Wednesday, July 15, 2009

Yang datang dan yang pergi

2,3 hari lepas dapat khabar daripada sahabat kat sini, tentang kelahiran anak ke 2 mereka. Tahniah buat Fizah dan Puden.

Kelahiran bayi mereka ini begitu istimewa (setiap kelahiran tentunya sangat istimewa!), setelah mereka berhadapan dengan pengalaman yg menyedihkan lebih setahun yg lalu. Anak mereka yg pertama dahulunya ditakdirkan terlebih dahulu menemui penciptaNya, hanya beberapa detik sebelum sempat melihat dunia. Kini, dianugerahkan pula rezeki putera yg ke 2. Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...Maha Pemberi Rahmah!

Antara syariat Islam ketika kita mendengar saudara kita beroleh cahayamata baru, kita digalakkan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada mereka dan juga bayi yg baru dilahirkan.

Antara doanya seperti berikut;

بارك الله لك في الموهوب لك,وشكرت الواهب,وبلغ أشده,ورزقت بره

"Semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kalian melalui pemberian ini. Dan syukurilah kurniaan itu, penuhkanlah keperluannya dan rezekinya".


Atau ringkasnya;

بارك الله لك وبارك عليك

" mudah-mudahan kamu diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas kamu."


Gambar hiasan... Hamdan @ 8 months...
(Scrapping; kredit untuk One sweet day kit, daripada Helly)

Beberapa hari yg lalu juga, mendapat perkhabaran berita duka yg menimpa seorang lagi sahabat di tanah air. Salah seorang sahabat baik suami saya sebenarnya. Mereka kehilangan putera kesayangan yg telah kembali menemui PenciptaNya. Sungguh ujian dan dugaan itu akan diberikanNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Mereka adalah manusia terpilih sebenarnya. Dan sessungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya, melainkan dalam kadar kemampuannya. Semoga beliau dan isteri diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan tersebut.

SesungguhNya daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali... (Surah Al Baqarah, ayat 156)


**Kredit untuk Papisma Terengganu


p/s ~ masih dalam mood yg merudum untuk mengemaskini blog...



8 comments:

Kamsiah yusoff said...

anak...pinjaman Allah kpd kita...cukup masa dan ketika,diambil kembali...

Anonymous said...

Kak Kin,
Sampaikan takziah pada yang kehilangan anak dan tahniah pada yang menerima rezeki.

Nape merudum mood akak ni? Sabar ek.. Take care kak..

Anonymous said...

Kak tie tumpang sedih pada yang kehilangan tu.... hanya Allah sahaja yang tahu rahsia disebaliknya.

Dan kepada Fizah dan Puden, tahniah laa...

Psst- hilang mood, ekk? Kak tie pun kekadang gitu gak, makcik ni selalu terlebih emo, hu hu...

kin hashim said...

Kak Kam, ye, anak cuma pinjaman daripada Allah. Tp, tulah, kadang2 kita rasa kepunyaan kita yg mutlak pulak,tu yg sampai ada ibu bapa yg meratap berlebihan bila ditimpa musibah begitu. Mudah2an kita tergolong di kalangan org2 yg sabar dan redha.

Ana, bukan apa...kemalasan yg melanda, bukan sbb apa pon...hehhe...

Kak Tie, ya..Allah Maha Mengetahui. Cuma kita manusia ni kadang2 cepat putus asa bila tak nampak apa hikmah di sebalik apa yg berlaku.
(mood merudum sbb dilanda kemalasan la kak tie..hehhe..)

eeeda said...

Kepada mereka yg dianugerahkan cahaya mata, Ingat. Anak merupakan amanah. Kepada mereka yg belum ada terus berusaha....

kin hashim said...

Eeeda, ye, semoga kita tergolong dalam hambaNya yg bersyukur dgn rezeki kurniaan Allah, dan tidak berputus asa dengan rahmatNya.

Sasha said...

Tahniah buat Fizah & Puden... moga dpt lebih ramai lg cahayamata kelak...

bg yg dah kehilangan anak... jgnlah berduka... mereka menunggumu di pintu syurga... & byk nikmat yg menanti di kemudian hari... jika redha dgn ketentuan Ilahi

Anonymous said...

thanks k.kin for the entry. tibe2 terasa glamer lak kami.hehe ;p
terasa berharga pemberian Allah pada kami kali ni.alhamdulillah
salam takziah dr kami buat yg kehilangan.

-fizah puden-

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).