Tuesday, August 03, 2010

Menitip khabar

Salam,

Sedar tak sedar, rupanya sudah lebih 3 bulan kami sekeluarga kembali ke tanah air. Sudah lebih 3 bulan juga laman 'Sejenak bersamaku...' ini sepi tanpa khabar berita. Dah lebih dari bersawang, penuh dengan semak samun lagi rumah ni....

Bukan tak pernah tuan rumah menjenguk, masih sgt sayang lagi pada rumah yang banyak menyimpan kenangan ini. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain.....hehhhe... Cuma, buat masa ni, masih lagi mencari2 ruang dan kesempatan yang selesa untuk sering ke sini. Juga menunggu2 'mood' untuk kembali aktif di sini, yang belum kunjung tiba.

Rasa buntu idea...... mungkin kena bernoktah dulu di sini kali ini. InsyaAllah lain kali kita bersua kembali. Terima kasih kepada yg masih sudi menjenguk ke sini, bertanya khabar.

Wassalam.

8 comments:

kak tie said...

Salam Kin, kaktie ni tertanya-tanya samada Kin dah pulang ke Malaysia atau belum.. Rupanya dah ada di sini.. alhamdulillah..

Kalau tak ada idea tepek je gambar masakan harian atau anak-anak tu.. Tak perlu tulis cerita panjang-panjang.. hehe..

Kamsiah said...

kin...pls...jgn stop terus dari berblogging ya...!!!rindu tau...
disini kita kenal,bermesra,bersenda walau tanpa suara,tanpa wajah..

kin hashim said...

W'salam kak tie..ye dah lama balik sini, sori la kak tie, saya je yg menyepi. lama tak singgah umah kak tie..nak gi la jap lagi..hehhe..

Kak kam, takde niat nak berenti terus, tapi, tulah... sangat slow la sekrg, dok tau la, sibuk amendenya..hihii..

catz_mafia said...

Kak Kin,
Jangan stop ek.. hehe.. Ana ni pun dah nak mula blogging semula.. bosan juga tak menulis..

Anyway, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak utk akak n family...

puteri said...

waaahhh sudah pulang rupanya...
ole2 ada??
he.he.he

bondaqeem said...

salam..uii dah balik mesia.. ya! wekom home dear! sonok puasa ditanahair.. selamat berpuasa..

terapi said...

Orang jenius, Orang pintar, orang hebat dan seterusnya tanpa di dasari dengan taqwa pada Alloh ya percuma Bos ... !!!

shahjiehan said...

lama x update...

jom baca dan komen Dah tak de rezeki...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).