Gigi susu kanak-kanak, berjumlah 20 batang.
Pernah dengar cerita tentang 'Pari-pari Gigi?' Janggal je bunyinya 'Pari-pari Gigi'...hehhe..mungkin lebih enak disebut 'Tooth Fairy', lebih kena bunyinya. Disebabkan dongeng tentang 'Tooth Fairy' ni asalnya dari Eropah, jadinya terjemahan 'Pari-pari Gigi' tidak begitu komersial di kalangan masyarakat melayu, barangkali.
Saya juga sebenarnya baru je mengetahui tentang dongeng 'Tooth Fairy' ni. Itupun bila disebut oleh anak-anak. Maklumlah, anak sulung semakin menginjak usia. Dengan pengaruh kawan2, buku2, tv dan internet, semakin luas pengetahuan dunia kanak-kanaknya. Dunia kanak-kanak zaman sekarang, yang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak kita dahulu.
Ringkasan ceritanya begini...
Bila seorang kanak-kanak kehilangan gigi susunya yg pertama, gigi itu diletakkan di bawah bantal ketika hendak tidur. Pada malamnya, Tooth Fairy akan muncul untuk mengambil gigi tersebut, dan sebagai balasan akan digantikan dengan duit syiling sebagai hadiah untuk si kanak-kanak tadi.
Menarik juga buat seorang kanak-kanak, kan?
Cerita tentang Tooth Fairy ini sudah wujud berkurun-kurun dahulu, dikatakan berasal dari Eropah. Sebenarnya asal-usul cerita tersebut, adalah satu usaha ibu bapa untuk memujuk si anak yang baru kehilangan gigi susu mereka. Supaya si anak merasa 'redha' dan tidak 'trauma' dengan kehilangan tersebut. Ketika si anak tidur, ibu bapa mengambil gigi tersebut dan menggantikannya dengan duit syiling. Keesokannya, diberitakan kepada si anak bahawa Tooth Fairy telah datang mengambil gigi tersebut.
Idea entri kali ini sebenarnya disebabkan oleh perkembangan terkini Kakak Huda yang mula tumbuh gigi baru
. Baru mula nampak sebatang pada gigi hadapan, tp gigi yg ada tu belum lagi bergoyang. Dah beberapa kali dia ceritakan perihal gigi kawan2 dia yg sudah pun bergoyang dan jatuh gigi mereka. Dia seperti menunggu2 bila la pula giliran dia...hehhe..
Oooh....anakku semakin dewasa...