Wednesday, July 22, 2009

Nabhan @ 3 tahun


Pada tarikh hari ini, angka umur Nabhan bertambah setahun. Pada tarikh 22 Julai, 3 tahun dahulu (bersamaan 25 Jamadil Akhir 1427 Hijrah), tangis pertama Nabhan bergema ketika azan Asar berkumandang di Dewan Bersalin Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan.

Sudah semakin besar anak ibu nih. Genap 3 tahun hari ini. Nabhan anak 'manja'...heheh... Tidak seperti kakak Huda dan abang Fawwaz, Nabhan berpeluang berkepit dengan ibu 24 jam setiap hari sejak lahir sehinggalah hari kelahiran adik Hamdan. Tidak mengenal botol susu di awal usianya, Nabhan berpeluang menikmati susu ibu sehingga usia 2 tahun.

Pada usia 3 bulan, Nabhan terbang ke sini (Ireland) bersama ibu, kakak dan abang, buat menemani ayah ketika di perantauan menuntut ilmu. Nabhan membesar di sini. Hanya sebentar berpeluang bermesra dengan tok, tokki dan saudara mara di kampung, namun ingatan mereka tetap mengikat jiwa Nabhan di sana.

Nabhan yg manja...
Nabhan yg keletah...
Nabhan dengan 'girraffe milo'nya...
Nabhan dengan Donald Duck...
Nabhan dengan lori Mr Binman...
Nabhan dengan....

.....senarai yg tidak berkesudahan ....


Ayah dan ibu mendoakan segala yg terbaik buat Nabhan...besarlah anakku menjadi anak yg soleh, penyejuk mata dan hati ayah dan ibu...




13 comments:

kayteeze said...

Alhamdulillah...

Moga-moga terus sihat, dan menjadi anak yang soleh.

niza said...

happy bday nabhan!!!semoga menjd anak yg soleh ye...

Tirana said...

Happy birthday to Nabhan...semoga sentiasa sihat dan ceria..

Kamsiah said...

hepi besday boy...semoga membesar sbg anak yg soleh ya...yg menyenangkan hati ayah bonda...

shaz-ina said...

hepi besday nabhan!! moga menjadi anak soleh.. stay cute;)

kin hashim said...

Kak tie, niza, kak tirana, kak kam dan shaz-ina ~ terima kasih banyak seme ye! (bg pihak Nabhan :P)

Jie said...

Selamat Hari lahir untuk Nabhan, mesti Najihah dengki sbb Nabhan celebrate kat obersea. hehehe

kin hashim said...

Hahhha...jie, kena bawak ah najihah mari celebrate sining..hahha..btw, thanks jie :).

catz_mafia said...

Kak Kin,
Sampaikan ucapan selamat hari jadi kat Nabhan ek..
hehe

kin hashim said...

ana, nabhan kata, makasih aunty ;).

ibu_umairah said...

hepi besday nabhan...........nak celebrate kat ne itu?

Sasha said...

hepi buffday utk Nabhan... moga dpt meng'happy'kan hati mak & Ayah...

Faridrashidi.Com said...

Walaupun dah komen kat FB, tapi nak ucap lagi. Nabhan jangan nakal-nakal ya.. ingat pesan mak ayah tu. Kalau tak dengar nanti ammu tarik telinga :)

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).