Saturday, June 23, 2007

Sekuntum mawar merah...







Satu lagi hobi baru saya kat sini ialah 'bela' pokok bunga... dulu, tak pernah menjadi pun tanam pokok bunga... malas nak layan karenah pokok bunga sebenarnya..
5 bulan lepas, saya dapat satu pasu pokok bunga mawar sbg hadiah harijadi :). Tak terpikir pulak nak bela pokok bunga duduk sini, tapi, org yg beri pokok bunga tu kata, supaya saya tak boring duduk rumah, ada benda yg nak kena jaga :). Ok lah... ada benda baru yg boleh saya buat...
Tapi, malangnya, pokok bunga mawar tu dapat bertahan dalam 3-4 minggu je.. lepas tu, macam 'hidup segan mati tak mahu' plak... saya ingat, mmg saya ni jenis tak pandai bela pokok bunga kot...
Sehingga satu hari saya dapat beli pasu bunga yg murah kat satu car boot sale.. barulah terpikir nak 'bela semula' pokok bunga tuh....
Berkat kesabaran... pokok bunga tu dapat la bernafas semula....;). Dapat la saya tengok kuntumnya mengeluarkan bunga semula..

Gambar atas tu la pokok bunga mawar yg dah hampir nak mati sblmnya... alhamdulillah, panjang lagi umurnya.. tu kuntum bunga mawar yg sulung la tuh.. :). Sekarang ni ada 3 pasu lagi pokok bunga mawar yg masih dalam proses baik pulih, dan 1 pasu pokok fern, housemate saya punya, saya tolong bela :).

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).