Sunday, March 11, 2007

Milford Health Centre





Hari Jumaat 9/3 baru2 ni, kami ada appointment kat Milford Health Centre untuk developmental assesment Nabhan. Bangunan health centre tu kecik je... terletak dalam kawasan Milford Hospice.. hospital utk terminally ill patient. Masa mula2 pegi situ dulu.. tak perasan pun bangunan yg 'seco-ek' tu la yg kami nak tuju. Gambar yg kat atas sekali tu la dianya klinik tuh.. comel je :). Dalamnya biasa jer... tak berapa teratur pun... lawa lagi sesetengah klinik desa kat malaysia...hehehheh... ada la ruang menunggu dgn background poster2..etc.. dan ada la sikit sebanyak pamflet kesihatan...

Milford Health Centre ni kira macam KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) kat Malaysia la.. atau pun, kalau kat kawasan lagi kecik, klinik desa la. Dalam masa yg sama ada jugak dia handle urusan spt permohonan medical card utk penduduk2 sekitar. Kat sini, 'sistem' berkaitan urusan kesihatan sedikit berbeza ngan kat malaysia. Kat Malaysia, ada klinik kerajaan, ada klinik swasta... as well as ada hospital kerajaan dan hospita swasta. Suka hati la nak pegi mana....

Kat sini, setiap family kena ada GP (General Practitioner) masing2.... Apa2 masalah kesihatan kena pegi ke GP, before being decided to be referred to hospital... kalau purely emergency, yg tu lain crita la..macam accident teruk ke.. hantar ke casualty.... nak bersalin ke.... pegi maternity hospital la....

Kat GP, jumpa dr plak.. of course la bu
kan free. At least ada consultation fee... lepas tu, kalau kena ambik ubat, dr akan prescribe ubat, then, bawak prescription tu ke farmasi utk beli ubat pulak...It seems that golongan yg tak berduit macam dinafikan hak utk mendapat rawatan perubatan. Tapi, sebenarnya tidak... walaupun sistem diorang camtu, kerajaan sini tak lepas tgn. Ada konsep 'medical card'.... Orang yg ada medical card, boleh dapat perkhidmatan GP dgn percuma... Sapa2 yg memenuhi kriteria, boleh memohon utk medical card tuh, termasuk la foreigner, cam kami nih.. kami pun dalam proses memohon medical card ni la... :).

Walaubagaimana pun.... kat ireland nih, urusan berkaitan anak2 eg; imunisasi dan maternity-antenatal dan postnatal adalah percuma... so, kami setakat ni tak de masalah la sebenarnya.. sbb ke GP utk injek Nabhan ari tu pun percuma je.. dan lagi, sini ada kenal ramai la jugak dr2 melayu yg keje kat sini, so, kalau ada apa2 masalah consult kat diorg je :).

Back to cerita Nabhan...So, that day, Nabhan was assesed by so called Area Medical Officer, Dr Caroline Moloney.... Dr tu dtg waktu tu je.... hari2 lain, nurse yg incharge kat health centre tuh. Nabhan masa tuh masih tak berapa sihat.. demam dia dah baik, tp, masih batuk2 dan selsema... hidung berair je.. Overall developmental assesment nabhan kira ok la... except for hearing of left ear, ada sikit kurang... tp, mungkin sbb nabhan selsema.. mungkin sbb congestion... so, nabhan diberi lagi appointment dalam masa sebulan utk reassesment for confirmation.. Insya Allah ok la tuh..



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).