Friday, September 28, 2007

Bubur lambuk Johor

Kongsi resipi variasi bubur lambuk... bubur lambuk johor... :).
Ni resipi diperturunkan daripada mertua kak gie kepadanya, dan dikongsi pulak denganku... :). {copy and paste drp mesej asal kak gie :). }


Bahan2

daging dihiris nipis2
halia
santan
kerisik
2 sudu teh serbuk kari (optional)
2 sudu teh serbuk lada putih(mmg banyak diguna dalam masakan org2 johor)
sayuran campur beku (ala yang biasa djual kt supermarket tu la)

cara2

basuh daging n rebus sekejap untuk hilangkan darah nya. toskan. beras dibasuh n direbus bersama2 dgn hirisan daging td n beberapa hirisan halia...
bila dah mula pekat, masukkan serbuk kari, santan, n serbuk lada putih...pastu kacau sesedap rasa. last sekali masukkan kerisik, dalam 2 sudu teh...garam n gula sesedap rasa kalau suka boleh masukkan sayuran campur beku ataupun fishball....
biasanya org johor makan dgn sambal kicap (bawang putih n lada kecik diblend + kicap n sedikit gula)

Wednesday, September 26, 2007

Resipi nasi bukhari

Ni permintaan dari sahabatku, kak gie :).

Resipi nasi bukhari saya...
(modified ikut kesukaaan sendiri..hahhaha..)

Bahan2nye:

4 cawan beras

4 cawan air
1 cawan susu cair (saya guna fresh milk)
ayam/daging dipotong kecil ,kuantiti ikut suka la...(boleh digoreng dahulu kalau suka)
3 sudu butter(biasa org guna minyak sapi, tp saya dok brapa minat minyak sapi...)
2-3cm halia (potong nipis)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
2 labu bawang besar (diblend)
5 ulas bawang putih (diblend)
5-8 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 paket kecil rempah kurma (yg ni untuk gantikan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
2 biji tomato
garam secukup rasa


Cara2nye...

  • Basuh beras siap-siap.
  • Panaskan butter, tumis rempah campak (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang).
  • Masukkan bawang yg diblend, rempah kurma, then bawang yg dimayang, halia serta tomato.
  • Setelah itu, masukkan ayam/daging sambil dikacau sehingga rata.
  • Masukkan susu cair dan air serta garam secukup rasa.
  • Apabila mendidih, akhir sekali masukkan beras.
Itu sahaja.. selamat mencuba!

Selera ramadhan

Sempena ramadhan ni, banyak la mari idea2 untuk mencuba resipi2 yang glamer di bulan ramadhan...nak buat camane, pasar ramadhan takdok...jd cuba sendiri la :).



Laksam

'Laksam' yang ada la sedikit rupa dan rasa laksamnya :). serta ulam-ulaman dan kelengkapannya.

Bubur lambuk....dpt gok merasa bubur lambuk walaupun tanpa sayur pucuk midin. Ni 1st time buat kat sini, guna sayur daun spinach. Ikan guna ikan tuna dalam tin.

Lagi bubur lambuk..


Ni kali ke 2 buat bubur lambuk... guna campuran daun salad.. tambah karot dan kacang tanah sikit. Kali ni tak berapa menjadi... terlebih pekat..



Huda dan Fawwaz menjamu selera berbuka puase :).

Sunday, September 16, 2007

1 Ramadhan 1428

Ini adalah pengalaman ramadhan pertama kami sekeluarga di perantauan. Tahun ni, kami menyambut ramadhan di No 1, Plassey Grove dengan penuh kesederhanaan dan kekurangan, jauh drp ibu bapa serta sanak saudara yg sentiasa dlm ingatan :).

Ni hidangan buka pose kami yg pertama; Nasi bukhari(daging kambing) berlaukkan ayam masak merah, dalca serta ulam salad, timun dan tomato. Juga, ada air bandung dan cendol :).

Close up nasi bukhari... 1st time buat nih..hehhehe..


Cendol makan dengan santan bubuh nisan, dan juga air bandung... Sirap baru sampai, kiriman dr malaysia :).


Kali pertama dlm hidup buat cendol :). Tp, dok berapa jadi, sbb dia lembik sket.... apa2 pun..oklah..adalah rasa macam cendol..hehhehe... Dok tau nak agak, dapat penuh sebesen, jenuh nok perabih!



Kakak Huda dgn baby doll kegemaran dia... berlatarbelakangkan hidangan buka pose ari pertama pose :).

Kakak Huda dgn Abg Fawwaz

Adik Nabhan


Ni bungkusan brg2 dr Malaysia yg terbaru, baru sampai.... lama sgt tunggu kotak ni.... selalu cukup 2 bulan dah sampai (pos kapal laut).... dia mmg nak sampai pd 1 ramadhan kot :). Terima kasih keluarga di Rhu Rendang.

Fawwaz ngan Nabhan duk sibuk, berebut nak tolong buka kotak :).

Friday, September 14, 2007

Selamat Pengantin Baru...

Pada bulan Ogos baru2 ni, ada 2 orang sahabat yg baru membina masjid... classmates masa sekolah dulu2..
SELAMAT PENGANTIN BARU buat
MAJDAH & SUAMI
dan juga
AYU HASNIDA & SUAMI
Semoga kedua2 pasang pengantin baru ni gembira menjalani kehidupan baru.... beroleh keberkatan hidup daripadaNya.... dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah nanti.. amiin


Majdah dan suami


Lagi Majdah dan suami


Ayu Hasnida dan suami

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan kembali lagi....

Satu perkongsian...monolog ramadhan...dipetik drp http://www.husammusa.com/

Ramadhan Kembali Lagi

Engkau memilihku untuk menemui RamadhanMu sekali lagi…….
Penuh syahdu, aku ucapkan jutaan syukur…. Sungguh, aku bersyukur.
Engkau limpahkan kami "The Power Of 30 days..." Tiap hari darinya adalah berharga. Sangat berharga sehingga sehari puasa yang ditinggalkan di RamadhanMu, puasa sepanjang hayat tidak akan dapat menebus hari yang hilang.............
Tiap jam dan tiap detik, permata-permata yang mahal. Saat-saat sahur, tempoh paling berharga dalam 24 jam itu, Engkau bangunkan kami. Lembutkan jiwaku untuk rebah dalam RedhaMu pada saat-saat yang harum hening itu....
Basahkan lidahku dengan Jaushan Kabir yang indah, atau Munajat Kumail yang membawa jiwaku mendayu….
Ah…, sungguh indah.
JanjiMu mengampunkan dosa kami yang terdahulu, limpahkan tanpa sempadan Wahai Maha Pemurah
Telah bergema di telingaku sahutan bacaan Qur’anMu di mana-mana, seakan deruan suara lebah yang ramai…
Tambahkan fahamanku terhadap ayat-ayatMu. Kukuhkan aku berpegang padanya biarpun dunia seluruhnya bergoncang…..
Suluhkan hidup kami dengan cahaya Ayat-AyatMu...
Dan saf demi saf di rumah-rumahMu, alangkah indahnya jika itulah gambaran perpaduan dan kekuatan ummahMu
Engkau lipatkan ganjaran seluruh perbuatan dan tindakan baik kami…, Engkau meminta kami pengasih dan prihatin, Engkau imbangkan pandangan kami terhadap diri kami sendiri dan ummatMu yang lain melalui Jiwa Kepemurahan RamadhanMu. Kesejagatan RamadhanMu.....
Semangkuk gulai untuk jiran kami penghubung rahim. Biarkan saudara kami yang miskin dan memerlukan tidak kami abaikan walaupun hanya sebutir tamar untuk mereka di RamadhanMu. Dhua’fa’ Mu bawakan berbuka bersama kami kerana mereka kekasihMu
Saudara kami yang jauh, di Palestin sana, di Iraq yang sedang menderita, di mana saja….. ampunkan kami jika kami cuai, Ya Rabb
Qiam malam-malam RamadhanMu yang amat berkah, dan Lailatul QadarMu yang agung. Tegakkan tulang belakang kami untuknya. Tegakkan pendirian kami untuk agamaMu juga
Aku bersyukur. Kerna itu, limpahkan berkah yang melimpah ruah. Mendekatlah aku kepadaMu dengan jiwa baru. Bukakanlah tangan kurniaMu seluasnya, Maha Pengasih
Salam Ramadhan dan Salam Kemenangan

Wednesday, September 12, 2007

Puisi Ramadhan

bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

ramadhan bakal datang menjengah diri

dalam rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh
pada yang maha khalik

ramadhan datang lagi

untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi

kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...

Salam Ramadhan

Harvest Fair at Milford Hospice

Weekend baru ni, kami jalan2 ke Harvest Fair kat Milford Hospice, dekat je dgn rumah kami... Milford Hospice tu hospital tempat org2 yg critically ill... so, antara lain tujuan Harvest Fair tu... untuk charity la.. Seronok jgk gi situ... ada pameran barang2 pertanian yg lama2... ada byk bouncing castle (huda ngan fawwaz sgt suka!)....ada gak jualan2 charity macam carboot sale.. tp, tak boleh dpt dgn harga yg sgt murah ... sbb everything goes to charity!


Bouncing castle rabbit...kata Huda ngan Fawwaz
Yiiiiihahh!
Tgk sapa sampai dulu..!!
Wiiiiii....tingginye!!

Antara yg menarik... mesin kisar tepung thn 20-30an ...

Kat belakang tu, mesin gandum rasanye... thn bila punya pun tak tau la...


Background tu tractor2 pelbagai bentuk dan rupa dahulu kala..


Sebahagian view kat Harvest fair

Fawwaz ngan Huda ralik tgk donkeys

Ada juga pameran kereta2 antik...

Fawwaz dgn ayah

Sunday, September 09, 2007

Resipi ketupat sotong

Ada permintaan untuk resipi ketupat sotong.. :). Ketupat sotong yg biasa saya buat ialah versi Terengganu. Ada satu lagi versi ialah ketupat sotong Kelantan, yg rasanya manis... yg tu tak saya tak pernah buat.

Ni resipi ketupat sotong yg saya buat....

Sotong sederhana besar,dalam 15-20 ekor
2 cawan santan pekat
2 cawan beras pulut
1 inci halia, dipotong halus
5 ulas bawang merah, dipotong halus
2 ulas bwg putih, juga dipotong halus
Halba satu sudu kecil
Garam secukup rasa
Lidi yg dipotong pendek2, agak2 muat utk cucuk sotong

Cara2 dia...bersihkan sotong, buang kepala. Beras pulut direndam dlm sedikit santan, supaya ada rasa lemak2 sikit. Masukkan beras pulut ke dalam sotong, lebih kurang 2/3 penuh. Then, cucuk sotong dengan lidi tadi supaya beras pulut tidak terkeluar. Kalau sotong besar, boleh masukkan kepala sebelum dicucuk sekali dgn lidi.

Untuk kuah, masukkan santan dalam periuk, sekali dengan bawang, bawang putih, halia. Then, masukkan sotong yang telah diisi beras pulut tadi. Masak atas api sederhana untuk mengelakkan santan naik minyak. Kacau sekali sekali sekala. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan juga halba. Masak sehingga sotong dan beras pulut dalamnya masak..... tu je la! :).
p/s

  • Saya guna block squid (sotong beku dlm air batu), kat sini payah nak cari sotong segar. Kalau sotong segar, lagi best, dan kalau saiznya besar, lagi best! :).
  • Saya guna santan dlm tin, kalau tak silap 400ml.
  • Saya guna satu labu bawang besar yg sederhana saiznya, sbb kat sini bawang merah mahal!
  • Lidi tu, saya guna cocktail stick, dipotong 2. Boleh juga guna pencungkil gigi (dah tentu yg belum diguna!) kalau tak de lidi atau cocktail stick tuh.
  • Boleh juga dimasak terlebih dahulu beras pulut, kemudian masukkan dlm sotong.
  • Sotong tu, boleh dibuang kulit dia yg kemerahan tu kalau suka. Kalau dibuang, kuah dia akan berwarna putih la, instead of kuah kemerahan warnanya. Tp, org kata, kalau kulit tak dibuang lebih rasa 'manisnya' sotong!

Selamat mencuba!



Saturday, September 08, 2007

Ketupat sotong


Ni la ketupat sotong Plassey Grove nih...
Diperbuat drp block squid...sotong beku dlm air batu hok umo 7-8 bulan doh...hehhe..
Rasa tidak la seperti sotong segar...tp, boleh ah.. kira 'tupat sutong' doh nih..

Fawwaz dgn tupat sutong..


Kakak Huda begitu berselera makan tupat sotong..


Nampak best dok?

Tuesday, September 04, 2007

Hari pertama huda ke sekolah..

Kat depan rumah, sebelum gi hantar kakak ke sekolah

Fawwaz dgn kakak

Kat dlm kelas kakak huda...Fawwaz ngan adik pun nyibuk sama...



Kelas kakak huda

My first day in school....

Kat depan bangunan sekolah kakak huda

Kakak huda dgn ayah kat entrance


Ni dah nak balik....


Dengan ayah lagi....

Lagi kat kelas kakak huda





3 september 2007.....


Sending the very 1st child to a school for a formal education is a milestone in a life of a parent... 3/9/2007, Huda mula melangkah ke sekolah, to a primary school as a junior infant. Sekolah Huda dekat je dgn rumah, dekat ngan UL, Milford National School. Kat sini, sessi sek bermula September.



Huda mmg seronok sgt pg sekolah... hari pertama ke sekolah mmg ditunggu2. Fawwaz ikut suka kakak nak gi sek, tp, dia nampaknya agak 'sedih' dan sedikit 'jeles' masa tinggalkan kakak kat sekolah. Sedih sbb, kakak la kawan bermain kat rumah..bila kakak gi sekolah...fawwaz mesti la rasa sunyi.... 'jeles' sbb fawwaz nak sekolah jugak...lebih2 lagi, tumpuan pd kakak semenjak 2 menjak kebelakangan nih...bukan apa...persiapan kakak gi sekolah. Gi bandar, beli baju sekolah kakak...beli buku kakak...beli stationery kakak..beli botol air kakak.... dia macam nak tanya je, 'mana fawwaz punya?'.


Hari pertama Huda gi sekolah, kami semua hantar Huda sampai msk kelas....siap ambik gambar....Rata2 mmg ramai la parents yg anto anak2 ari tuh...bdk2 ada mcm2 ragam... ada jugak 2,3 org yg nangis masa kena tinggal. Huda ok je....rilek je dia,masa nak tinggalkan dia, Huda siap babai2 sambil senyum jer... :).


Lepas tinggalkan Huda kat sek, Fawwaz mula 'tunjuk perasaan' hehhehe.... merenget2 ajak pegi macam2 tempat... Buat julung2 kalinya, fawwaz buat perangai....adik jugak yg jadi mangsa kena buli ngan abg...


Itulah pengalaman kami sekeluarga di hari pertama persekolahan huda....