Thursday, August 06, 2009

Nisfu Sya'ban 1430H

{Kredit ~ Space mini kit, daripada Scrappy Cocoa }

Malam ini malam nisfu Sya'ban. Sekejap je masa berlalu. Serasa seperti baru semalam sahaja Ramadhan tahun lalu meninggalkan kita. Kini Ramadhan tahun ini pula bakal menjelma, dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi.

Bagi sesetengah golongan, malam nisfu Sya'ban ini sinonim dengan amalan2 tertentu yang diamalkan pada malam tersebut. Bagi sesetengah golongan yang lain pula, dikatakan banyak amalan khusus yg dikaitkan dengan malam nisfu Sya'ban tersebut adalah bid'ah, kerana bersandarkan hadis yang lemah.

Entri ini tidak bertujuan untuk membicarakan tentang Nisfu Sya'ban secara khusus, kerana diri ini bukanlah orang selayaknya untuk berbicara soal itu. Di zaman capaian maklumat di hujung jari ini, boleh sahaja dicari ilmu tentang ini di ceruk2 mana. Tetapi ilmu2 tentang hadis ini bukanlah sewenang2nya boleh diketahui atau dipelajari begitu sahaja. Kerana di sana, timbul pula isu tentang hadis palsu. Semoga pencarian kita akan menemukan dengan ilmu yg tidak akan memesongkan akidah dan kepercayaan kita.

Berbalik kepada tujuan entri ini, sekadar mengingatkan diri sendiri tentang kehadiran yang semakin hampir, bulan yang mulia, Ramadhan kareem... Semoga Allah swt akan mengizinkan kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini, dan sama-samalah kita mempersiapkan diri kita untuk menyambut Ramadhan dengan sebaik2nya. Mudah2an...amiin...



6 comments:

Anonymous said...

Tukar buku baru, ya...

Tak lama lagi nak sambut puasa, hmm...mesti seronok berpuasa di Ireland...

kin hashim said...

Ye la kak tie, cepat betul masa berlalu. InsyaAllah kali ni puasa terakhir kat temapt org nih.

Muhd Suhaily said...

Setiap yg diturunkan mempunyai pengertian sendiri. Harap kita semua dapat melakukannya dengan sempurna.

Faridrashidi.Com said...

Perkara yang mengingati Allah tidak ada masalahnya jika diteruskan.. asalkan tidak melanggar batas syara'.

eeeda said...

Puasa di tempat org... tak merasalah nak meronda petang2 cari juadah berbuka kan..

Sasha said...

Sha pernah dgr pasal Hadis nisfu syaaban tu... byk yg kata hadis palsu...

Sha hanya tumpukan pada hadis yg shahih & dai'f yg dah diiktiraf je... yg lain2 kalau tak bercanggah ngan akidah, tapis2 jugak lah utk diterima pakai... tp hadis palsu sha tolak takut2 berdosa...

moga akidah kita tak terpesong...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).