Monday, August 31, 2009

31 0gos lagi... 11 Ramadhan...


Buat ke sekian kalinya, 31 Ogos tiba lagi. Selamat hari merdeka buat negaraku tercinta! Ini kali ke 3 kami sekeluarga melalui detik 31 Ogos di perantauan. Walaupun jauh di rantau orang, Malaysia tetap di hati kami.

31 Ogos tahun ini juga bersamaan dengan hari ke 11 umat Islam di sini melaksanakan ibadat puasa. Sedar tak sedar, Ramadhan pun semakin menghampiri ke tempoh pertengahan. Bagaimana status ibadat puasa kita agaknya? Mudah2an diterimaNya. Sisa-sisa ramadhan yg masih berbaki, harapnya dapat la kita semua mempertingkatkan lagi ibadat kita.

Selamat hari merdeka buat semua warga Malaysia, di mana sahaja berada. Merdekakanlah jiwa kita!



Saturday, August 22, 2009

Pembuka tirai ramadhan 1430H


Sempena ramadhan kali ni, dapat kad ini daripada kak Kamsiah. Terima kasih banyak2 Kak Kam atas ingatan ini. Mudah2 ramadhan kali ini dapat sama2 kita lalui dengan lebih baik berbanding tahun2 sudah.


Friday, August 14, 2009

Laksam Limerick

2 minggu lepas, kami kat sini menerima pertambahan satu lagi keluarga Melayu (yg melanjutkan pelajaran) di Limerick. Aisyah sekeluarga. Jadinya, sekarang ni ada 4 keluarga melayu (keluarga pelajar, tidak termasuk golongan bekerja) di sini.

Semalam jemput kawan2 kat sini makan pagi di rumah kami. Sekali sekala. Bukan ramai pun kawan2 kat sini.

Menu utama kali ini ialah laksam, hidangan yg terkenal di negeri pantai timur. Menu sampingan ialah keropok lekor.


{Kredit ~ The wired garden kit, daripada Rebecca}


Ada kawan yg tanya resipi untuk laksam, jadi di sini disertakan resipi dan cara2 membuatnya;

Bahan utk buat laksam dan kuahnya:
  • tepung beras
  • sedikit tepung gandum
  • air secukupnya
  • ikan ~ rebus dan hancurkan isi ikan
  • santan
  • lada hitam (dikisar)
  • bawang merah/bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • sayuran untuk ulam-ulaman
Cara nak buat :
  1. Untuk laksam, bancuh tepung beras dan tepung gandum dalam air yg secukupnya. Biar bancuhan tu cair, bukannya pekat. Masukkan secubit garam.
  2. Isikan sedikit bancuhan dalam bekas yg leper dan kukus sehingga masak. Pastikan ianya nipis, supaya mudah digulung.
  3. Bila masak, biarkan sejuk sedikit, kemudian gulung.
  4. Buat berulang kali sehingga bancuhan habis.
  5. Untuk kuah, kisarkan bawang dan halia, serta isi ikan.
  6. Masukkan bahan kisar tersebut, lada hitam dan garam secukup rasa ke dalam santan, masak sehingga agak pekat.
  7. Hidangkan laksam bersama dengan sedikit cili merah dan belacan (kalau suka), serta limau nipis...juga, jangan lupa ulam-ulaman.
*Kuantiti bahan2 yg saya gunakan adalah diubahsuai mengikut kesukaan sendiri.
*Saya menggunakan 2 sudu besar tepung gandum untuk 400g tepung beras.
*Kuantiti air ~ agak2 je, cuba masak dulu sedikit utk tengok keseseuaian.
*Boleh tengok sini kalau nakkan kuantiti bahan yg disyorkan.
*Laksam yg saya buat tu pendek, sbb tu tak dipotong. Maklumlah pengukus yg ada kecik comel sangat...tu je yg ada..hehhe..
*Kalau ada yg berminat untuk resipi keropok lekor, boleh tengok kat sini.


r

Tuesday, August 11, 2009

Dari Bradford


2 hadiah kat atas ni, daripada Kak Linda, Bradford...time kasih banyak2 K Linda!

Kata K Linda, ni syarat2 dia...

1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award.
2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.

Ok....15 teman blogger terpilih (secara rambang jer..) kali ini ;
zue
ummumishkah
sasha
iu
niza
myza
ana
kak chik
kak kam
kak gie
jie
i-syah
eeeda
cik aida
kak ras


Kepada yg tersenarai...sudi2kan yer...


Thursday, August 06, 2009

Nisfu Sya'ban 1430H

{Kredit ~ Space mini kit, daripada Scrappy Cocoa }

Malam ini malam nisfu Sya'ban. Sekejap je masa berlalu. Serasa seperti baru semalam sahaja Ramadhan tahun lalu meninggalkan kita. Kini Ramadhan tahun ini pula bakal menjelma, dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi.

Bagi sesetengah golongan, malam nisfu Sya'ban ini sinonim dengan amalan2 tertentu yang diamalkan pada malam tersebut. Bagi sesetengah golongan yang lain pula, dikatakan banyak amalan khusus yg dikaitkan dengan malam nisfu Sya'ban tersebut adalah bid'ah, kerana bersandarkan hadis yang lemah.

Entri ini tidak bertujuan untuk membicarakan tentang Nisfu Sya'ban secara khusus, kerana diri ini bukanlah orang selayaknya untuk berbicara soal itu. Di zaman capaian maklumat di hujung jari ini, boleh sahaja dicari ilmu tentang ini di ceruk2 mana. Tetapi ilmu2 tentang hadis ini bukanlah sewenang2nya boleh diketahui atau dipelajari begitu sahaja. Kerana di sana, timbul pula isu tentang hadis palsu. Semoga pencarian kita akan menemukan dengan ilmu yg tidak akan memesongkan akidah dan kepercayaan kita.

Berbalik kepada tujuan entri ini, sekadar mengingatkan diri sendiri tentang kehadiran yang semakin hampir, bulan yang mulia, Ramadhan kareem... Semoga Allah swt akan mengizinkan kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini, dan sama-samalah kita mempersiapkan diri kita untuk menyambut Ramadhan dengan sebaik2nya. Mudah2an...amiin...



Sunday, August 02, 2009

8 tahun @ 2 Ogos 2009

{Kredit ~ Oopsie Daisies kit, daripada Bon Scrapatit}


{Kredit ~ IHeartU kit, daripada Miss Erin}

Semoga jodoh kami kekal berpanjangan dalam redhaNya dan diberkati usia perkahwinan kami yang telah berlalu dan juga yang akan datang...
amiin..