Weekend baru nih, kami orang limerick menerima kunjungan daripada 'sedara2' dari dublin.. Ada 2 family dtg jalan2 melawat kami; Kak Tuti sekeluarga dan juga Kak Tini sekeluarga.. Kak Tini, baru lepas pantang, baby dia baru 2 bulan... Meriah la rumah kami weekend baru nih, sbb ada 4 family, dgn 12 kanak2! Tgh Ahad diorang sampai, stay 1 malam, then bertolak balik smula ari isnin(bank holiday, St Patrick day) Sampai je... rehat2 kejap, then menjamu selera... lunch... yg dibawa khas dr dublin!... siap bawak dgn periuk besar lagi!
Petang tuh, kami bawa diorang jalan2 ke rumah Kak Salmi & Khaironi (Kawan seangkatan zali kat UL :). tu je pun 4 org warga melayu kat UL...) Lepas tu gi ziarah rumah dr Ajis, tgk baby baru.. balik rumah semula dah malam...
Pagi isnin, cadangan asal nak bawa diorang ke satu tempat.. ntah apa nama tak ingat plak...kononnya ada pemandangan cantik...tepi tebing.... tapi, disebabkan cuaca yg tak menentu, kejap cerah, kejap hujan.. terpaksa kansel plak.... So, lepas breakfast kami bawa diorang jln2 sekitar UL.... sekitar city... then menuju ke Adare... sebuah kawasan macm perkampungan klasik la... dgn rumah2 kecik 'cottage' tuh.. Kak salmi yg bawak kami.. Lepas tuh plan nak g ke kawasan tasik Balina-Killaloe plak... pun terpaksa kansel last minute, sbb tiba2 hujan lebat2..
Last2... destinasi terakhir, No 1 Plassey Grove la jugak.... :).
Sebelum diorang balik, menjamu selera dgn nasi putih berlaukkan tomyam, telur dadar dan ikan masin...... berselera plak makan ramai2 nih!
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).