Tuesday, April 15, 2008

takdirnya...

Hmmmm....mmg dah nazak betul skrin laptopku ini....sedih... :(. hampir 99% skrin ni dah jadi putih belang2... nak post entry ni pon kena tekan skrin dgn sebelah tgn, supaya dpt lihat apa yg ditaip.

Walau cane pon, bukan cerita skrin laptop yg nak jd topik entry kali nih... nak maklumkan kepada sesiapa yg ter'singgah' kat laman ini, especially kepada sahabat2ku kat nun di tanah airku sana. Ni nak bgtau, kami sekeluarga insya Allah akan berada di Malaysia daripada 17/4-6/6. Kita merancang, Allah jua merancang, dan pastinya perancangan Allah adalah yg terbaik.

Sebenarnya, awalnya, kami sekeluarga tiada perancangan untuk balik kg sehingga suami selesai urusannya. Tapi, setelah hampir sethn setengah kat sini, ditakdirkan kami berpeluang juga untuk balik berjumpa dgn wajah2 yg dirindui di tanah air. Kami pulang ke tanah air atas sebab2 yg berlaku di luar jangkaan.

Esok petang kami akan bertolak ke London dan keesokan harinya berangkat ke Malaysia. Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik....

Jumpa lagi nanti...

1 comment:

shopforshoppers said...

Salam Kin...

Dah lama tak singgah kesini...

Tentu seronok dapat pulang bercuti ke Malaysia, jumpa keluarga, sanak saudara serta rakan2...

Selamat Pulang!!!

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).