Saturday, October 03, 2009

The best raya in last 3 years ~ Di rumah kawan sekitar Limerick


Gambar2 beraya rumah kawan2 sekitar Limerick. Tak ramai pun warga melayu kat sini. Hari raya pertama jatuh pada hari minggu, hari Ahad. Keesokannya, aktiviti harian berjalan seperti biasa, dan anak2 bersekolah seperti biasa. Aktiviti beraya, makan2, kunjung mengunjungi bersambung semula pada hujung minggu yg berikutnya.


Dalam gambar ni, kat rumah Kak Aida+Mr Hadi, Aza+Nin, Aisyah+Anuar, Dr Ina+Dr Syazrul.



Kad selepas raya


Baru balik dari ziarah raya di Newcastle nih...wat balik kad raya nih...hehhe...time kasih Bonda



Yg ni pulak dari rumah Tok Kapor... Thank you Jie!


Friday, October 02, 2009

The best raya in last 3 years ~ 1 Syawal

Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya. Tapi, tempias raya masih terasa. Tahun ini adalah tahun terakhir kami sekeluarga beraya di perantauan. InsyaAllah, jika diizinkanNya, tahun depan dapat la kami beraya di samping sanak saudara dan sahabat handai di tanah air.

Bagi saya dan suami, Syawal di perantauan tahun ini lebih 'meriah' dan lebih seronok berbanding 2 tahun sebelum ni. Mungkin kerana tahun2 yg berlalu membuatkan kami 'lebih bersedia' beraya tanpa keluarga dan sanak saudara di sisi. Atau mungkin juga, kerana ini adalah raya terakhir di perantauan, maka kami menghayati sepenuhnya raya di tempat orang ni.


Kenangan raya 1 Syawal 1430 H....



Raya terakhir di teratak No 6 The Paddocks...
(Kredit ~ Treasure of yesterday kit, daripada Growing Pains - Scrapped)




Sekeluarga di pagi raya....





Teratak kami menjadi tempat berkumpul. Hidangan yg sederhana, kami berkongsi menyediakan juadah untuk santapan bersama di pagi raya. Walaupun jauh daripada saudara mara, tetap meriah beraya bersama kawan2 seperjuangan

Kebetulan, ibu dan ayah salah sorang kawan kat sini datang menziarah dan beraya di sini, dapat la juga merasa ada orang tua bersama.



Sessi bergambar di luar rumah pula....



Baby dan kanak2. Budak2 sangat seronok bila dapat berkumpul ramai2...




Kemeriahan 1 Syawal berterusan ke petang. Kami dikunjungi rombongan tetamu dari Dublin. 2 kereta datang. Seronok sangat! Terima kasih Aida +Adi, Raihana, Ika, Ida, Sue+Fendi dan Aqida+Izwan, serta Afiq.


Raya tahun ini sangat bermakna



Tuesday, September 15, 2009

Bingkisan Aidilfitri 1430H

**Ucapan raya kami dan kad raya teman2 ~sticky entry sehingga Hari raya**

Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya untuk tahun ini. Syawal kian menjelma. Dalam sisa2 ramadhan yg tinggal, semoga dapat kita manfaatkan sebaik2nya.

Musim ramadhan kali ini, 'rumah' saya ni seakan sunyi je... mohon maaf kepada yg bertandang (sekiranya ada). Selain daripada 'kekangan'2 tertentu, sememangnya mood berblogging sejak akhir2 ini tidak menentu. Kekadang ada idea, tapi tak terjelma di laman ini. Sudahnya, tuan rumah sendiri sekadar menjadi tetamu di rumah sendiri.... datang menjenguk, sekadar menyapu sawang2 yg semakin menebal...hehhe..


Sempena kedatangan Syawal, yg tak sampai seminggu pun lagi nih, saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Syawal kepada adik beradik, saudara mara, teman2, rakan taulan, sahabat handai dekat dan jauh.

Kepada teman2 maya yg tersenarai dalam bloglist saya, sudi2kanlah menerima kad raya daripada 'Sejenak bersamaku...' ini. Juga buat semua tetamu yg sudi berkunjung ke sini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami, maaf zahir batin.



Koleksi kad raya

Update 19 September 09

Hari ini 30 Ramadhan 1430H di sini. Esok 1 Syawal. Hari ini hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini, dan insyaAllah ini adalah hari terakhir Ramadhan kami di sini. Semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan, dan ketika itu harapnya dapatlah kami kembali merasai suasana berpuasa di tanah air.

Kad raya hari ini datangnya dari Bradford, UK... Terima kasih Kak Linda. Salam lebaran dan salam kemaafan jua drp kami sekeluarga di sini. Jemput la beraya di Limerick :).



Update 18 September 09

Meniti hari ke 29 Ramadhan di bumi Ireland.... Adakah ini hari terakhir Ramadhan untuk tahun ini? Dalam kemeriahan menanti kedatangan syawal, jauh di sudut hati terasa pilu kerana Ramadhan bakal berlalu pergi.

Ya Allah, Engkau berkatilah saat2 yg dilaluiku dan saudara2 seIslamku yg lain di sepanjang perjalanan Ramadhan kali ini. Dengan redha dan kasih sayangMu, berilah lagi kami peluang untuk bertemu kemanisan RamadhanMu pada tahun hadapan...

Kad raya hari ini...


Yang ini daripada kawan lama masa kat sekolah dulu, jie dan saifulnizam . Orang kuat tae kwan do Terengganu nih! salam kemaafan jua daripada kami sekeluarga.




Yang ni pulak daripada Kak Tirana aka 'pakar motivasi'..hehhe.. Blog Kak Tirana sarat dengan cerita2 dan artikel untuk meningkatkan motivasi diri.



Seterusnya, yg ni pulak daripada Anis. Terima kasih Anis atas ingatan. Salam lebaran drp kami sekeluarga.


Update 17 September 09

28 Ramadhan di bumi Ireland. Semangat berhari raya kian terasa walaupun merindui sanak saudara dan sahabat handai di tanah air.

Kad raya hari ini daripada Ummumishkah. Terima kasih yg tak terhingga atas ingatan. Salam kemaafan jua daripada kami sekeluarga.



Yang ni pulak daripada Sasha. Sasha agaknya sekarang dah sampai kampung halaman nun kat Kedah sana. Selamat berhari raya Sha.



Update
16 September 09

Hari ini 27 ramadhan. Semakin menghampiri Syawal. Di tanah air, pasti sudah meriah suasana raya. Saling menghulur salam lebaran dan tidak dilupa 'acara tradisi' saling menghulur kad raya. Cumanya, di zaman sekarang, kad raya online pula yg banyak menggantikan kad raya 'normal'. Walau apa pun bentuknya, yg penting tanda ingatan yg ikhlas dari hati.

Ni kad raya daripada Nurindah. Terima kasih Nurindah. Salam aidilfitri daripada kami sekeluarga. Berhati2 dalam perjalanan balik kg ye!



Yg ni pulak dari Zue... Zue ni adik kepada kawan lama...org sedaerah la nih. Thn ni, buat pertama kali Zue beraya di samping suami dan juga puteri sulung mereka yg baru berusia sebulan lebih , kalau tak silap. Selamat blk kg Zue!



15 September 09

Kad raya daripada Kak Kam. Terima kasih kak... Ada 2 sebenarnya, tapi 1 je dapat ambik, k kam letak gamgajah kot kat satu kad lagi tuh..hehhe.. Nanti kalau dapat ambik, saya tayang kat sini ye Kak Kam.



Terima kasih banyak2 atas ingatan