dan hancurkan isi ikan
  • santan
  • lada hitam (dikisar)
  • bawang merah/bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • sayuran untuk ulam-ulaman
Cara nak buat :
  1. Untuk laksam, bancuh tepung beras dan tepung gandum dalam air yg secukupnya. Biar bancuhan tu cair, bukannya pekat. Masukkan secubit garam.
  2. Isikan sedikit bancuhan dalam bekas yg leper dan kukus sehingga masak. Pastikan ianya nipis, supaya mudah digulung.
  3. Bila masak, biarkan sejuk sedikit, kemudian gulung.
  4. Buat berulang kali sehingga bancuhan habis.
  5. Untuk kuah, kisarkan bawang dan halia, serta isi ikan.
  6. Masukkan bahan kisar tersebut, lada hitam dan garam secukup rasa ke dalam santan, masak sehingga agak pekat.
  7. Hidangkan laksam bersama dengan sedikit cili merah dan belacan (kalau suka), serta limau nipis...juga, jangan lupa ulam-ulaman.
*Kuantiti bahan2 yg saya gunakan adalah diubahsuai mengikut kesukaan sendiri.
*Saya menggunakan 2 sudu besar tepung gandum untuk 400g tepung beras.
*Kuantiti air ~ agak2 je, cuba masak dulu sedikit utk tengok keseseuaian.
*Boleh tengok sini kalau nakkan kuantiti bahan yg disyorkan.
*Laksam yg saya buat tu pendek, sbb tu tak dipotong. Maklumlah pengukus yg ada kecik comel sangat...tu je yg ada..hehhe..
*Kalau ada yg berminat untuk resipi keropok lekor, boleh tengok kat sini.


r

12 comments:

Zuri@ni said...

Sedapnya laksam...lama doh x makan nie k.kin :D ari tu balik masa abang kawin, nak beli kat pasar pagi tu tp x dang, habis :(

Tirana said...

Sedap tu laksam..Dah lama tak makan.. Selalu buat laksa penang aje..

eeeda said...

Makan sedap dimakan...dan cukup rumit untuk dibuat...susah nak jumpa....

Kamsiah said...

dah lama tak merasa laksam yg sedap...kat kedah ni ada gak tp tak sesedap kelantan punya...

kin hashim said...

Zue, kalau rasa gatal tgn, bawak2 la buat sendiri laksam tuh! senang je tuh..hehhh..

Kak tirana, org kl pun suka laksam gak ker? ;).

Eeeda, memang sedap! kena dgn selera org pantai timur nih..! nampak cam rumit, tp bila buat, takde la serumit yg disangka. Kalau nak tau, cubalah! hehhh..

Kak kam, mana nak sama ngan tempat asal dia. Kalau k kam buat, tentu sedap macam yg ada kat kelantan..maklum la, air tgn org kelate! ;).

azraa said...

kak kin, tepung beras dan tepung gandum tu beli di mana? sy tgk di supermarket semuanya sama aje, plain flour semuanya setakat ni.isk2..

kin hashim said...

Tepung beras boleh beli kat kedai cina. Kadang2 ada juga rice flour kat dunnes/tesco, tp, rice flour tu tekstur dia kasar sikit, macam kita blend beras sendiri je. Tepung gandum tu plain flour la. tapi, make sure plain flour yg 100% plain flour (tgk kat ingredient dia), sbb ada sejenis lagi plain flour yg ada campuran sod bicarb. Yg tu tak sesuai, sbb ada macam 'penaik' sikit.

Sasha said...

aahhhh!! penat naip panjang2... error lak...

laksam ni my fav masa dok terengganu 10 thn dulu... kin buat sndiri ke kopok lekor ni?... tabik kat kin... hehe... baguslah dah smkin ramai kawan melayu yg ada kat sana... taklah kesunyian...

atty's said...

selamat menyambut ramadhan ..

Faridrashidi.Com said...

Macammana nak buat laksa beras?

kin hashim said...

Sasha, penah tinggal kat t'ganu? camane? bes tak? hihhhh..hi

kak ty, salam ramadhan juga daripada kami di Limerick nih.

Farid, tak tau la buat laksa beras, tak penah buat. Lagipun, dia kena ada acuan, kan?

kayteeze said...

Ooo....kak tie suka makan laksam, tapi tak pernah buat sebab anak2 kurang minat. Kak tie buat laksa je...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).