Sunday, January 10, 2010

Putih di mana-mana....GrrrRrrr...

Musim sejuk kali ni benar-benar 'menjadi'. Pemandangan sekitar yang memutih dengan frost adalah perkara biasa setiap tiba musim sejuk.


Frost di atas rumput ~ gambar hiasan.

Tetapi kali ini bukan sekadar frost, salji pula yang menjadi pemandangan biasa. Suhu di luar sering aje di bawah tahap beku. Penghujung tahun 2009 baru2 ini, Limerick dihujani dengan salji hampir seminggu. 2,3 hari ni salji turun lagi. Dan hari ini semakin lebat. Untuk kawasan Limerick yang tidak biasa dihujani salji, fenomena sebegini adalah yang julung-julung kali berlaku. Mungkin rezeki kami untuk mengalami suasana sebegini agaknya; sebelum kami balik...


Penghujung minggu baru2 ni, sekolah baru sahaja dibuka, setelah bercuti panjang lebih 2 minggu. Baru sempat 2 hari bersekolah, minggu ini sekolah ditutup lagi. Baru sahaja mendapat khabar tadi. Sekolah ditutup kerana cuaca yang agak tidak mengizinkan. Bersalji, pemandangan berkabus, dan jalan raya yang berais/licin.

Bagi yang tidak biasa dengan suasana salji, kedatangan salji mungkin ditunggu2. Termasuklah kami...hehhe.... Terasa sedap mata memandang dengan suasana yang memutih. Dan seronok dapat 'bermain' dengan salji. Tapi, keseronokan itu hanya sementara. Bila kehadiran salji berhari-hari, boleh menjejaskan aktiviti seharian. Nak ke mana-mana susah, kerana jalan yang licin boleh membahayakan kenderaan di jalan raya. Di waktu beginilah, banyak kemalangan berlaku. Perjalanan kenderaan awam; bas dan keretapi banyak tergendala. Penerbangan pun banyak tertunda. Dan terbaru, khabarnya, dijangka akan ada masalah bekalan air di sini dalam beberapa hari ini, kerana masalah perpaipan.

Bukan sahaja aktiviti di luar rumah, aktiviti di dalam rumah pun sedikit 'terganggu'. Almaklumlah, keadaan yang sangat sejuk.....terasa mahu 'berhibernasi' je..hihihh..

Esok, kami sekeluarga terpaksa juga keluar kerana ada temujanji untuk suntikan imunisasi swine flu. Harap perancangan esok berjalan lancar, walaupun cuaca yang agak tidak memberangsangkan.



6 comments:

Tie said...

Ooo..ye... mesti susah nak keluar rumah bila salji tebal ni. Err.. tengok gambar tu pun dah rasa nak menggeletar ni.

eeeda said...

Seronoknya... saya balik kg pun dah tak tahan sejuk.... ini kan pulak tempat yg memang bersalji... tak tahu lah menggigil mcm mana...

Sasha said...

ha'ah... pd kita yg x pernah merasa snow tertunggu2 n tak sabar... air dlm paip jd beku ke? so kin buat camner?... cairkan snow utk jdkan air? byk keje... susah gak bila tiba musim snow... kulit sha ni x tahan sejuk, nipis mcm kulit bwg... mau beku kalau dok kat sana...

indahhouse said...

salam kak kin,
apa khabar kak? mula2 rasa teruja tengok salji. tapi baca cite kak, mula rasa risau plak. frost tu, tahap bahaya gak,ke? banyak betul salji. berhibernasi di dalam rumah jer la. :)

atty's said...

itulah kan ..kita yg memula tgk salji .mesti cam besh je..tp kalo dah berhari2...apa aktiviti pun susah nak buat..takecare ye

najibah said...

kak kini...tak sure akak ingat saya tak..saya junior akak di shams
minta izin yer saya link akak di blog saya

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).