Sunday, July 19, 2009

Pertama kali naik kapal terbang


Pernah tengok gambar kat atas ni? Hehehhe... kalau sesape terperasan, gambar ni berlegar di internet sebagai bahan lucu {perhatikan tali pinggangnya ye...}. Kesian mamat dalam gambar nih...ntah sapa la. Tak tahulah pulak kalau2 gambar ni hanya lakonan semata2..heheh..

Cerita entri ini tiada kena mengena dengan gambar di atas, cuma teringat kat gambar ni (diforwardkan oleh seorang kawan melalui e-mel) bila tulis tajuk entri seperti di atas ~ 'Pertama kali naik kapal terbang'..hehhe..

Sebenarnya, tajuk itu merujuk kepada Hamdan yg pertama kali naik kapal terbang baru2 nih...hehe.. Hamdan kini berusia 8 bulan. Akhir Februari lalu, kami ke UK, pertama kali Hamdan keluar dari bumi Ireland. Tapi masa tu kami pergi bawak kereta. Awal Julai baru2 ni kami jalan2 lagi, kali ni berpeluang keluar jauh sikit ~ ke Brussels (Belgium), Amsterdam (Netherland) dan Homburg (Jerman). Jadi inilah pengalaman pertama Hamdan naik plane...heheh..

Lama peram entri nih,balik dari bercuti seperti dilanda mood berhibernasi. Nak update blog pun sedikit 'malas. Ni baru ada sedikit 'semangat'....


Ok...dipendekkan cerita, di kesempatan ini cuma berkongsi sedikit kenangan di Brussels....







Hamdan yg kebosanan...mengantuk...
(Scrapping, kredit untuk How Gavin Rolls Kit, daripada JennCK)

....bersambung...


8 comments:

Anonymous said...

Hmm...kin percaya tak yang kak tie memang tak pernah naik kapalterbang. Tak tau la rupa kak tie kalau ada rezeki gitu... tentu lagi teruk dari mamat kat atas tu, ekekeke...

Kak tie memang penakut, gayat dan susah nak selesakan diri di tempat asing.

iu rf said...

ingatkan sedara kak kin gamba yg 1st tu...ekekekekeke ;P

kin hashim said...

kak tie, takpe, nanti ada rezeki holiday kat oversea, boleh la naik kapal terbang..heheh...ala tak pun,k tie ambik je flight gi kl blk ari, utk naik kpl terbang je...hehehh..tak pun, insyaAllah nanti ada rezeki gi Mekah, ye! ada lagi peluang tuh! kan? :).

Iu, la...ingatkan ayu yg dok cari dia tu...bukan bekas bopren ayu ker? kihkihkih...

Kamsiah yusoff said...

kesian mamat bangla tu,tak pasal2 jadi bahan ketawa....

Sasha said...

wah berjalan saja kin & family... kelakarlah tgk gambar tu... walaupun dah pernah tgk.... it's still funny...

attyfir said...

wahaha..gambo tu muka org tu cuak..

sonok kin jalan2 ngn family

ibu_umairah said...

kelaakkorr la mamat bangla tu!!!

Faridrashidi.Com said...

Haa, kalau sapa-sapa yang belum pernah naik kapal terbang.. naiklah airasia.. tapi kat atas kena makan bayar sendirilah ye :)

Patutlah hamdan lama tak menulis di sini, rupanya dia terbang sana-sini rupanya.. bagus2

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).