Musim sejuk kali ni benar-benar 'menjadi'. Pemandangan sekitar yang memutih dengan frost adalah perkara biasa setiap tiba musim sejuk.
Frost di atas rumput ~ gambar hiasan.
Tetapi kali ini bukan sekadar
frost, salji pula yang menjadi pemandangan biasa. Suhu di luar sering aje di bawah tahap beku. Penghujung tahun 2009 baru2 ini, Limerick dihujani dengan salji hampir seminggu. 2,3 hari ni salji turun lagi. Dan hari ini semakin lebat. Untuk kawasan Limerick yang tidak biasa dihujani salji, fenomena sebegini adalah yang julung-julung kali berlaku. Mungkin rezeki kami untuk mengalami suasana sebegini agaknya; sebelum kami balik...


Penghujung minggu baru2 ni, sekolah baru sahaja dibuka, setelah bercuti panjang lebih 2 minggu. Baru sempat 2 hari bersekolah, minggu ini sekolah ditutup lagi. Baru sahaja mendapat khabar tadi. Sekolah ditutup kerana cuaca yang agak tidak mengizinkan. Bersalji, pemandangan berkabus, dan jalan raya yang berais/licin.
Bagi yang tidak biasa dengan suasana salji, kedatangan salji mungkin ditunggu2. Termasuklah kami...hehhe.... Terasa sedap mata memandang dengan suasana yang memutih. Dan seronok dapat 'bermain' dengan salji. Tapi, keseronokan itu hanya sementara. Bila kehadiran salji berhari-hari, boleh menjejaskan aktiviti seharian. Nak ke mana-mana susah, kerana jalan yang licin boleh membahayakan kenderaan di jalan raya. Di waktu beginilah, banyak kemalangan berlaku. Perjalanan kenderaan awam; bas dan keretapi banyak tergendala. Penerbangan pun banyak tertunda. Dan terbaru, khabarnya, dijangka akan ada masalah bekalan air di sini dalam beberapa hari ini, kerana masalah perpaipan.
Bukan sahaja aktiviti di luar rumah, aktiviti di dalam rumah pun sedikit 'terganggu'. Almaklumlah, keadaan yang sangat sejuk.....terasa mahu 'berhibernasi' je..hihihh..

Esok, kami sekeluarga terpaksa juga keluar kerana ada temujanji untuk suntikan imunisasi swine flu. Harap perancangan esok berjalan lancar, walaupun cuaca yang agak tidak memberangsangkan.

