Nabhan @ 3 tahun
Nabhan yg keletah...
Nabhan dengan 'girraffe milo'nya...
Nabhan dengan Donald Duck...
Nabhan dengan lori Mr Binman...
Nabhan dengan....
Cerita tentang: dunia scrappingku, keluargaku
Pertama kali naik kapal terbang
Pernah tengok gambar kat atas ni? Hehehhe... kalau sesape terperasan, gambar ni berlegar di internet sebagai bahan lucu {perhatikan tali pinggangnya ye...}. Kesian mamat dalam gambar nih...ntah sapa la. Tak tahulah pulak kalau2 gambar ni hanya lakonan semata2..heheh..
....bersambung...
Cerita tentang: jalan2 europe
Yang datang dan yang pergi
Antara doanya seperti berikut;
بارك الله لك في الموهوب لك,وشكرت الواهب,وبلغ أشده,ورزقت بره
"Semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kalian melalui pemberian ini. Dan syukurilah kurniaan itu, penuhkanlah keperluannya dan rezekinya".
Atau ringkasnya;
بارك الله لك وبارك عليك
" mudah-mudahan kamu diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas kamu."
Beberapa hari yg lalu juga, mendapat perkhabaran berita duka yg menimpa seorang lagi sahabat di tanah air. Salah seorang sahabat baik suami saya sebenarnya. Mereka kehilangan putera kesayangan yg telah kembali menemui PenciptaNya. Sungguh ujian dan dugaan itu akan diberikanNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Mereka adalah manusia terpilih sebenarnya. Dan sessungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya, melainkan dalam kadar kemampuannya. Semoga beliau dan isteri diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan tersebut.
SesungguhNya daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali... (Surah Al Baqarah, ayat 156)
**Kredit untuk Papisma Terengganu
p/s ~ masih dalam mood yg merudum untuk mengemaskini blog...
Cerita tentang: tazkirah diri
Award amal Islam
Cerita tentang: hadiah daripada teman
Natrah @ Nadra dan Belanda
Hari ini, ketika berfacebook, terperasan dalam satu status seorang kawan tentang kematian seorang wanita yang pernah mengukir sejarah di bumi Malaya lebih kurang 60 tahun dahulu. Tertarik dengan nama 'Natrah' dan sejarahnya yg pernah diketahui lama dahulu, saya menggoogle tentang cerita berkenaan wanita itu. Dilaporkan, beliau meninggal dunia pada hari Rabu baru2 ini, 9 Julai 2009 di Belanda, pada usia 72 tahun. Kematian beliau dikatakan disebabkan oleh penyakit leukemia.
Wanita keturunan Belanda yang pernah mencipta sejarah di bumi Malaya itu ialah Huberdina Maria Hertogh. Lebih dikenali dengan nama Maria Hertogh. Dan beliau juga terkenal dengan nama Natrah (@Nadra) ketika hidupnya di bumi Malaya.
Sebenarnya, kami sekeluarga baru je balik dari bercuti. Antara tempat kunjungan kami ialah negara asal ibu bapa Maria Hertogh, Belanda/Netherland/Holland. Maria Hertogh meninggal pada hari kami kembali semula ke Ireland. Ketika di sana, langsung tak teringat pun tentang kisah wanita ini....
Sedikit rentetan kisah sejarah 'Tragedi Natrah'.... Maria Hertogh @ Natrah yg dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Bandung, adalah anak kepada pasangan keturunan Belanda yang beragama kristian katolik. Ketika era Perang Dunia ke 2, ayahnya seorang tentera Belanda berpangkat sarjan telah ditangkap oleh Jepun. Maria ketika itu berumur 5 tahun, adalah anak ke 3 daripada 5 beradik dan merupakan anak perempuan bongsu. Ketika melahirkan anak yg ke 6, ibunya telah menyerahkan Maria kepada Puan Aminah binti Mohammad, seorang kenalan rapat nenek Maria.
Cerita 'penyerahan' anak itulah yg menjadi percanggahan ketika perbicaraan untuk memutuskan hak penjagaan Maria antara Puan Aminah dan ibu bapa asal Maria. Ibu bapa Maria mendakwa anak mereka hanya diserahkan untuk sementara waktu sahaja, sedangkan Puan Aminah mendakwa ibu Maria telah pun bersetuju untuk menyerahkan Maria sebagai anak angkat dan telah pun dimaklumkan bahawa Maria akan dibesarkan sebagai seorang Muslim.
Maria dibesarkan oleh ibu angkatnya Puan Aminah sebagai seorang Muslim dan diberi nama Nadra binti Ma'arof. 5 tahun kemudian,atas sebab keselamatan ketika berlaku revolusi di Indonesia (Indonesian National Revolution ) Puan Aminah membawa Nadra ke kampung halamannya di Kemaman, Terengganu. Nadra bahagia tinggal bersama ibu angkatnya dan menjalani kehidupan seperti gadis melayu yg lain.
Ketika berakhir Perang Dunia ke Dua pada 1945, ayah Nadra dibebaskan oleh tentera Jepun. Beliau yg kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya berusaha untuk menjejak Nadra. Pada penghujung 1949, Nadra dan ibu angkatnya berjaya dikesan. Puan Aminah telah berjaya 'dipujuk' untuk membawa Nadra ke Singapura bagi tujuan berbincang dengan konsulat Belanda.
Awal 1950, Konsulat Belanda menawarkan sejumlah wang kepada Puan Aminah sebagai pampasan menjaga Nadra selama 8 tahun. Tetapi Puan Aminah menolak. Selepas itu, konsulat belanda membawa kes itu ke mahkamah pada April 1950. Perbicaraan berlangsung di Singapura. Pusingan awal menyaksikan kemenangan di pihak ibu bapa Nadra, dan Nadra dipisahkan secara paksa daripada ibu angkatnya Puan Aminah. Dikatakan Nadra sangat bersedih apabila terpaksa berpisah dengan ibu angkatnya.
Pada Julai 1950, rayuan kes tersebut memberi kemenangan kepada Puan Aminah. Nadra kembali ke pangkuan ibu angkatnya. Tidak lama selepas itu, Nadra dikahwinkan dengan Mansoor Adabi, seorang guru. Perkahwinan itu diharapkan akan menyelamatkan Nadra, tetapi sebaliknya ibu bapa Nadra terus membawa kes itu sekali lagi ke mahkamah.
Perkahwinan Nadra dengan Mansoor Adabi dibatalkan dengan alasan mengikut undang2 negara asal ibu bapanya (Belanda) yang hanya membenarkan perkahwinan anak setelah anak berumur 16 tahun. Ketika itu Nadra berusia 13 tahun.
Dan, keputusan yg nyata ada sentimen 'berat sebelah' juga akhirnya telah memihak kepada kedua ibu bapa Nadra dan mahkamah telah memutuskan hak penjagaan Nadra dikembalikan kepada kedua ibu bapa asalnya.
Kes Nadra itu telah mendapat perhatian seluruh negara dan juga mendapat simpati daripada masyarakat islam merata dunia termasuk dari Indonesia, Pakistan, Rangoon dan juga Arab Saudi. Kes yang pada dasarnya berhubung hak penjagaan seorang anak menjadi begitu istimewa kerana ia melibatkan akidah seorang muslim. Pertentangan antara Islam dan Kristian. Umat Islam ketika itu bersatu kerana mempertahankan akidah seorang muslim.
Ekoran daripada keputusan yg memihak kepada ibu bapa Nadra yg asal telah membangkitkan kemrahan orang Islam khususnya sehingga mencetuskan rusuhan yg mengorbankan 18 nyawa dan hampir 200 orang yang cedera.
Begitu sekali sensitifnya saudara-saudara seIslam kita pada masa tu. Dan betapa kuatnya semangat untuk mempertahankan akidah saudara kita.
Itulah sejarah yg telah terpahat di negara kita lebih kurang 60 thn yg lalu.... Ia pasti berulang...dan akan tetap berulang... Cerita berkaitan akidah umat islam yg seringkali di bawa ke mahkamah seperti kes Nadra ini juga telah pun berulang kali berlaku. Tetapi semangat umat Islam hari ini tidak seperti dahulu...
**Rujukan dan untuk cerita lebih terperinci, sila lah tengok kat wikipedia ini....
**Gambar2 adalah hasil carian google...
Seminggu 'berpuasa'....
Lama juga tak jengah rumah mayaku ini kali ni... Dah bersawang sana sini. Seminggu 'berpuasa' daripada online. Sempena bulan Rejab..hehhehe...
Terima kasih kepada tetamu2 yg sudi bertandang walaupun tuan rumah takde...
InsyaAllah nanti akan menyusul cerita terkini. Komen2 insyaAllah akan dibalas secepat mungkin, dan kepada yg meninggalkan pesan, nanti akan direspon ye... maaflah, lambat sikit, maklum la bila lama 'berpuasa' daripada online nih, byk la yg nak kena kemaskini apa2 yg patut dulu..
Ok... sehingga ketemu lagi nanti...
Salam dari tuan rumah...