Wednesday, September 26, 2007

Resipi nasi bukhari

Ni permintaan dari sahabatku, kak gie :).

Resipi nasi bukhari saya...
(modified ikut kesukaaan sendiri..hahhaha..)

Bahan2nye:

4 cawan beras

4 cawan air
1 cawan susu cair (saya guna fresh milk)
ayam/daging dipotong kecil ,kuantiti ikut suka la...(boleh digoreng dahulu kalau suka)
3 sudu butter(biasa org guna minyak sapi, tp saya dok brapa minat minyak sapi...)
2-3cm halia (potong nipis)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
2 labu bawang besar (diblend)
5 ulas bawang putih (diblend)
5-8 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 paket kecil rempah kurma (yg ni untuk gantikan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
2 biji tomato
garam secukup rasa


Cara2nye...

  • Basuh beras siap-siap.
  • Panaskan butter, tumis rempah campak (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang).
  • Masukkan bawang yg diblend, rempah kurma, then bawang yg dimayang, halia serta tomato.
  • Setelah itu, masukkan ayam/daging sambil dikacau sehingga rata.
  • Masukkan susu cair dan air serta garam secukup rasa.
  • Apabila mendidih, akhir sekali masukkan beras.
Itu sahaja.. selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).